Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
 


Rindu Yang Terbiar.

 

Aku kini menyedari
tiada ruang lagi buatku
untuk menyapa hatimu
Aku cuba menongkah
ombak kesamaran
mencari bahtera kasih
rupanya telah tenggelam
ditelan laut kepalsuan

Dalam duka hati yang terpinggir
kutitipkan rindu yang terbiar
walaupun jejakmu tidak kutemui
dihamparan pantai kenangan
Akan ku terus mengorak langkah
meredah mega merah penuh luka
mencari pulau impian yang hilang
pasti tak kutemui lagi
kerana hanya aku yang mengharap.
 
 

Juita  03 Mei 2000
Taiping Perak.

 
Ke Indeks