
![]()



«§» LÌ®ÌK LãGu P.®ãmLëê «§»
Seri Bunian
Indah nian istana bunian
Puteri bunian manis menawan
Indah nian istana bunian
Puteri bunian manis menawan
**Berat rasa nak kutinggalkan la sayang
Kerna hati dah tertawan
Bagai bulan jatuh ke tangan
Wahai puteri seri bunian
Bagai bulan jatuh ke tangan
Wahai puteri seri bunian
Rindu hatiku tidak terkira
Terkenang orang yang jauh (2x)
Yang selalu bermain di mata
lbarat kumbang rindukan bunga(2x)
Bila kupandang bulan di kalang
Parasmu yang cantik gemilang
Makin lama jelas kellhatan
Senyuman menawan
Bilakah masa kita berjumpa
Memadukan asmara (2x)
Yang senantiasa bergelora
Menyala-nyala dalam dada (2x)
Tak boleh kulupa sekejap masa
Ingin pula kita bersama
Tempat berlindung dan bergantung hati
Kupuja sampai mati
Putus sudah
Kasih sayang
Ikatan asmara
Hancur berderai-derai
Apakah dosaku
Apakah salahku
Kau runtuhkan
Jambatan asmara
** Sampai hati
Engkau pergi
Tinggalkan padaku
Racun berbisa
Membara di dada
Oh membakar di hati
Hingga kering layu
Berdebu
Dengar Oh, jeritan batinku
Memekik-mekik
Memanggil-manggil
Nama mu selalu
Sehari rasa sebulan
Hati ku tiada tertahan
Ku pandang kiri
Ku pandang kanan
Dikau tiada
Risau Batin ku menangis risau
Makin kau jauh
Makin hatiku bertambah kacau
Mengapa kita berpisah
Tak sanggup menahan asmara
Oh dengarlah
Jeritan batinku
Jangan tinggal daku
Oh adik oh juwita
Kanda sedang rindu
Pada mu yang manis jelita
Hanya dikau seorang
Oh bintang oh pujaan
Tempat kasih sayang
Harapan di masa hadapan
Andai dinda pergi
Daku teman tiada
Meratap sunyi
Hampa merana
O O jangan tinggal daku
O dewi O manisku
Kanda rindu selalu
Senyuman yang manis bermadu
Getaran jiwa
Melanda hatiku
Tersusun nada
Irama dan lagu
**Walau hanya sederhana
Tetapi tak mengapa
Moga dapat membangkitkan
Sedarlah kamu wahai insan
Tak mungkin hilang
Irama dan lagu
Bagaikan kembang
Sentiasa bermadu
Andai dipisah
Lagu dan irama
Lemah tiada berjiwa
Hampa
Di hari raya
Terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bundaku
Di tepian mandi
Danauku hijau yang damai selalu
Nun di sana tempat ku bertemu
Aku dan dia
** Apa kan daya
Masa tak akan kembali
Hancur musnahlah
Semuanya
Impian yang murni
Tinggal menjadi kenang-kenanganku
Hanya rangkaian kata dengan lagu
Dendang perantau
Pukullah tabuh Pukullah tabuh pukul rebana
Pukullah tabuh Pukullah tabuh, pukul rebana
Kalaulah jodoh Kalaulah jodoh tidak ke mana
Ya naam sidi Kalaulah jodoh tidak ke mana
Gununglah Banang Gununglah Banang Gunung Selawa
Gununglah Banang Gununglah Banang Gunung Selawa
Bagaikan pinang Bagaikan pinang dibelah dua
Ya naam sidi Bagaikan pinang dibelah dua
Tanah yang licin Tanah yang licin tidak berduri
Tanah yang licin Tanah yaang licin tidak berduri
Ibarat cincin Ibarat cincin lekat di jari
Ya naam sidi Ibarat cincin lekat di jari
Malam bulan dipagar bintang
Makin indah jika dipandang
Bagai gadis beri senyuman
Pada bujang idaman
Duhai kasih ingin dimanja
Dengan cumbuan mesra
Untuk pelipur lara
Penawar dik asmara
Malam bulan dipagar bintang
Tambah seri cuaca malam
Murni sungguh ciptaan Tuhan
Bulan bintang lampu alam
Andai kata bintang menyepi
Bulan tidak berseri
Malam menjadi sunyi
Tidak berseri lagi
Jangan-janganlah adik angan-angan
Merayau ke alam impian
Duduk termenung kesepian
Tiada teman
Tujuh gunung lautan-lautan
Sembilan lautan ala intan
Umpan kutabur dah makan
Ikan dah makan
Bagai-bagailah mana indah syurga
Bertaman bunga aneka rupa
Kalau si bunga tak dijaga
Terkulai juga
Dari hari purnama-purnama
Sehingga purnama ala nyawa
Bunga menanti pawana
Dihembus pawana
Senilagu : P. Ramlee
Senikata : S. Sudarmaji
Filem : Musang Berjanggut
Wahai juitaku indah rupawan
Juitaku sayang
Termimpi-mimpi wajah menawan
Ibaratnya bulan gemerlapan
Menuju kalbu ke kalbu idaman
Oh kekasihku teruna satria
Juitaku sayang
Terpaut aku kerana jasa
Kerana budi lahir asmara
Sebagai embun menimpa bunga
Kalau juita telah setia
Asmara berpadu satu
Tiada manusia menghalangkannya
Tiada manusia tahu
Oh asmaraku wahai juitaku
Juita ku sayang
Semoga kita kekal abadi
Hidup jaya untuk selama-lamanya
Kupuja-puja dengannya semadi
Senilagu : Osman Ahmad
Senikata :
Filem : Pembalasan
Dengan cinta kubina istana
Kau sentuh runtuh jadi pusara
Cahaya hidupku jadi gerhana
Biasa jiwa menanggung derita
Kusemai benih kasih sejati
Kupupuk dengan baja nan asli
Ngapa kau siram racun yang pedih
Ku tahui kini hanya rasa nan sedih
Ku mimpikan istana janjimu
Ku hias cantik dalam angan-angan
Sebab bencana datang menggangu
Kini hancur musnah istana impian
Senilagu : P. Ramlee
Senikata : Jamil Sulong
Filem : Anakku Sazal
Dengarlah
Gemala hati, dendang jiwaku
Mencurahkan pendaman
Kalbu nan tertawan
Dikaulah umpama bulan
Mengambang diangkasaraya
Oh .......
Dewi jelita
Pandanglah beta
Ponggok teruna
Rindu
Ashik memujamu
Paras gemilang
Ratulah desa
Engkaulah sayang
Dikaulah
Dewi pujaanku.
Engkau laksana bulan
Tinggi di atas kayangan
Hatiku dah kautawan
Hidupku tak keruan.
O ... O ... O ... O ... O ... O ... O ... O
*Kaucabutlah nyawaku
Oh Tuhanku
Mengapakah
Kaubezakan hidupku
Oh Tuhanku
Mengapakah
Manusia begitu
Mengapa kudisiksa
Kenapa kita bersua
Berjumpa dan bercinta
Tetapi menderita
O ... O ... O ... O ... O ... O ... O ... O
*Kaucabutlah nyawaku
Oh Tuhanku
Mengapakah
Jadi miskin hidupku
Oh Tuhanku
Mengapakah
Sangat buruk nasibku
Mengapa ku disiksa
Kenapa kita bersua
Berjumpa dan bercinta
Tetapi menderita
(* versi baru: Kautinggalkan diriku)
Senilagu : P. Ramlee
Senikata : Jamil Sulong
Filem : Penarik Beca

|
|