«§»
Tê®MÏÑãL
CÏÑTã
«§»
(Nukilan:JuitaTaiping*Ogos2000*)
![]()
Bas
telah sampai ke destinasi kedua sebelum menuju ke destinasi terakhir. Suasana
riuh rendah dengan telatah manusia begitu membosankannya. Nazri telah 5
tahun menjadi pemandu Bas Ekspres. Berbagai ragam manusia sudah jemu diperhatikan.
Rakannya telah turun ke Kaunter Tiket untuk mengambil senarai penumpang
dari Kamunting ke Kuala Lumpur. Nazri hanya mendiamkan diri di kerusi pemandu.
Matanya tertumpu pada sepasang kekasih di kerusi berhadapan dengan kaunter
jualan tiket. Begitu romantis pasangan itu bisik hatinya. Melihat pasangan
itu Nazri tiba-tiba teringat pada Nadia bekas kekasihnya di Butterworth,
Nadia bekerja sebagai kerani tiket . Cintanya berputik selepas 3 bulan
Nadia bekerja di situ.
Saat percintaannya dengan Nadia amat membahagiakan. Kalau boleh setiap
saat dia nak menatap wajah Nadia. Tapi apakan daya manusia hanya merancang
kemungkinan dan kepastian yang nyata Nadia tidak ditakdirkan untuk dirinya.
Keluarga Nadia menghalang keras percintaan mereka. Status pekerjaan menjadi
ukuran. Mereka memandang hina pada pemandu bas. Nazri terpaksa akur bila
keluarga Nadia menerima pinangan dari seorang guru yang bertugas di Butterworth.
Akhirnya Nazri hanya memandang sayu di hari persandingan Nadia. Pedih hatinya….
“Nazri !…semua dah cukup, jom jalan” Salim mencuit bahu Nazri. Salim dah
masak dengan perangai dan tahu benar kisah Nazri, seorang jejaka yang keciwa
bila kekasih hatinya telah berkahwin dengan pemuda pilihan keluarga. Dari
peristiwa itulah Nazri menjadi seorang pendiam. Bagi Salim, Nazri seorang
pemuda yang baik. Satu sikap Nazri yang terpuji suka menolong orang. Dia
juga tak pernah meninggalkan sembahyang. Salim amat menghargai Nazri
sebagai sahabat yang terbaik dia jumpa.
Kenangan Nazri bersama Nadia lenyap bila munculnya Salim dengan wajah selambanya
sambil tersenyum penuh makna pada Nazri.
“Nazri…” Salim memandang Nazri .
“Kenapa Lim ?” matanya terus tertumpu pada lebuhraya. Kenderaan bertali
arus di waktu-waktu begini. Tenang Nazri menanti bicara dari Salim.
“Kau nak tak … kalau aku kenalkan kau dengan sorang awek?” Salim tersengeh.
Salim seorang yang kelakar tapi baik.
“Haaa! Awek mana pulak kau nak bagi kat aku ni. Woii kau jangan mengarut”
Nazri mengelengkan kepalanya.
“Mengarut apa nya.. betul ni… si Maria tu” bersemangat Salim bercerita.
“Maria…..Maria mana pulak ni ? ishkkk mengarutlah kau ni Lim” tumpuannya
masih di lebuhraya. Sesekali dia ketawa kecil bila mengenangkan Salim.
Nazri masak benar dengan perangai Salim, boleh dikatakan playboy pakwe
sorang ni. Setiap terminal bas ada saja aweknya, yang hairan tu ada pulak
awek yang berkenan dengan Salim.
“Kau ni Nazri…. Maria pun kau tak kenal ke ? Alah…pekerja baru kedai makan
Pak Abu di Tanjung Malim tu. Aku tengok dia selalu perhatikan kau, cantik
budak tu. Kalau aku..memang tak kasi can punya” terkekek-kekek Salim ketawa.
Entah apa yang melucukan. Nazri hanya menggelengkan kepalanya.
“Aku bukan macam kau lah Salim… tiap terminal yang kita singgah ada saja
kerani tiket yang kau goda. Terminal Bas tu dah berubah jadi Terminal Cinta,
yang mana satu yang kau suka ni Lim….aku naik hairan dengan kau ni”.
“Aku bukan macam kau Nazri, awek kena kebas terus menyendiri. Kau pulak
sampai bila nak hidup sendiri? Tak teringin ke ada isteri…ada anak…ada
tempat bermanja dan bermesra. Kau tengok aku awek ramai…tapi dorang semua
tak tau, ehh…tapi….. betul juga kata kau Nazri aku tak tahu yang mana satu
nak pilih sekarang ni”.
“Tak elok kau bersikap begitu Lim, luka hati mereka kalau mereka tahu kau
tak setia. Keikhlasan penting Lim kalau kita nak hidup bahagia”. Nazri
tersenyum bila tengok Salim mengangukkan kepala seolah mengerti maksud
nya.
“Habis tu..macam mana dengan Maria, Nazri…kau nak tak ?”.
“Tak payahlah Lim, hati aku belum terbuka lagi buat masa ini. Mungkin aku
belum jumpa yang sesuai dengan jiwa aku”.
Biarlah hati ini kosong jika itu lebih bermakna dari melukakan…bisik hatinya
perlahan. Perbincangan terus tertutup bila Salim sendiri telah lelap di
buai alunan bas. Mungkin bermimpikan awek-aweknya.
Hari ini Terminal Bas di Kamunting sama seperti hari-hari yang lalu. Suara
pemandu Teksi memanggil penumpang jelas kedengaran. Suasana kadangkala
bagaikan pasar borong. Hari ini merupakan hari pertama Suriani bekerja
sebagai kerani tiket di Syarikat Mutiara Hati. Agak kekok juga dia memulakan
tugasnya. Perasaan malu begitu menebal dalam jiwanya. Dia tekad untuk mencuba,
rasanya kerani tiket juga merupakan satu pekerjaan yang mencabar. Ya Allah
kuatkan iman ku bisik Suriani.
“Mana bas ni!!?”. Sergah seorang pemuda pada Suriani. Pucat muka Suriani.
Terkejut dengan sergahan pemuda itu.
“Sekejap lagi Encik, dalam perjalanan” Suriani cuba memberi senyuman walaupun
pun dia sendiri yakin senyumnya begitu hambar.
“Teruk betul Syarikat ni, dah lewat satu jam tahu tak?”. Pemuda itu terus
berang sambil menunjukkan jam tangannya. Kelewatan yang tak diminta.
Apalah nasib aku, baru hari ni kerja dah kena marah. Selalu ke lewat bas
ni, teruklah macam ni kalau hari-hari kena marah bisik Suriani dalam hati.
Lega hati Suriani bila bas yang dinanti menjelma di platform. Semua penumpang
berpusu-pusu menaiki bas, perasaan marah telah hilang bila bas yang ditunggu
telah tiba. Penumpang dan bas umpama pasangan kekasih. Lambat saja tiba
hati rasa resah gelisah, Suriani tersenyum sendiri bila mengenangkan
perumpamaan yang diciptakannya. Sebentar lagi bas seterusnya akan tiba
senarai nombor tiket perlu disiapkan, nanti penumpang tak marah pemandu
pula marahkan aku. Cepat-cepat Suriani menyiapkan kerja yang belum dibereskan.
Suriani tersenyum bila semua kerja dah disiapkan. Waktu rehatnya telah
tiba, Suriani berkemas untuk ke Surau di hujung banggunan tersebut sebelum
dia pergi ke kedai makan di seberang jalan. Rakan setugasnya juga telah
sampai selepas makan. Suriani sempat memberikan senyum ikhlas pada Norlida.
“Sue….kalau kau nak makan, pergi kedai Mak Limah tu. Murah sikit dari kedai
lain”. Sambil menudingkan jarinya menghala ke kedai yang dimaksudkan.
“Terima kasih Ida” tersenyum manis sekali lagi buat Norlida.
Bas yang dipandu oleh Nazri dan Salim telah sampai 30 minit lebih awal
dari jadual perjalanan. Salim bergegas untuk ke kedai makan.
“Nazri..jom kita pi makan dulu”. Salim menanti di tangga bas.
“Kau pergi dulu….aku nak solat, sekejap lagi aku sampai”. Nazri tersenyum
dan terus melangkah ke surau di hujung banggunan. Semasa Nazri nak melangkah
masuk dia terpandang seorang gadis ayu hendak keluar dari Surau. Sempat
juga Nazri melirik pada gadis yang menunduk semasa lalu di hadapannya.
‘Ayu… harap dia naik bas yang aku pandu nanti…mungkin boleh aku berkenalan
dengannya nanti’ bisik hati Nazri. Tersenyum sendirian lalu terus menunaikan
perintahNya.
Sambil berjalan menuju ke kedai makan, mata Nazri tercari-cari gadis ayu
yang ditemuinya di Surau tadi. Wajah ayunya bermain dimata. Dimanakah dikau
wahai gadis misteri, tiba-tiba saja hatinya terpaut pada seorang perempuan.
Sedangkan sudah hampir setahun Nadia telah meninggalkannya. Tak seorang
perempuan pun yang dapat membuka pintu hatinya, walaupun Nazri tahu ramai
anak gadis menaruh hati padanya. Namun pintu hatinya seolah telah tertutup
rapat yang tak mampu dibuka oleh sesiapa selepas Nadia . Kenangan indah
bersama Nadia begitu sukar untuk dikikiskan dari ingatan dan mimpi yang
menemani tidur.
Kerana itulah Nazri rela bersendirian,
dia tidak mahu menipu tentang perasaannya. Dia tak sanggup melukakan kerana
dia tahu bagaimana peritnya terluka.
“Nazri…. Kau tahu..ada kerani tiket baru di Syarikat bas kita ni. Cun budak
tu…aku rasa kalau kau tengok dia mesti kau terpikat. Orangnya bersopan
santun tak macam gadis yang selalu kita jumpa. Kau pergilah sekali sekala
dekat kaunter tiket tu, boleh kau tengok dia”. Salim begitu ghairah menceritakan
pada Nazri.
“Malaslah aku…..2 hari lepas aku terserempak dengan seorang gadis depan
Surau tu, manis wajah dia. Sampai sekarang aku masih ingat wajah dia”.
“Patut aku tengok kau semacam je kebelakangan ni…rupanya kau dah kena penyakit
angau ye” Salim ketawa sambil menepuk-nepuk bahu Nazri.
“Kau ketawakan aku Lim…..kalau kau tengok pun mesti kau terpikat”.
“Dah lah tu Nazri….hari ini aku nak kau pergi ke kaunter tu pergi ambil
senarai nombor tiket, sesambil tu kau intai sama awek yang baru kerja tu.
Tak silap aku nama dia Suriani, pergi cepat Nazri…aku nak relek hari ni”.
“Teruklah kau ni Lim….ada-ada saja. Okey..kali ni aku mengalah…aku nak
pi intai ni, lepas ni boleh lah aku nyanyi lagu ‘ku intai cinta dalam rahsia’”.
Nazri turun dari bas sambil diperhatikan oleh Salim dengan senyum simpul.
Nazri berjalan dengan penuh debar. Mana agaknya awek yang dimaksudkan oleh
Salim. Tak nampak pula ada kerani baru, yang ada hanya Norlida dan Pak
Cik Manan.
“Assalammualaikum..Ida” Nazri tersenyum sambil matanya memandang sekitar
dalam kaunter yang sempit tu.
“Waalaikummussalam…aikk..baru nampak muka abang Nazri. Mimpi apa
malam tadi?” Norlida tersenyum sambil menghulurkan senarai nombor tiket
yang dikehendaki.
“Tak adalah….” Nazri malu-malu terus mengambil senarai yang diberikan.
“Agaknya dia nak tengok si Sue kot Norlida…Sue cutilah hari ni Nazri” sampuk
Pak Cik Manan. Merah padam muka Nazri menahan malu, apa lagi Norlida dan
Pak Cik Manan sama-sama ketawa. Nazri terus melangkah dengan perasaan malu
dan geram pada Salim. Buat malu aku saja Salim ni…kalau aku tak ikut katanya
tadi tentu aku tak malu . Salim ni memang nak kenakan aku agaknya.
Nantilah kau Salim…….
“Bagaimana.? Cantik tak?”. Salim tak sabar-sabar nak dengar dari mulut
Nazri tentang Suriani.
“Kau ni buat malu aku saja tau, Pak Cik Manan dan Norlida ketawakan aku
tadi. Tak pernah muncul depan dorang tetiba muncul…dorang ketawakan aku”.
“Macamana? Terpikat tak pada Suriani?”. Salim terus bertanya.
“Mana ada budak tu…..dia cuti lah..”. hampa wajah Nazri.
“Lerr…..patutlah murung saja, maaflah aku betul-betul tak tahu dia cuti”.
“Sudahlah tu…aku tak nak tengok dia lagi, buat malu saja”. Nazri terus
menghulurkan senarai pada Salim dan dia terus ke kerusi pemandu. Bila semua
telah selesai bas pun beredar meninggalkan Terminal Kamunting. Semasa memandu
hatinya masih teringat pada gadis ayu yang ditemuinya di Surau itu. Kalau
dia berkerja di kawasan situ pasti aku akan termuinya lagi. Kalau tidak……tinggallah
aku merindu bagaikan pungguk rindukan bulan. Bagaimana hatiku boleh tertarik
dengan gadis misteri itu. Apa yang harus ku lakukan kiranya dia tidak ku
temui lagi.Semua pertanyaan itu berlegar-legar difikirannya. Dan pastinya
tiada jawapan bagi setiap soalan yang menganggu mindanya ketika ini.
Suriani kini telah dapat menyesuaikan diri dengan kerjayanya. Hanya usikan nakal dari pemandu-pemandu yang cuba memikatnya membuatkan dia rasa kurang selesa. Norlida banyak membantunya dalam apa juga keadaan. Suriani rasa bertuah mempunyai seorang rakan yang baik seperti Norlida. Suriani ingin menjadi seorang pekerja yang berdedikasi. Ada ketikanya dia berasa tertekan dengan karenah penumpang yang sering marah-marah bila bas yang dinanti tiba lewat dari jadual yang disenaraikan. Agaknya mereka mempunyai hal yang penting hingga tak dapat mengawal perasaan. Akhirnya melepaskan perasaan marah mereka pada kerani tiket yang bertugas, itu yang buat dirinya tertekan. Namun kerana tugas Suriani tetap cuba berlembut dan tenang sebaik mungkin. Hanya Allah yang tahu perasaannya ketika itu.
Nampaknya hari ini Nazri terpaksa ke kaunter tiket bila Salim awal-awal
lagi telah bergegas ke tandas. Perut bermasalah katanya, Nazri tanpa banyak
kata terus menuju ke kaunter tiket.
“Assalamualaikum…. Minta senarai no tiket”. Nazri bersuara tanpa memandang
pada Suriani bila matanya tertumpu pada pemandu teksi yang bergurau sesama
mereka. Lucu juga mereka ni, kebanyakan dah berusia tapi mereka masih mencari
rezeki. Gurauan mereka menarik perhatian Nazri, begitulah kehidupan..kalau
tiada gurau senda pasti membosankan. Dia dan Salim juga sering bergurau
sedemikian.
“Waalaikummussalam…” Suriani meletakkan senarai di atas kaunter.
“Abang…itu senarai nombor tiket yang abang minta tadi” lembut suara Suriani.
Keasyikan Nazri memerhati pemandu teksi itu bergurau memaksa Suriani memanggilnya
berulang kali.
“Ohh….maafkan saya” Nazri tersenyum. Matanya memandang Suriani tanpa berkelip.
Mulutnya kini bagaikan terkunci rapat. Tiada kata yang mampu dilontarkan
keluar. Semuanya rasa bagaikan kaku membeku…..bagaikan mimpi dirasakan
bila gadis misteri yang dirindui berada didepan matanya. Adakah aku bermimpi,
Nazri mencubit lengannya.Sakit. Aku tak bermimpi…………
Suariani memandang Nazri penuh kehairanan. Kenapa pulak mamat sorang ni,
macam nampak hantu aja. Apa yang tak kena dengan aku hari ni, rasanya tak
ada apa yang tak betulnya. Kenapa agaknya cik abang sorang ni.
“Ada apa yang boleh saya bantu..” lembut suara Suriani menyapa Nazri yang
bagaikan terkejut bila terpandang wajahnya.
“Aa…tak…tak ada apa…awak ke Suriani kerani baru disini?” tergagap-gagap
Nazri bertanya. Kalau ada Salim pasti dia akan diketawakan. Nasib baik
perut kau buat hal Lim….berpeluang aku jumpa gadis misteri yang kini sering
hadir didalam mimpinya. Nazri tersenyum sendiri bila mengenangkan sesuatu
yang tak terduga muncul...mungkin berkat doanya setiap kali solat.
“Ya..saya…” Suriani merasa hairan dengan telatah Nazri..mula-mula bagaikan
terkejut kini tersenyum-senyum sendiri pula…
Nazri berlalu dengan perasaan yang gembira. Kalau ikutkan hati mahu saja
dia mencium pipi Salim tanda terima kasih yang tak terhingga kerana menemukan
dirinya dengan gadis misteri yang dirindui. Tak sabar rasanya dia nak ceritakan
pada Salim tentang gadis yang ditemuinya di Surau tempohari adalah Suriani.
“Amboi! Nazri….senyum semacam saja tu..ada apa-apa ke ni?”.
“Terima kasih banyak-banyak Lim, hari ni aku belanja kau makan” kelihatan
berseri wajah Nazri hingga menimbulkan kehairanan pada Salim.
“Apa kena pulak ni Nazri ? naik gaji ke dapat bonos kau ni…?”.
“Lim…kau ingat tak awek yang aku jumpa dekat depan surau hari tu?”
“Hmm…. Ingat …kenapa kau jumpa dia lagi?”. Berminat betul Salim nak mengetahuinya
hinggakan mulutnya ternganga menanti cerita seterusnya dari Nazri. Gembira
dia rasa bila hari ni wajah Nazri benar-benar ceria.
“Tutup mulut kau tu..nanti lalat masuk” Nazri terkekeh-kekeh ketawa bila
melihat wajah Salim yang begitu tak sabar. Kelakar.
Akhirnya Nazri luahkan semua yang terpendam di lubuk hatinya pada Salim.
Hanya Salim yang dapat membantu dia menyelesaikan segala hasrat dan impian
yang menerangi kelam malam dirinya sebelum ini. Tak terluah dengan kata-kata
bagaimana gembiranya perasaan Nazri kiranya impiannya kali ini tercapai.
Di luar hujan masih belum berhenti, suasana dingin menyelimuti diri. Nazri
begitu bersemangat memandu. Salim telah lama dibuai mimpi. Sesekali Nazri
memandang pada Salim yang begitu nyenyak, hasratnya untuk menjadikan Suriani
teman hidupnya masih belum pasti. Apa pun Nazri berdoa agar ia tidak keciwa
lagi. Cukuplah kelukaan lalu yang begitu mendalam, Nazri ingin membina
hidup baru. Bukan mudah untuk mencapai impian, banyak onak dan duri yang
harus ditempuhi…tapi biar gagal selepas mencuba dari mengalah sebelum berjuang.
“Suriani…. Moga kau dapat menerima diri ku”, bisik Nazri sendiri.
Nazri menyandarkan tubuhnya ke kerusi dan melepaskan keluhan yang entah
untuk apa. Ditebarkan pandangan ke sekelilingnya, setitik airmata dipipi
menyedarkan sesungguhnya dia terlalu lama mengelamun. Kenangan adalah sejarah.
Kita belajar menjadi dewasa daripada sejarah. Sejarah hidupnya adalah sejarah
yang perit dan melukakan, tapi dari keperitan itu dia harus bangun dan
sedia menghadapi hidup ini. Aku lebih berhak keatas diriku sendiri bisiknya.
Biarlah kenangan lalu menjadi
sejarah dan pedoman untuk dia mengahadapi hari yang mendatang. Telah
banyak dugaan yang dilaluinya, telah banyak rintangan yang ditempuhi. Tidak
dinamakan kehidupan jika tiada kekalutan dan tidak dinamakan kematangan
jika tiada cabaran yang menduga. Nazri yakin dia dapat membahagiakan Suriani,
juga yakin Suriani akan membahagiakan dirinya juga. Esok Salim akan memberitahu
Suriani hasratnya. Bagaikan tak sabar dia menanti hari esok. Penentu masa
depannya.
Hari ini Suriani bekerja dengan penuh semangat. Tiada masalah dengan kelewatan
bas dan tekanan dari penumpang, semuanya berjalan dengan lancar. Gembira
hatinya dalam keadaan suasana begini. Tenang dan damai.
“Assalammualaikum Sue..” Salim tersenyum manis.
“Waalaikummussalam abang Salim” Suriani menjawab mesra.
“Abang Salim ada hajat dari seseorang yang nak disampaikan buat Sue”
Suriani hanya tersenyum sambil
mengelengkan kepala. Dia dah tahu benar sikap Salim yang suka bergurau.
Tangannya masih ligat menulis sesuatu. Salim hanya memerhati dan menanti
tindakbalas dari Suriani.
“Apa hajatnya ni Abang Salim…?” Suriani pula tersenyum.
Salim tersenyum gembira bila
Suriani bertanya. Ada petanda baik ni. Salim pun menceritakan pada Suriani
tentang hasrat murni Nazri. Suriani hanya tersenyum sambil menundukkan
wajahnya, mungkin malu bisik Salim.
“Kenapa Abang Nazri tak cakap sendiri dengan Sue..?”
“Dia malu…tak pe..nanti Abang Salim suruh di call Sue”
Hasrat murni Nazri telah
Salim sampaikan. Hanya doa tulus ikhlas dari Salim moga kali ni hajat Nazri
tercapai. “Manusia sebaik itu pasti Allah akan merestuinya” bisik Salim
dalam hati.
“Nazri……aku dah sampaikan hajat kau pada Sue”
“Apa katanya?” penuh tanda tanya diwajah Nazri.
“Sue minta kau cakap sendiri padanya, aku rasa ada respon baik lah Nazri.
Jangan risau, aku rasa dia terima kau”. Salim faham perasaan Nazri ketika
itu.
“Apa pun terima kasih Lim….kau sajalah sahabat baik aku”
Salim menepuk-nepuk bahu Nazri. Sambil tersenyum makanan dihadapannya tak
lupa disuapkan ke mulutnya. Hanya Nazri yang seolah-olah telah hilang seleranya
untuk makan. Hatinya ketika itu begitu berdebar-debar. Debaran yang hanya
dia yang tahu. Nazri takut kekecewaan lalu berulang lagi.
“Dah tu Nazri….makan dulu, sekejap lagi kita nak mulakan kerja. Insyaallah
kalau dah jodoh kau..tak kemana”. Salim menenangkan Nazri.
Nazri tersenyum hambar tapi tetap ikhlas buat Salim. Nazri mengakui akan
kebenaran kata-kata Salim, ‘kalau dah jodoh tak kemana’ dia tak perlu risau.
Takan lari gunung dikejar….tapi yang dikejarnya seorang gadis ayu, mana
mampu hatinya setenang air di tasek. Namun dia tetap pasrah.
“Hello…..Assalamualaikum”
“Waalaikummussalam……” manja suara Suriani menjawab telefon.
“Sue…..ini Abang Nazri” tersekat-sekat suara di telefon. Suriani rasa berdebar.
Mulutnya bagaikan terkunci untuk mengeluarkan sebarang kata-kata.
“Tentu Sue tahu hasrat Abang Nazri, rasanya Abang Salim dah jelaskan”
“Yer….Sue masih ada ibubapa, dan kita punya adat yang indah. Kalau Abang
benar berhajat…jumpa ibubapa Sue….”
Nazri merasa begitu gembira….destinasi kasih sayangnya dah bertemu dengan
‘Terminal Cinta’ Nazri yakin dengan terminal cintanya. “Ya Allah pasti
kau tahu apa yang ku harapkan….bisik hati kecilnya. Senyum sendiri.
|
|