~§
®ãH§Ïã ®UMãH TãÑGGä
§~

I. PERSIAPAN MENCAPAI KELUARGA BAHAGIA.......
Allah Yang Maha Kuasa, dengan IradahNya diciptakan manusia dari satu jiwa, kemudian diciptakan pula pasangannya supaya bersemi ketenangan, kesenangan dan kedamaian.
Allah melimpahkan sifat Ar-Rahman dan Ar-RahimNya
ke lubuk jiwa manusia dengan perasaan cinta serta melimpahkan rasa kasih
sayang sebagai landasan kebahagiaan keluarga dalam sebuah rumahtangga.
Allah berfirman (Surah Ar-Rum : 21), yang bermaksud;
"Dan diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan diantara mu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."
Walaupun perasaan cinta dan kasih sayang merupakan
fitrah dari Allah, tetapi kita perlu sedar bahawa keabadian cinta itu tidak
diperolehi sebagai satu anugerah tanpa diiringi dengan usaha yang
bersungguh-sungguh. Sikap berhati-hati dalam
menentukan pilihan untuk pasangan hidup merupakan ciri khas dari insan
budiman. Sekiranya salah membuat pilihan, beerti sepanjang hayat menanggung
penyesalan. Sikap memilih dan ingin dipilih adalah hak bagi setiap manusia.
Adalah tidak adil rasanya dunia ini, jika pilihan hanya dibolehkan untuk
kaum lelaki.
A. Memilih pasangan hidup.
Dalam kehidupan bermasyarakat, perkahwinan dan pernikahan sangat diperlukan. Tujuannya adalah untuk meneruskan kehidupan umat manusia di bumi ini. Perkahwinan merupakan fitrah bagi setiap makhluk Allah dan menjadi asas bagi melanjutkan bahtera kehidupan.
Dalam kehidupan bermasyarakat, seringkali kita dengar ungkapan; jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Tuhan. Pendapat ini baik kerana ia dapat mendidik manusia dengan sifat qana'ah (bersyukur dengan apa yang ada) tetapi, ujud pula manusia yang terlalu cepat menyerah kepada takdir, tanpa sebarang usaha.
Beberapa pendapat tentang jodoh:
1. Jodoh merupakan
takdir semata
"Jodoh di tangan Tuhan, manusia mesti menerima
jodohnya, baik ataupun buruk"
Pendapat ini sangat besar pengaruhnya dan berkembang
luas dalam masyarakat, tapi sayang pendapat ini kurang tepat. Jika pendapat
tersebut hanya bermaksud : "Jodoh di tangan tuhan
maka ada kebenarannya. Tetapi ayat yang seterusnya
terkeluar dari hakikat sebenar. Kekeliruan yang nyata sebagai bukti lemahnya
pendapat itu ialah seringkali menyalahkan Tuhan bila berlaku kegagalan.
Seringkali kita dengar, "Sudah takdir Tuhan, jodoh saya tak panjang." Daripada
pendapat itu, adakah Tuhan bersalah memutuskan perhubungan hambanya? Hakikat
sebenarnya, siapa yang memutuskannya.
2. Jodoh merupakan
takdir dan perlu mencari.
"Jodoh di tangan Tuhan, tetapi manusia harus
berikhtiar mencari dan memilihnya" Pendapat ini lebih baik dari pendapat
pertama, walaupun masih belum sempurna. Masalahnya terletak pada sudut
ikhtiar untuk mencari dan memilih jodoh.
"Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar
mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan" Pendapat
ini lebih sempurna. Memang itulah aturan mencari dan
memilih jodoh.
Selain daripada pendapat di atas, masih ada cara
lain yang digunakan di beberapa tempat seperti :
1. Jodoh dicari dan dipilih oleh orang tua tetapi perkahwinan berlangsung atas persetujuan anak.
2. Anak lelaki mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan berkahwin bergantung kepada orang tua.
3. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan perkahwinan bergantung kepada kedua belah pihak orang tua.
4. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih
jodohnya sendiri serta menentukan sendiri perkahwinannya.
Mengikut ajaran Islam, persetujuan antara kedua
belah pihak merupakan perkara asas, iaitu atas persetujuan dari calon suami
dan isteri. Ini disebabkan perkahwinan di dalam Islam bertujuan
untuk keselamatan dan kesejahteraan pasangan
tersebut.
Kedua orang tua harus turut serta memikirkan atau memerhatikan jodoh bagi anaknya. Jadi masalah memilih jodoh dalam Islam boleh dilakukan oleh anak ataupun kedua orang tua.
Namun begitu, kedua orang tua tidak boleh sesuka hati mencarikan calon untuk anaknya. Ianya mestilah berlandaskan ajaran Islam.
Bagi menentukan jodoh untuk kaum wanita, setidak-tidaknya perlu diperhatikan beberapa ciri berikut:
i. Pemimpin keluarga yang baik dan bertanggungjawab
untuk membina rumahtangga
ii.Mencari nafkah yang jujur dan berhasil
iii. Pasangan ideal dalam erti;
- bersikap baik terhadap isteri
- dapat memberikan kebebasan berfikir dan memberi
pendapat
- menerima kekurangan dan kelemahan isteri
- dapat membantu tugas isteri dalam keadaan dan
kegiatan tertentu
- dapat menjaga kewibawaan isteri
- dapat membimbing isteri ke jalan yang baik
- dapat menghormati dan menyayangi sanak keluarga
isteri
iv. Bapa yang baik dan sayang kepada anak-anak
v. Pasangan yang baik zahir dan batin
B. Sikap lelaki dan wanita yang diredai Allah
Islam menyuruh umatnya bekerjasama membina umat yang luhur. Cara yang paling utama ialah membina keluarga yang utuh. Oleh itu perkahwinan memang dituntut di dalam Islam kerana dari perkahwinan boleh melahirkan kebaikan-kebaikan dengan berlandaskan ajaran Islam.
C. Suami yang diingini wanita
Keseluruhannya, suami yang diingini oleh setiap wanita ialah lelaki yang beragama dan berakhlak mulia.
D. Persediaan diri untuk berkahwin
1. Umur yang cukup dewasa Kedewasaan bermaksud:
- dewasa fizikal
- dewasa intelektual, bersifat objektif terhadap
diri sendiri. Ia mengakui kekurangannya, berkeinginan memeriksa motif tindakannya
sendiri.
- dewasa emosi, tahu mengawal diri ketika marah
dan sebagainya
- dewasa sosial, mempunyai hubungan kekeluargaan
yang harmoni, mampu menyesuaikan diri dengan masyarakat di mana ia berada.
- dewasa moral, memahami hal orang lain dan selalu
mempertimbangkan akibat perbuatannya terhadap orang lain.
Ringkasnya, umur yang sebaiknya bagi lelaki ialah antara 25 - 30 tahun dan bagi wanita ialah antara 20 - 25 tahun. Penentuan umur ini sebenarnya banyak bergantung kepada iklim dan adat istiadat sesuatu tempat.
2. Bekal menyara hidup
3. Mempunyai pengetahuan berumahtangga. Pengetahuan berumahtangga dianggap mudah oleh lelaki sehingga ilmu-ilmu itu biasanya tidak dipelajari. Ini hanya disedari apabila telah berumahtangga. Di saat ini barulah diketahui banyak masalah yang perlu dihadapi.
4. Sihat jasmani dan rohani. Perkahwinan adalah
percampuran lahiriah dan batiniah lelaki
dan perempuan. Oleh itu keadaan kesihatan jasmani
dan rohani amat diperlukan.
E. Memilih isteri idaman
Ada beberapa faktor dalam memilih isteri :
1. Faktor keagamaan dan akhlak
2. Faktor kecantikan dan kekayaan
3. Faktor keturunan dan kesuburan
Sifat-sifat wanita yang mulia:
i. Wanita yang tidak suka menuntut perkara-perkara
yang akan membebankan suaminya
ii. Wanita yang tidak suka berhias untuk lelaki
bukan muhrimnya.
iii. Wanita yang menjauhkan diri dari sifat-sifat
tercela.
iv. Wanita yang tidak meninggikan suara melebih
suara suaminya
v. Tidak keluar rumah tanpa izin suaminya
vi. Tidak membelanjakan harta suaminya tanpa
izin suaminya
vii. Menjalankan kewajipan terhadap ajaran agama
viii. Tidak menuntut cerai atau talak.
ix. Tidak cepat cemburu pada sesuatu yang belum
pasti.
x. Berbuat baik dalam menjalinkan hubungan dengan
keluarga suami.
xi. Tahan menderita ketika suami ditimpa musibah.
II. SUAMI YANG MEMENUHI KEWAJIPAN
A. Suami Teladan
ialah: -
Suami yang selalu mengerjakan perintah Allah
dan menjauhkan laranganNya. Selalu menjaga hubungan dengan isterinya serta
melaksanakan tanggungjawab sesuai dengan kemampuannya. Ia selalu
berterus terang dengan isterinya. Jika ia mempunyai kekurangan, ia
akan menyatakan kepada isterinya.
Suami yang baik, tidak menyembunyikan rahsia
yang tidak di senangi isterinya. Apabila berkata-kata dengan isterinya
dengan cara lembut dan bersopan santun. –
Suami yang soleh, selalu membimbing isterinya,
menghiburkan isterinya, berbincang-bincang, menghargai pandangan isterinya
dan sebagainya. –
Suami yang menganggap isterinya sebagai kekasih
dan sahabat. Tidak mudah cemburu. Mempunyai keyakinan dan menaruh kepercayaan
terhadap isterinya. –
Suami yang bijaksana, suami yang sanggup menjadi
pemimpin rumahtangga.
Suami yang layak menjadi pemimpin sekurang-kurangnya
mempunyai ciri-ciri berikut iaitu;
1. Tubuh badan yang sempurna - sanggup melaksanakan
tanggungjawabnya dengan kesempurnaan anggotanya. Ini bermaksud selagi mampu
memenuhi keperluan zahir dan batin.
2. Akal fikiran yang sempurna - berfikiran
positif.
3. Pengetahuan agama yang sempurna - untuk
membimbing ahli keluarganya mengamalkan ajaran agama sebagai panduan hidup
4. Membelanjakan sebahagian harta - mencari nafkah
untuk menyara hidup ahli keluarganya.
B. Keperibadian Suami yang menjadi Impian isteri
1. Penuh kerinduan dan kasih sayang
2. Mencintai
3. Gagah dan berakhlak mulia
4. Kaya dan bijaksana
5. Memberikan cahaya kehidupan
6. Menegakkan kebenaran
7. Mulia di sisi Allah
C. Ciri-ciri Suami Teladan
- suami yang soleh yang sentiasa menjalankan perintah
Allah
- suami yang tidak sanggup melihat isterinya
meringankan perintah Allah
- suami yang bersikap mahu memaafkan dan membetulkan
kesalahan isterinya.
1. Ciri-ciri suami yang soleh ialah:
a. Mentaati Allah SWT dan Rasul-Nya dengan mengerjakan
segala perintah dan menjauhi segala larangan.
b. Mendirikan rumahtangga semata-mata kerana
Allah SWT
c. Melayani dan menasihati isteri dengan sebaik-baiknya
d. Menjaga hati dan perasaan isteri.
e. Sentiasa bertolak ansur dan tidak meminta
sesuatu yang di luar kemampuan isteri
f. Bersabar dan menghindari daripada memukul
isteri dengan pukulan yang memudaratkan
g. Jangan mengeji isteri di hadapan orang lain
ataupun memuji wanita lain di hadapan isteri.
h. Bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan
hati yang terbuka
i. Mengelakkan daripada terlalu mengikut kemahuan
isteri kerana ia akan menjejaskan imej dan prestasi suami sebagai pemimpin
j. Memberi nafkah kepada keluarga mengikut kemampuan
k. Menyediakan keperluan dan tempat tinggal yang
selesa
l. Bertanggungjawab mendidik akhlak keluarganya
m. Sentiasa mengambil berat tentang keselamatan
mereka
n. Memberikan kasih sayang dan berkorban untuk
kepentingan dan kebahagiaan bersama.
2. Syarat mendirikan rumahtangga Islam agar mendapat keredhaan Allah SWT iaitu:
a. Ahlinya berpendidikan Islam, berjiwa teguh,
tenang dan damai.
b. Suasana rumahtangga sentiasa riang dan penuh
kegembiraan.
c. Rumahtangga sentiasa bersih dan selesa
d. Rumahtangga yang sentiasa memelihara dan menjauhi
daripada perkara-perkara haram dan syubhat
e. Ahli-ahlinya bersolat secara berjemaah
f. Bersih hati, pancaindera dan anggota badan
serta menjauhi sifat-sifat yang berlebih-lebihan ketika bersolek
g. Memuliakan dan menghormati agama serta memandang
tinggi akan nilai-nilai keperibadian muslim
h. Anggota keluarga memiliki kesefahaman dan
bijaksana dalam mentadbir rumahtangga
i. Memilih calon suami/isteri berasaskan Islam
j. Rumahtangga hendaklah sentiasa ke arah kebaikan
dan kebajikan
k. Dakwah Islamiah sentiasa terlaksana dalam
rumahtangga.
D. Suami yang penuh sentuhan kasih
Ada 10 nasihat untuk suami dalam memahami hubungannya dengan isteri :
1. Bersikap tegas dan lemah lembut terhadap isteri.
Betapapun seorang wanita itu mempunyai kemampuan dan kemahuan yang tinggi,
memiliki kemahiran serta percaya terhadap diri sendiri namun pada hakikatnya,
ia masih ingin mencari perlindungan dengan seorang lelaki. Jika keinginan
mencari perlindungan itu datangnya dari wanita, namun selalulanya ia merahsiakannya.
Seandainya hajat nya tercapai, ia mengharapkan layanan yang lemah
lembut dan amat mengharapkan perlindungan dari lelaki yang bertanggungjawab.
Sifat lemah lembut dan tegas ini harus dimiliki oleh lelaki kerana setiap
isteri mengharapkan suaminya mampu menjadi pemimpin dalam rumahtangga yang
dibina. Menjadi pemimpin bukan bermaksud menjadi "boss". Sifat tegas dan
lemah lembut ini biarlah kena pada tempatnya.
2. Memberi pujian terhadap isteri Peranan
wanita sebagai ibu menyebabkan ia perlukan perlindungan daripada keyakinan.
Hanya suami yang bijaksana dapat memberikan keyakinan kepada isterinya.
Dengan cara memberikan penghargaan seperti pujian, hadiah ataupun ungkapan
yang boleh menambahkan keyakinan dalam diri isteri. Jangan merasa hairan
jika seorang wanita selalu bertanya kepada pasangannya, "Adakah engkau
cinta padaku? ". Pertanyaan ini bukan bermakna ia tidak percaya kepada
pasangannya tetapi ia menginginkan keyakinan untuk dirinya. Oleh itu, suami
usah jemu dengan ungkapan itu, malah berusahalah untuk mengerti hakikat
seorang wanita.
3. Menentukan batas tanggungjawab Islam telah
mengatur tanggungjawab terhadap suami dan isteri. Suami berkewajipan mencari
nafkah yang halal untuk kelurganya dan isteri pula berkewajipan melayan
suami serta mengasuh anak-anak. Ini bukan bermakna tanggungjawab
lain patut diabaikan, malah semua tanggungjawab lain seharusnya dipikul
bersama mengikut keadaan masa dan tempat.
4. Menghindari kritikan terhadap isteri Kritikan
bukan satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah. Ia boleh dilakukan,
namun biarlah dengan lembut dan bertempat.Jangan sesudah bernikah, suami
merasa berhak berkasar, mengkritik dan menghina isteri sewenang-wenangnya
kerana banyak kesannya pada isteri. Suami yang terlalu banyak mengkritik
isteri akan meninggalkan kesan negatif terhadap isterinya iaitu:
a. Perasaan isteri menjadi tertekan akibat menahan
marah
b. Menimbulkan pelbagai jenis penyakit fizikal
akibat daripada perasaan kecewa dan tekanan batin.
c. Isteri menjadi pemarah, pendiam, kadangkala
hilang keinginan untuk bersama.
d. Akibat selalu dikritik serta tidak dihargai,
isteri akan kehilangan identiti dirinya sendiri
e. Untuk menyenangkan hati, isteri akan menyalahkan
anak-anak.
f. Jika perasaannya terlalu tertekan, mungkin
ia inginkan perceraian.
5. Memperhatikan sesuatu yang romantik Suami seringkali
kurang memperhatikan keperluan yang tidak begitu penting seperti ulangtahun
isteri, perkahwinan dan sebagainya.Namun bagi wanita, hal sebegitu penting.
Cinta bukan hanya berkaitan dengan perasaan tetapi juga berkaitan dengan
aktiviti romantik yang mempunyai nilai yang bererti dalam diri wanita.
Mungkin sesuatu yang tidak bererti pada lelaki namun ianya amat bernilai
pada wanita.Oleh itu suami harus banyak mempelajari keperluan isteri dan
tidak menganggap remeh terhadap kepentingan isteri.
6. Memahami isteri yang ingin selalu di samping
suami Setiap isteri selalu menginginkan serta merindukan untuk selalu bersama
suaminya. Isteri selalu mengharapkan perhatian yang cukup dari suaminya.
Kerana itu, suami yang baik akan berusaha meluangkan masa untuk bersama
isterinya. Selalu bersama boleh meningkatkan kasihsayang.
7. Menjaga perasaan aman dalam kehidupan isteri
Suami yang bertanggungjawab akan selalu memberikan rasa aman dan
tenteram terhadap perasaan isterinya, selalu berusaha menyelesaikan setiap
masalah rumahtangga dengan secepat mungkin. Berusaha membantu menyelesaikan
masalah isteri.
8. Memahami gelora jiwa isteri Wanita lebih mudah
mengalami perubahan emosi jika dibandingkan dengan lelaki. Jika suami dapat
menerima hakikat perubahan emosi isterinya, maka isterinya pasti dapat
menerima suaminya sebagai orang yang dapat membimbing hidupnya.
9. Membina kerjasama yang baik Suami yang boleh
diajak berbincang dan selalu bekerjasama dengan isterinya akan mampu mengujudkan
keluarga bahagia.
10. Memenuhi keperluan peribadi Tidak ada dua
wanita di dunia ini yang sama, kerana masing-masing memiliki peribadi yang
khusus. Wanita mempunyai sifat yang unik baik dari segi emosi maupun keinginan.
Suami yang bijaksana akan mudah memahami akan keperluan peribadi isterinya
dan mampu melaksanakan tanggungjawabnya sesuai dengan kemampuan dirinya.
E. Kewajipan Suami Dalam Rumahtangga
1. Memenuhi mas kahwin isteri secara sempurna
2. Memberi nafkah kepada isteri
3. Menggaulinya dengan baik
a. Memberi nafkah sesuai dengan kemampuan
b. Sentiasa berbincang dengan isteri dalam segala
hal
c. Mengajak isteri bergurau senda, berlaku lemah
lembut kepada nya, menghiburkan isteri supaya hatinya sentiasa gembira.
d. Memaafkan lkeslaahan isterinya apalagi terhadap
isteri yang berbudi pekerti mulia.
e. Di hadapan isteri hendaklah menunjukkan keindahan
dan kebaikan kerana isterinya juga menyenangi apa yg disenangi oleh suaminya.
f. Membantu isteri dalam urusan rumahtangga terutama
apabila isteri sakit atau sibuk dengan pekerjaannya.
g. Tidak membuka rahsia isteri serta memperkatakannya
di hadapan umum.
h. Melindungi isteri dari api neraka.
4. Cemburu hanya kerana agama dan kehormatan Cemburu
ini bermaksud, menjaga isteri dari segala sesuatu yang berbentuk pandangan,
perkataan atau perasaan.
Secara umum lelaki bersifat - berani dan gagah
perkasa - ingin menolong yang lemah - ingin berkuasa - kasar dan
tamak
manakala wanita bersifat : - lemah lembut - pemalu
- mempunyai perasaan yang halus - bersopan santun - penyabar. Sifat-sifat
ini adalah bersesuaian dengan kewajipan dan tanggungjawab masing-masing.
5. Membimbing isteri Di samping memiliki sifat-safat
yang baik, wanita juga mempunyai sifat buruk yang kadangkala merupakan
sifat asal ataupun dari pengaruh luaran. Diantaranya:
a. Mudah lupa dalam mengingati Allah Kesibukan
dengan harta kekayaan dan anak-anak kadang-kala membuat wanita lengah akan
perintah Allah. Kelalaian ini akan memberi peluang kepada hawa nafsu menguasainya.
b. Mudah terpengaruh oleh tipu daya dunia
Kemilauan dunia sering membuat wanita terpedaya.
c. Sering bersikap bangga dan bermegah-megah
kepada orang lain Dengan memahami sifat isteri, suami boleh membimbing
dan menasihati isteri. Suami pula sepatutnya tahu bagaimana cara
membetulkan isteri. Tersilap cara akan mengakibatkan perselisihan.
Perselisihan dalam rumahtangga dapat dikurangkan
sekiranya pasangan mengamalkan perangai yang baik seperti :
1. Janganlah suami dan ister marah pada masa
yang sama.
2. Jangan mengeluarkan suara yang kuat antara
satu sama lain
3. Jika ada seorang yang harus menang dalam perselisihan,
maka biarkanlah ia menang.
4. Jika harus mengkritik pasangan, lakukanlah
dengan sikap kasih sayang.
5. Jangan mengungkit kembali kesalahan-kesalahan
lalu
6. Lebih baik tidak mempunyai masa untuk orang
lain daripada tidak mempunyai masa terhadap pasangan.
7. Jangan tidur jika ada perselisihan belum diselesaikan
8. Berkata sesuatu yang manis atau pujian pada
pasangan kita sekurang-kurangnya sekali sehari.
9. Jika bersalah, akuilah kesalahan dan meminta
maaf.
10. Jangan lupa bahawa perselisihan terjadi akibat
dua orang dan biasanya org yang bersalah paling banyak berbicara.
6. Membimbing anak Seorang suami yang adalah suami
yang tidak mengabaikan tanggungjawabnya antaranya:
a. Memberikan nama yang baik bagi anaknya
b. Memberi nafkah
c. Bertanggungjawab atas pendidikan anak dan
sebagainya.
III. CONTOH SUAMI TELADAN
A. Wanita dan Rumahtangga sebelum Islam
1. Zaman Fir'aun. Wanita di zaman Fir'aun berbeza
masalahnya dengan wanita di zaman kuno yang lain. Di zaman ini mereka mendapat
hak yang sama dengan kaum lelaki bahkan kadang kala mereka terima melebihi
lelaki. Ini terjadi kerana bangsa Mesir kuno anggap kaum wanita lebih sempurna
dari kaum lelaki. Contohnya Ratu Hatsyebsut - memerintah Mesir selama 22
tahun. Di kalangan raja dan pembesar pula, mereka mengamalkan poligami
tetapi tidak mengamalkan pemberian hak yang sama pada isteri-isteri. Ini
merosakkan hubungan antara lelaki dan wanita.
2. Zaman Yunani. Bangsa Athena Kuno sangat
memandang rendah pada wanita. Wanita seperti barang perhiasan yang
boleh dijualbeli di pasar. Pada mereka, kaum wanita adalah jelmaan syaitan
yang jahat dan kotor. Kaum suami mempunyai hak sepenuhnya keatas isteri.
3. Zaman Romawi. Zaman ini lebih teruk sari zaman
Yunani di mana kaum lelaki menyusun suatu undang-undang menyatakan kaum
wanita tidak memiliki jiwa kemanusiaan, oleh itu wanita tidak dibangkitkan
di hari akhirat. Selain dari itu, kaum wanita dilarang makan daging, ketawa
malah kadangkala dilarang berbicara. Pada mulut wanita dipasang kunci "muzelir"
agar tidak berbicara. Kekejaman mereka melebihi batas sehingga ada tradisi
yang memberi hak kepada suami untuk membunuh isteri. Undang-undang ini
diberi nama "Noema" di mana suami boleh membunuh isteri dan menyerahkan
isteri kepada orang lain.
4. Negeri China. Pada zaman dahulu hingga abad
ke 15, isteri para kaiser akan turut dikuburkan bersama suami yang mati,
malah ramai wanita dipaksa membunuh diri. Tradisi ini juga dipakai oleh
bangsa Skandinavia pada abad-abad pertengahan.
5. Negeri India. Pada pertengahan abad ke 20,
janda dilarang berkahwin. Dalam adat suku kaum Tuda, pengantin perempuan
mesti merangkak sampai ke tempat suaminya. Upacara ini berakhir setelah
suami meletakkan kakinya di atas kepala mempelai wanita.
6. Farsi. Menurut agama Majusi, kedudukan wanita
sangat hina. Wanita dianggap sebagai pangkal kejahatan dan kemurkaan dewa.
Sebelum kedatangan Rasulullah SAW, wanita tiada nilai sama sekali. Pada
masa dua abad sebelum Islam, di Perancis,sebahagian masyarakat mempersoalkan,
apakah wanita itu haiwan atau syaitan? Namun dengan kedatangan Rasulullah
SAW, Islam telah berjaya menyelamatkan kaum wanita dari kezaliman.
B. Rumahtangga Mithali
Rasulullah SAW telah bersabda, "Perasaan kasih adalah kecintaan suami kepada isterinya. Perasaan sayang adalah sayangnya suami kepada isterinya meskipun ada keburukan pada dirinya" (diriwayatkan oleh Ibnu Abbas) Perasan saling mencintai akan menjadikan pasangan suami/isteri seolah-oleh satu jiwa. Ia merupakan penawar segala-galanya. Perasaan ini akan mengalirkan rasa kebahagiaan hingga ujudlah> sebagaimana yang diucapkan Rasulullah "Baiti Jannati" (Rumahku Syurgaku).
C. Perhatian Suami Teladan terhadap isteri tercinta
Cinta suci adalah perasaan yang luhur yang mengangkat
manusia ke darjat yang tinggi. Cinta merupakan motivasi dalam diri bagi
diri manusia yang akan mendorong manusia untuk melakukan kebajian. Ianya
juaga boleh diujudkan dengan cara:
1. Menghargai pendapat isteri
2. Sentiasa mendidik isteri
D. Bimbingan untuk kebahagian hidup
Bimbingan ini mestilah berlandaskan Islam dan cara yang paling baik ialah dengan mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.
E. Kasih sayang suami Mithali
Rasulullah merupakan seorang hamba Allah yang
pengasih dan penyayang dimana baginda mengamalkan:
1. Kasih sayang terhadap kaum muslimin
2. Kasih sayang terhadap orang-orang musyrik
3. Kasih sayang terhadap kanak-kanak
4. Kasih sayang terhadap hamba
5. Kasih sayang terhadap haiwan
V. HAKIKAT PERKAHWINAN
A. Tujuan Perkahwinan
Perkahwinan merupakan sifat atau tabiat manusia
yang cenderung untuk mengadakan hubungan sesama manusia. Allah telah menjadikan
hubungan perkahwinan sebagai Sunnah para Rasul di mana ianya akan melahirkan
rasa saling cinta, sikap saling bekerjasama dengan kebaikan dan bantu membantu
untuk mendidik keturunan. Melalui perkahwinan juga, manusia akan dapat
mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan
yang harmoni dan sesuai munurut tuntutan Ilahi sebagai tempat untuk berehat
jasmani maupun rohani. Perkahwinan merupakan peristiwa bersejarah di mana
ianya tak mudah dilupakan bagi orang-orang beriman.
IJAB - penyerahan tanggungjawab dari wali calon
isteri kepada calon suami.
QABUL- tanggungjawab dari calon suami atas penyerahan
itu. Kalimah ini pendek namun mengandungi makna yang mendalam.
B. Walimatul Urus
Perkahwinan merupakan ibadah. Islam mengatur tatacara
nikah dan walimah dalam bentuk yang sangat sederhana. Hikmah walimah sesuai
dengan tuntutan Rasulullah SAW ialah:
1. Bertujuan untuk melaksanakan ibadah
2. Menghindari daripada perbuatan membazir
3. Mengundang fakir miskin>
C. Hikmah Perkahwinan
Islam mengajar agar keluarga dan rumahtangga menjadi pelabuhan yang aman, kukuh bagi setiap ahli keluarga. Membincangkan semua hal, baik gembira maupun kesulitan yang dihadapi. Rasa aman dan perlindungan yang dirasakan oleh anak dalam keluarga akan memberi kepadanya kepercayaam pada diri sendiri dalam menghadapi berbagai persoalan hidupnya. Ibubapa adalah orang pertama diharapkan dapat memberikan bantuan dan petunjuk dalam menyelesaikan masalah anak. Seorang ibu adalah lambang kasih sayang, ketenangan dan juga ketenteraman. Firman Allah SWT yang bermaksud:" Kaum lelaki(suami) adalah pemimpin bagi kaum wanita (isteri) oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atau atas sebahagian yang lain dan disebabkan kerana para suami telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu isteri yang soleh ialah yang taat kepada Allah, lagi memelihara diri ketika> suaminya tidak di tempat (sebagai rasa syukur) kerana Allah telah memelihara mereka..." (An-Nisa':34) Rasulullah SAW menghuraikan makna ayat di atas bahawa, lelaki yang paling baik akhlaknya adalah lelaki yang paling sayang pada isterinya. Baginda sendiri membantu isterinya dalam rumahtangga. Wanita yang paling baik aialah wanita yang menyenangkan hati suaminya apabila suaminya memandangnya. Taat bila disuruh dan pandai menjaga kehormatan dirinya dan harta benda suaminya di kala suami tiada di rumah.Perkahwinan yang disyariatkan Islam. selain daripada sebagai keperluan fizikal, ia juga bertujuan supaya manusia mempunyai keluarga dan keturunan yang sah serta hidup bahagia di dunia dan akhirat. Perkahwinan adalah tugas menunaikan amanah Allah, maka baik suami maupun isteri, niat yang pertama adalah melaksanakan tanggungjawab kepada Allah.
D. Nikah dengan Wanita Hamil yang Berzina
1. Dilarang lelaki mengahwini wanita hamil yang
sah keturunan kandungannya.
2. a. Dihalalkan lelaki mengahwini wanita hamil
dengan sebab-> sebab perzinaan.
b. Menurut Mazhab Hanafi,
perkahwinan itu sah tetapi belum boleh bersama selagi kandungan belum lahir
kecuali kandungan itu adalah dari lelaki itu sendiri.
c. Menurut Mazhab Hambali,
perempuan yang berzina, baik hamil atau tidak, tidak boleh dikahwini oleh
lelaki yang tahu keadaannya itu.Perempuan hamil yang sah keturunan kandungannya
tidak boleh dikahwini lelaki lain misalnya perempuan yang bercerai atau
hamil kerana persetubuhan syubhat (lelaki yang bersetubuh dengan wanita
yang disangka isterinya, kemudian ternyata bukan isterinya).
E. Mengetahui Masa subur isteri
Kaum wanita pada setiap 4 minggu (28 hari) sekali
datang haid. Masanya berbeza. Perbezaan masa bergantung kepada keadaan
badan seseorang. Daripada haid yang pertama hingga haid yang berikutnya
dapat kita bahagikan kepada 4 tahap:
a. masa haid
b. masa bersih pertama; kandungan rahim sudah
bersih dari kotoran tapi sel wanita belum dapat dibuahi untuk menjadi benih.
c. masa subur; kandungan rahim sedia untuk menerima
sel benih, yang akan mengberhentikan kedatangan haid.
d. masa bersih kedua; masa penghancuran. Alat-alat
dalam rahim mulai membersihkan kerana tiada pembuahan dan menanti datang
haid yang baru. Ringkasnya, minggu I, II dan IV adalah minggu kosong, tetapi
minggu ke III adalah minggu subur. Untuk mengetahui dengan tepat waktu
subur bagi seorang wanita, haruslah mengetahui masa kedatangan haid pada
setiap bulan, untuk menyesuaikan waktu 14-16 hari sebelum datang haid sebelum
datang haid yang baru. Apakah anda mempunyai jangka waktu bersih 28 hari
30 hari ataupun 32 hari. Menurut pendapat pakar kelamin, sel telur lelaki
dapat hidup 2 X 24 jam sebelum 'masa subur' dan 2 X 24 jam sesudah
'masa subur. Maksudnya 2 hari sebelum dan selepas 'masa subur', masih boleh
menjadi benih bila bersetubuh pada masa itu. Jadi yang paling baik untuk
memiliki anak ataupun menjarakkan> kehamilan, haruslah melakukan persetubuhan
berpandukan pada masa tersebut, iaitu 2 X 24 + 2 X 24 + 2 X 24 ataupun
2 hari + 2 hari + 2 hari - jumlah hari subur. Kesimpulannya, masa subur
adalah dari hari ke 12 hingga hari ke 18 sebelum datang haid yang baru.
hari 1 7 14 21 28> tahap -- haid -- -tak subur- -- SUBUR -- -tak subur-
F. Teori membentuk bayi lelaki atau perempuan
Para ahli bangsa Arab yang menafsirkan ayat Mafatihul
Ghaib yang terkandung dalam Surah Al-An'am ayat 59 yang mermaksud, " Dan
pada sisi Allah lah kunci-kunci semua yang ghaib; tiada yang mengetahuinya
kecuali Dia sendiri." Terbuktilah dengan hasil kejadian janin dalam rahim
ibu yang hamil. Siapakah yang mentukan jantina janin itu, sedang bentuk
dan rupa benih adalah sama dan serupa. Mereka merumuskan pengertian "Mafatihul
Ghaib" tersebut dengan pengalaman dan penyelidikan sebab terjadinya jantina,
lelaki dan perempuan. Kesimpulannya: "Sel telur yang menghamilkan kerana
masuknya ke dalam rahim dengan sperma lelaki bergerak dan berpindah randah.
Kekadang letaknya di sebelah kana, kekadanh di sebelah kiri. Bila sel telur
terletak pada lambung kanan, maka akan lahir bayi lelaki dan sekiranya
terletak pada sebelah kiri, rahim akan lahir bayi perempuan." Menurut keterangan
Dr. Muhammad Abdul Hamid (Mesir), pendapat ini diadakan percubaan oleh
doktor-doktor Arab dan Inggeris. Hasilnya dalah 97% dari percubaan itu,
hanya 3% yang gagal. Itu disebabkan kerana ketidakmampuan pihak wanita
dalam melakukan secara teliti dalam mengetahui masa subur dan bulan kelahiran.
Teori pembentukan jantina anak adalah seperti berikut :- Caranya :
1. Waktunya : Pada masa subur isteri kerana pada
masa itu sel kelamin wanita dapat dibuahi sel kelamin lelaki.
2. Caranya : Lakukan persetubuhan dgn sebaik-baik
dan sempurna. Setelah selesai, isteri hendaklah tidur miring sampai bangun
pagi. Jangan tidur telentang supaya letak air mani jatuh miring.
3. Hasilnya : Bila ingin anak lelaki, miring
ke kanan dan jika ingin anak perempuan miring ke kiri.Teori ini juga merupakan
daya usaha dalam mencari sesuatu yang diingini, namun hasilnya di
luar batas kemampuan manusia. Semua nya ditentukan Allah SWT. Namun kita
digalakkan berikhtiar.
Ada teori lain, satu pendapat Dr. M. Zaky Syafi'i
Beyk dari> Iskandariah (Mesir) yang menyatakan dalam bukunya " Al Azmatus>
Zaujiyah wa'ilajuha" - "Berilah isteri makan vitamin B semenjak mula hamil
hingga 8 bulan setiap hari 3 kali - 2 biji sekali. Memakan vitamin B akan
menambah kesihatan dan kesuburan apalagi bagi ibu yang mengandung. Bila
isteri makan vitamin B sebagai penambah zat makanannya yang biasa setiap
hari, maka bayi yang akan lahir kelak, insyaallah lelaki. Teori ini amat
praktis dan mudah dilakukan. Ianya bergantung kepada kita. Hasilnya akan
dapat dirasai apabila telah mencuba.
G. Amalan suami semasa isteri mengandung
Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami
ketika isteri mengandung :
a. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah
SWT
b. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar
anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang
terkandung dalam Al-Quran tersebut.
c. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin
dan Khamis dll.
d. Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah.
e. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan
syarak.
f. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang
soleh.
g. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin
hubungan dengan isteri
h. Dilarang memakan benda-beda haram, begitu
juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal serta wang riba.
i. Banyak membaca doa keselamatan isteri yang
sedang mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan.
j. Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi
akhlak anak yang akan lahir nanti.
k. Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah
dan benci pada isteri.
l. Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin,
Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A'raf ayat 189 dan ayat Kursi.
H. Adab suami ketika isteri sedang mengandung
Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar
bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif
pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya.
Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang
mengandung :
a. Suami hendaklah menunjukkan rasa ksih sayang
terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat.
b. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap
isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.
c. Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham
yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.
d. Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq
kepada isteri.
e. Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan
membaca doa berikut, " La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin
" maksudnya " Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci.
Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim.
"
f. Suami hedaklah kerap solat sunat dan mendoakan
agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.
I. Dorongan Suami semasa isteri bersalin
Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri. Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristigfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin. Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. Dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepan darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbul kan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. Suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam. Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak> adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggungjawab yang berat itu.
J. Mengapa bayi lahir menjadi kenan
Kelahiran bayi cacat atau kenan mempunyai kesan dalam hati ibu bapa, saudara mara dan juga masyarakat. Reaksi pertama ibu adalah kesedihan dan kepiluan. Ia merasa hampa kerana anak yang dikandungnya selama 9 bulan itu cacat atau kenan. Kecacatan ini timbul dari berbagai gejala. Puncanya mungkin disebabkan oleh baka dan keturunan, jangkitan kiman, pendedahan kepada ubatan dan bahan kimia, masalah pemakanan, dadah, arak dan sebagainya. Ramai orang percaya bahawa wanita yang kenan melahirkan bayi yang cacat. Seringkali kelahiran cacat dikaitkan dengan kejadian ketika isteri mengandung seperti suami membunuh binatang dll. Kejadian itu dikaitkan bila bayi lahir cacat, tapi tidak bila bayi dilahirkan normal. Islam menganjurkan umatnya melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan. Begitu juga dengan kenan dan kecacatan ini, jika suami ister melakukan kebaikan, tuhan akan membalas dengan kebaikan dan begitu sebaliknya.
K. Tanggungjawab bapa terhadap kelahiran anak
1. Menanam uri
Kebanyakan daripada kita tidak menghiraukan
tentang kepentingan uri. Di saat-saat kegembiraan menerima ahli baru, seringkali
uri dilupakan. Jika pihak keluaga tidak mengambil uri, klinik atau
hospital mengumpulkan uri-uri itu dan diderma kan kepada syarikat swasta.
Kemudian uri itu diproses bagi memperolehi hormon yang terkandung di dalamnya.
Hormon-hormon ini banyak digunakan dalam alat-alat kecantikan dan solekan.
Sebahagian ibu bapa cuma membuang bayi dalam tong sampah tanpa memikirkan
uri adalah teman rapat bayi didalam kandungan Uri amat penting kepada bayi.
Orang tua dahulu mengamalkan cara menanam uri dengan baik. Mereka mencuci
dan membalutnya dengan kain dan ditanam, Adab ini adalah baik kerana menghargai
sesuatu.
2. Mengazan dan mengqamatkan anak
Bayi yang baru lahir, telinganya berfungsi dengan
baik. Islam menganjurkan diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga
kiri. Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak tentang perjanjian
yang pernah dikaitkan dengan tuhan di alam Rohani.
3. Mendoakan anak
Usaha membesarkan dan mendidik anak supaya menjadi
manusia berguna bukanlah suatu yang dapat dipastikan kejayaanya. Doa- Berdoa
adalah satu usaha. Doa merupakan usaha meminta pertolongan kepada Allah.
Lima perkara yang memepengaruhi jiwa dan harapan
orang yang berdoa:-
a. Dengan berdoa, maka semakin tumbuh subur keyakinan
bahawa Allah SWT itu dekat.
b. Segala permohonan dari hamba-Nya akan mendapat
perhatian sepenuhnya daripada Allah SWT.
c. Supaya doa itu diterima Allah SWT, maka orang
yang berdoa terlebih dahulu menjalankan petunjuk dan anjuran Allah.
d. Hendaklah percaya dengan kesungguhan hati
dan keimanan kepada Allah SWT.
e. Dengan menjalankan seruan Allah dan percaya
kepada-Nya maka Allah akan memberikan petunjuk dan ilmu pengetahuan agar
tidak tersesat dan berputus asa.
Antara doa-doa yang patut diamalkan oleh orang
tua agar anak- anak mereka menjadi orang yang diredhai Allah iaitu :
a) Doa agar anak patuh kepada Allah - Al Bagarah
: 128
b) Doa agar diberi anak yang baik - Al Imran
: 38
c) Doa agar diberi zuriat yang menyenangkan hati
- Furqan : 74
d) Doa agar anak tetap mengerjakan solat - Ibrahim
: 40
e) Doa ketika memberi nama anak
4. Panduan menamakan anak
Sunat memilih nama yang baik kepada anak. Memberikan
nama kepada anak merupakan cermin keperibadian dan kefahaman orang tua,
kerana nama yang diberikan menggambarkan harapan hati dan harapan orang
yang memberikannya. Masa memberikan nama dan orang yang berhak memberikan
nama.- Berdasarkan kepada beberapa hadis Rasulullah SAW, maka memberikan
nama bagi bayi dapat dilakukan pada hari lahirnya ataupun 3 hari sesudah
kelahiran. Jika belum, boleh ditunda hingga sampai perlaksanaan aqiqah
- Siapa yang berhak, ayah atau ibu. Sebenarnya ianya boleh dibincang antara
suami dan isteri ketika ingin memberi nama. Menurut Nasya'at Al-Masri,
hak memberi nama diberikan pada ayah, kerana adalam Al-Quran menjelaskan
supaya anak dinasab> kan kepada ayah bukan ibu.
Pemilihan nama yang utama - Syariat Islam menganjurkan
supaya nama yang baik kerana nama tersebut akan dipanggil Allah pada hari
Qiamat. Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya: " Namakan denagn
nama para nabi, dan nama yang paling Allah suka ialah nama Abdullah dan
Abdurrahman dan nama yang paling benar ialah Harits dan Humaam dan nama
yang paling buruk ialah Harb dan Murrah. " (HR. Abi Wahab Al-Jasyimi) -
Para ulama sepakat mengharamkan semua nama yang mengabdikan selain dari
Allah SWT seperti Abdul Uzza, Abdul Ka'abah dan lain-lain. Nama yang makrikh
yang perlu dihindari iaitu Yasar, Rabah, Najah, Aflah dan Barakah. Nabi
SAW melarang umatnya menamakan anak dengan nama-nama tersebut. - Nama seperti
nama malaikat seperti Mikail dan sebagainya.
Ada 2 pendapat ulama, sebahagiannya membolehkan
manakala sebahagian lagi melarang.- Tidak boleh menamakan dengan nama-nama
yang buruk yang akan menggambarkan corak kehidupan yang tidak dapat diterima
oleh fitrah manusia. - Tidak boleh menamakan dengan nama daripada surah
dalam Al- Quran seperti Thaha, Yasin dan sebagainya. Ibnul Qayyim menjelaskan,
nama Yasin dan Thaha adalah salah satu nama nabi adalah tidak benar. Imam
Malik mengatakan bahawa nama> -nama tersebut makruh dipakai untuk nama
anak. - Rasulullah menganjurkan kepada seseorang yang mempunyai cita cita
yang baik untuk diharapkan melalui nama anak-anak. Memberi gelaran kepada
anak - Adalah sangat terpuji memberi gelaran yang baik kepada bayi semenjak
kecil lagi bagi memberikan motivasi anak. Namun begitu, biarlah gelaran
yang baik dan jauhi gelaran yang> boleh memalukannya.
5. Penyembelihan aqiqah
Untuk mensyukuri kelahiran anak, agama menganjurkan
untuk mengadakan acara kesyukuran. Menyembelihkan kambing bagi anak lelaki,
2 ekor dan seekor bagi anak perempuan. Acara tersebut sebaiknya dijalankan
ketika anak berumur 7 hari. Aqiqah amat penting, menurut keterangan ulama,
hukumnya adalah "Sunat Muakkad". Dengan aqiqah akan menjadikan anak dapat
memberi pembelaan (syafaat) kepada orang tuanya pada hari qiamat. Hikmah
aqiqah.
a. Sebagai bukti dari perasaan gembira, kerana
diberi kekuatan oleh Allah untuk menjalankan syariat Islam serta dianugerah
anak, serta mempunyai harapan agar anak tersebut akan mengabdikan dirinya
kepada Allah.
b. Membiasakan berkorban bagi orang tua, demi
kepentingan anak yang baru lahir.
c. Melepaskan penghalang pada bayi dalam memberikan
syafaat kepada orang tua mereka kelak.
d. melindungi daripada syaitan sehingga setiap
anggota tubuh aqiqah berguna untuk menebus seluruh anggota tubuh bayi.
e. Pada waktu memotong aqiqah juga hendaklah
diucapkan seperti pada waktu memotong korban iaitu membaca Bismillah.
f. Lebih utama memasak aqiqah itu dan tidak diberikan
dalam keadaan mentah. Untuk memudahkan para fakir miskin untuk menikmatinya
dan ini lebih terpuji.
g. Umur binatang aqiqah yang disembelih adalah
sesuai dengan yang diperintahkan, sihat dan tidak cacat.
h. Tidak sah apabila dilaksanakan secara bersama-sama
oleh beberapa orang dengan seekor kambing.
i. Sebaik aqiqah itu berbentuk kambing, walaupun
ada juga yang menyembelih seekor unta, lembu atau kerbau.
j. Diutamakan memotong aqiqah atas nama bayi.
Rasulullah SAW bersabda, "Sembelihlah atas namanya. Ertinya diniatkan atas
nama bayi dengan mengucapkan nama Allah.
k. Penyembelihan terbaik dilakukan sesudah matahari
terbit.
l. Sesuatu yang terpuji pada pemotong aqiqah
adalam sama terpuji pada pemotong qorban iaitu, dagingnya disedekahkan.
Yang baik ialah dibahagi 3 iaitu sebahagian dimasak sendiri sebahagian
dihadiahkan dan sebahagian lagi disedekahkan.
m. Tidak diperkenankan menjual kulit aqiqah atau
dijadikan bayaran penyembelihan. Harus disedekahkan atau diambil untuk
keperluan orang yang mengadakan aqiqah.
n. Bagi seseorang yang mengetahui bahawa orang
tuanya belum melakukan aqiqah untuknya, maka dianjurkan untuknya melakukan
aqiqah, seperti Nabi telah melakukan aqiqah untuk> dirinya setelah diangkat
menjadi Rasul.
o. Sebelum dilakukan penyembelihan aqiqah terlebih
dahulu melakukan pencukuran rambut bayi. Kemudian rambut ditimbang dan
nilai rambut disedekahkan pada fakir miskin.
6. Mengkhatankan anak
Berkhatan atau bersunat harus dilakukan untuk
membersihkan anak-anak kerana kemaluan merupakan tempat najis yang harus
dibersihkan. - Hukum berkhatan Menurut Imam Shafie, Imam Malik dan Al-Auzai
dan lain-lain, berkhatan hukumnya wajib. - Khatan Nabi Ibrahim Dan Rasulullah
SAW Nabi Ibrahim berkhatan ketika berusia 80 tahun. Beliau khatankan Nabi
Ismail pada usia 13 dan Nabi Ishaq pada usia 7 tahun. Ada riwayat mengatakan
Raulullah dilahirkan sudah> berkhatan dan ajau juga riwayat mengatakan
baginda dikhatan oleh Malaikat Jibrail. - Hikmah dan kelebihan berkhatan
a. Berkhatan merupakan asas daripada kebersihan
dan merupakan syariat Islam perlu dikerjakan.
b. Menyempurnakan tuntutan syara' yang sesuai
dengan sunnah Nabi Ibrahim dan Rasulullah SAW. Sebagai usaha ke arah kebersihan
diri untuk mengabdikan diri pada Allah SWT.
c. Sering digunakan sebagai perbezaan antara
orang Islam dan bukan Islam.
d. Dari aspek kesihatan, ia boleh mendatangkan
kebersihan pada kemaluan, mencantikkan bentuk dan merangsang syahwat
e. Menjaga kesihatan tenaga batin serta memelihara
diri dari dihinggapi penyakit kelamin.
f. Mengandungi hikmah yang besar di sebalik yang
dilihat oleh mata kerana ajaran Islam yang lengkap dan murni, setiap yang
disuruh pasti mengandungi makna yang mendalam
7. Mendidik moral anak
Memberikan pendidikan kepada anak adalah kewajipan
ibubapa Firman Allah dalam suruh Luqman ayat 12 - 19 memberi beberapa pokok
ajaran Luqman, antaranya :
a. Pendidikan supaya bersyukur
b. Pendidikan supaya jangan mempersekutukan Allah
c. Pendidikan supaya berbakti kepada orang tua
d. Pendidikan tentang balasan dari hasil perbuatan
yang baik dan sebaliknya.
e. Pendidikan tentang soalt
f. Pendidikan tentang amar makruf nahi mungkar
g. Pendidikan supaya bersabar
h. Pendidikan supaya jangan sombong dan angkuh
i. Pendidikan kesederhanaan
L. Erti anak bagi orang tua
Setiap orang akan merasa bahagia apabila dikurniakan
anak. Namun disebalik kebahagiaan ini tersimpan tanggungjawab yang amat
berat yang harus dipikul. Anak amat bererti pada ibubapa, antaranya:
1. Anak sebagai rahmat Allah SWT
2. Anak sebagai amanat Allah SWT
3. Anak sebagai harta yang tergadai
4. Anak sebagai penguji keimanan
5. Anak sebagai alat untuk beramal
6. Anak sebagai saham di akhirat
7. Anak sebagai sumber kebahagiaan
8. Anak sebagai tempat bergantung di hari tua
9. Anak sebagai penyambung cita-cita
10. Anak sebagai makhluk yang harus diberi pendidikan
VI. PETUA-PETUA UNTUK SUAMI
A. Petua menjaga hati isteri
1. Tunjukkan rasa sayang terhadap isteri samada
melalui kata-kata maupun perbuatan seperti pelukan.
2. Jauhilah daripada ucapan yang menyinggung
perasaan isteri sekalipun dalam keadaan marah
3. Apabila dalam keadaan marah yang amat sangat,
berusahalah mengawal diri. Beristigfar dan berselawat serta berwuduk. Ingatlah
semula segala kenangan manis dan memahami bahawa isteri memerlukan bimbingan
isteri dan memahami bahawa tiada orang yang tidak melakukan kesilapan.
4. Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap
isteri, cubalah ulangi kembali masa-masa manis ketika dulu atau ajaklah
isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa, ataupun melancung ke
tempat-tempat yang indah.
5. Janganlah merendah-rendahkan isteri di depan
orang lain
6. Janganlah memuji wanita lain di depan maupun
belakang isteri.
7. Hargailah dan berilah pujian kepada pengorbanan
isteri.
8. Bantulah isteri dalam kerja-kerja seperti
memasak, mengemas dan sebagainya.
9. Cubalah fahami keadaan dan masalah isteri
dengan mengambil berat perasaan dan kesihatan isteri terutamanya ketika
haid dan mengandung.
10. Berilah bimbingan kepada isteri dalam melakukan
sesuatu agar ia bertambah semangat dan bermotivasi.
11. Bantulah isteri dalam melakukan kebaikan
dan ibadah
12. Berdoalah agar hati dan perasaannya sentiasa
patuh kepada Allah dan hormat pada suaminya.
B. Petua mencurahkan jalinan kasih
1. Bisikkan kasih sayang dari masa ke semasa.
Pengesahan dari mulut suami ada kesan mendalam terhadap keyakinan isteri
2. Buktikan kasih sayang daripada suami - Hadiah
dan penghargaan - Senyuman - Perbualan mesra - Gurauan - Khidmat dan bantuan
dalam mengendalikan kerja-kerja rumah - Kerjasama mendidikan anak, menyelesaikan
masalah dan hal-hal lain
3. Sentuhan sayang - Peluklah isteri sekurang-kurangnya
7 kali sehari dan bukan tujuh hari sekali. - Dalam diri wanita 99
kawasan yang dapat memberi kepuasan kepada isteri apabila dirangsang suami.
4. Isteri mengharapkan pimpinan agar selamat
di dunia dan akhirat - Suami sebagai contoh bagi isteri - Suami memiliki
ciri-ciri boleh dibanggakan isteri - Suami sebagai tempat bergantung -
Sumber semangat dan kekuatan - Isteri mengharapkan kemaafan dari suami
setiap masa
5. Isteri mengharapkan doa yang berterusan daripada
suami.
C. Petua mengetahui cinta pasangan hidup
Jika isteri ataupun pasangan menunjukkan sikap-sikap
seperti di bawah ini, itu membuktikan bahawa cintanya terhadap kita sungguh
mendalam :
1. Isteri mencintai kita dengan sesungguhnya
biasanya perasaannya tetap dan stabil terhadap suaminya. Suami tidak akan
menemui sikap isteri pada minggu ini atau bulan ini sangat menyintai sedangkan
pada masa yang lain, ia berubah. Ia tidak menuntut sesuatu kepada suami
baik tentang gaya dan sebagainya.
2. Pasangan yang bercinta iaitu suami dan isteri
saling memberi perhatian khusus antara sesamanya. Selalu berbincang, humor
serta selalu membuat sikap-sikap yang lucu. Suami isteri selalu saling
mendorong untuk menjaga badan dan kesihatan.
3. Suami isteri yang betul-betul saling mencintai
akan menunjuk kan cintanya dengan tingkah laku yang lemah lembut setiap
hari Membantu menyiapkan pekerjaan peribadi dan rumahtangga secara bersama.
4. Pasangan suami isteri yang sedang mencurahkan
cinta dan kasih sayang, mereka selalu mengucapkan sesuatu tentang cinta,
seperti sayang atau I love you ataupun memanggil sesamanya nama kesayangan.
5. Jika seseorang isteri betul-betul cinta terhadap
suaminya, ia tidak akan melukai atau menyakiti hati suaminya. Ia juga tidak
mengungkapkan kata-kata yang menyinggung perasaan suaminya seperti "Kamu
tidak pandai mengurus badan." atau "Kamu terlalu gemuk atau kurus." serta
ungkapan-ungkapan lain.
6. Pasangan yang saling mencintai, apakah isteri
sangat menyintai suami atau sebaliknya, akan selalu memberikan pujian yang
sesuai baik dalam bentuk kata-kata maupun perbuatan.
7. Suami isteri akan berhubungan dan berbicara
secara baik, dengan wajah yang berseri-seri dan sikap yang menyenangkan.
Misalnya suami memeluk isteri sambil berjalan kaki ketika bersiar-siar
kemudian pelukan itu disambut baik oleh isteri.
8. Setiap keberhasilan dan kejayaan selalunya
mereka rasakan dan nikmati bersama. Misalnya diungkapkan dengan menepuk
bahu isteri sambil memeluk dan menciumnya sebagai hadiah kejayaan.
9. Seorang pencinta biasanya seorang pendengar
yang baik. Dia tidak akan berbicara sebelum pasangannya habis berbicara.
Dia tidak akan memotong setiap perbicaraan suaminya. Ia baru akan berbicara
bila diminta untuk memberi cadangan.
10. Suami isteri sanggup menerima kekurangan-kekurangan
di antara mereka. Isteri yang sangat menyintai suaminya sanggup menerima
hakikat keperibadiannya serta cara percakapan suaminya. Ia tidak sekadar
menyintai suaminya lantaran suami pandai mencari harta dan wang.
11. Orang yang saling menyintai tidak akan berahsia
antara sesama mereka. Tetapi selalu membahagikan rasa suka dan duka untuk
diselesaikan bersama.
12. Pasangan yang bercinta sedar perkara-perkara
yang dapat merunsingkan perasaan pasangannya. Mereka mengerti perasaan
masing-masing. Misalnya isteri sedar jika menyampaikan masalah rumahtangga
ketika suami sedang letih akan menimbulkan kemarahan suami.
D. Petua menjadi lelaki pilihan
Ciri-ciri lelaki pilihan
1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
2. Mempunyai ilmu pengetahuan agama
3. Bekerja menyeru manusia kepada kebaikan dan
mencegah kemungkaran
4. Mempunyai sifat berjuang mencapai kecemerlangan
dalam hidup
5. Sentiasa membersihkan dirinya daripada sebarang
kemungkaran
6. Selalu bertaubat dan memperbanyakan amalan-amalan
sunat
7. Tidak mengharapkan balasan atau pujian apabila
melakukan sesuatu
8. Tidak takut kepada cercaan orang yang suka
mencela
9. Mengetahui dan faham serta mengamalkan segala
kewajipannya dengan baik
10. Bersifat lapang dada, penyantun dan pemaaf
11. Berhemah tinggi dan cermat
12. Sentiasa tenang dan waspada
13. Jika ia berkahwin, dia dapat melayan isteri
dengan baik kerana sebaik-baik suami adalah suami yang paling baik terhadap
isteri.
Lelaki pilihan wanita
1. Bersifat pelindung dan bertanggungjawab
2. Bersifat tegas tetapi lemah lembut dan penyayang
3. Berpendirian teguh
4. Bersikap terbuka dan matang
5. Bertimbang rasa dan memahami jiwa wanita
6. Mempunyai sifat kepemimpinan.
7. Boleh berbincang dan berterus terang
8. Penyabar
9. Mempunyai perancangan dan matlamat hidup yang
baik dan jelas
10. Cerdik dan bijaksana
11. Peramah dan mesra
12. Kerjaya yang terjamin
13. Berwawasan untuk kesejahteraan dunia dan
akhirat.
E. Petua menghadapi pertengkaran
Tiada orang yang tak pernah bertengkar seumur
hidup. Jarang kita temui sesebuah rumahtangga yang tak pernah bertengkar
sama sekali semenjak hidup bersama kera hidup yang tiada pertengkaran adalah
hidup yang sendirian.
Hakikat Pertengkaran
1. Hampir seluruh perkahwinan mengalami pertengkaran,
meskipun ramai orang malu mengakuinya. Sebenarnya jika sebuah perkahwinan
tanpa pertengkaran sama sekali membuktikan matinya emosi. Bukanlah bererti
pertengkaran itu baik namun pertengkaran juga mendatangkan kebaikan dan
keburukan.
2. Jika terjadi pertengkaran kerana sesuatu yang
tidak diingini berlaku dalam diri pasangan hidup. Tujuannya adalah agar
sesuatu yang tidak baik itu hilang dari pasangannya, baik dalam bentuk
peribadi maupun pekerjaannya.
3. Sebenarnya pertengkaran itu sebagai petanda
awal dari sebuah Perkahwinan. Di mana suami isteri mulai cuba untuk menyatukan
selera, tujuan dan keperluan hidup mereka. Jika mereka takut berbincang
kerana kuatir akan berlaku pertengkaran, akhirnya ia akan menimbulkan masalah
yang lebih besar pada masa akan datang.
4. Jika suami isteri bertengkar secara kecil-kecil
tidak membawa kepada pergaduhan, akhirnya mereka akan dapat mengatasi perselisihan
dan kemudiannya mereka akan merasa lebih akrab.
5. Jika seorang suami merasa marah terhadap seseorang
di tempat kerjanya, setelah pulang ke rumah, mungkin ia akan meluahkan
rasa marahnya itu pada isterinya. Jika anda berpendapat suatu kemarahan
harus diluahkan, maka anda akan meluahkan pada isteri anda. Pada hal dalam
Islam, kita disuruh bersabar.
6. Jika pertengkaran tidak dapat dielakkan lagi
kerana mungkin salah menyampaikan sesuatu ataupun pasangan kita tidak mahu
menerima hakikat diri kita, maka usahakanlah agar pertengkaran itu tidak
membawa bencara. Perhatikan keadaan persekitaran agar tiada pihak lain
ikut sama atau menjadi tekanan perasaan.
Petua-petua menghadapi Pertengkaran
1. Jika terjadi pertengkaran, maka janganlah
mencari kelemahan pasangan kita. Dan tidak wajar pertengkaran tersebut
hanya ingin mencari kemenangan. Tetapi usahakanlah untuk menyelesai kan
masalah secara bersama.
2. Jika pertengkaran itu menyangkut tentang satu
topik, janganlah masalah-masalah lain dimasukkan sama lerana ia akan menjadikan
suatu pertengkaran yang besar yang boleh membawa bencana,
3. Batasi kekasaran jika berlaku pertengkaran.
Jangan bertindak menggunakan fizikal seperti memukul, melemparkan barang
dan sebagainya. Cara ini tidak akan menyelesaikan masalah malah akan menimbulkan
masalah yang lebih besar.
4. Di dalam pertengkaran, gunakan bahasa yang
sesuai agar pasangan tidak tertekan. Kata-kata yang menyakitkan hatinya
seperti: "Ini semua salah kamu...!", "Engkau bodoh...!", " Engkau selalu
melakukan kesalahan...!" dan sebagainya. Sebaliknya gunakanlah perkataan
yang lembut seperti, "Hati saya luka kerana perbuatan itu...", "Kamu tak
sedar, betapa hancurnya hati saya..." dan lain-lain.
5. Setelah bertengkar, jangan biasakan diri suka
menyendiri, kemudian menjauhkan diri dari pasangan hidup. Jangan memisahkan
diri kerana ia tiada nilainya sama sekali dalam perkahwinan. Bahkan ia
merugikan hubungan suami isteri.
6. Jangan cuba menggunakan seks atau wang untuk
membalaspertengkaran kerana cara ini akan menyebabkan terjadinya
pertengkaran yang lebih hebat.
7. Jangan membiarkan pihak ketiga ikut serta
dalam pertengkaran keluarga. Kehadiaran pihak ketiga misalnya mertua, ipar,
adik beradik hanya akan menambahkan kecurigaan dan mungkin menambah menyala
api pertengkaran. selesaikan secara baik antara suami isteri.
8. Jangan bertengkar di depan anak-anak kena
ini akan menjadikan anak-anak bingung dan tertekan perasaan. Jika ini berlaku,
akan ujud banyak lagi masalah lain.
F. Petua memilih wanita idaman atau perempuan
Tidak semua orang dapat memilih pasangan hidupnya
sesuai dengan keinginannya. Tetapi ramai juga yang pandai menyesuaikan
diri dengan pasangannya walaupun tidak menepati ciri-ciri wanita idamannya.
Calon-calon isteri pilihan.
1. Wanita yang solehah
2. Wanita yang boleh melahirkan anak
3. Wanita yang bukan keluarga terdekat
4. Wanita yang berakal.
VII. PENUTUP
Sebenarnya masih terlalu banyak tujuan perkahwinan
menurut ajaran Islam, namun secara amnya perkahwinan atau pernikahan menurut
Islam antara lain bertujuan:
1. Menjamin proses kehidupan manusia
2. Memelihara masyarakat dari kehancuran budi
pekerti
3. Mewujudkan ketenangan rohani bagi pasangan
suami isteri
| Ke Indeks |