Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
 
 
Siapalah Aku
Siapalah aku
untuk merenung sinar matamu
penyeri dimalam sepi
siapalah aku
untuk menghidu
harum mawarmu
semerbak ditaman indah
siapalah aku
untuk memimpin tanganmu
melewati kota harapan

Seharusnya
aku telah lama menyedari
bahawa aku
hanya insan terpinggir
yang tak mampu
untuk bergandingan denganmu
apa lagi mengisi ruang kalbumu
Maafkan aku..
tanpa menyedari
cuba menyapa hatimu
walaupun salamku
tak pernah bersambut…
 

Juita  Taiping
Julai  2000


Ke Indeks