«§
Pesan
Roh Kepada Manusia
§»
![]()
Apabila roh keluar dari jasad, ia
akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan
mendengarnya kecuali jin dan manusia.
Apabila mayat dimandikan, lalu
roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah
untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku
beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat
pula bersuara sambil merayu:
"Wahai orang yang memandikan, janganlah
engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya
dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh
dari tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali
lagi merayu :
"Demi Allah, wahai orang yang memandikan
jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan
keluarnya roh".
Setelah dimandi dan dikafankan,
telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi
supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin
melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir
kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat. Sebaik keluar dari
rumah lalu ia berpesan :
"Demi Allah, wahai jemaahku, aku
telah meniggalkan isteriku menjadi janda. Maka janganlah kamu menyakitinya.
Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka.
Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak
akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung,
sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya
ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara
buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak
tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan:
"Wahai Kekasihku, wahai saudaraku
dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan
aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku".
"Sesungguhnya aku tinggalkan apa
yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak
mahu menanggung kesalahanku".
"Adapun didunia, Allah menghisab
aku,padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak
mahu mendoakan aku".
Ada satu riwayat drp Abi Qalabah
mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar
dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun
ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah
dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya
kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab:
"Sesungguhnya bagi mereka yang
memperolehi nur adalah kerana petunjuk daripada anak-anak dan teman-teman.
Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan
aku".
Setelah mendengar jawapan mayat
itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya
dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka.
Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah
akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas
itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali
ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada
matahari.
Assala'mualaikum Baginda Rasullullah
S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang
itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil
dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak
kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat
yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya
mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik
rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan
akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari
dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak
orang itu."
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang
yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. Akan menebarkan sayapnya yang
di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya
di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia
akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana
sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap
Jibrail A.S.
" Kalau orang yang nazak itu orang
munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelah kiri.
Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam
masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah
kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat
tinggalnya. Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang
mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat
maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah
zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:
"Tidak ada jalan bagimu mencabut
roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya
berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan
itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan
oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja
malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba
mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari
arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan
keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk
mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,
tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu
pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang
mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya
malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan
bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan
solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis
ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah
kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat
maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu
dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan
zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah
mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa
mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."
Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T.
berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikat Ku,tulis AsmaKu ditelapak tanganmu
dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat
perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan
Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T
maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang
kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar
R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju
ke Syurga Adnin
2. Roh para ulama menuju ke Syurga
Firdaus
3. Roh mereka yang berbahagia menuju
ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan
seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa
akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari
kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman
akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada
dalam neraka Sijjin, merek diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari
Kiamat.
Telah bersabda Rasullullah
S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat
pada hari mereka keluar dari kuburnya:
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan
solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Sekian untuk ingatan kita bersama.
Seorang mukmin sejati dapat dikenali
dari sifat yang terdapat pada dirinya iaitu:
***************************************************************
1. Hendaklah banyak malu
2. Kurang gangguan
3. Banyak melakukan kebaikan
4. Tidak melakukan kajahatan
5. Jujur
6. Kurang bercakap
7. Sentiasa bekerja
8. Kurang melakukan dosa
9. Tidak berminat mendengar rahsia orang lain
10. Suka pada kerja-kerja kebajikan
11. Menghidupkan silaturrahim
12. Tenang
13. Sabar
14. Sentiasa bersyukur
15. Sangat redha pada Allah walaupun rezkinya selalu
disempitkan Allah
16. Kasih pada para sahabat
17. Sopan santun
18. Menjaga kehormatan diri
19. Belas kasihan
20. Tidak suka mengutuk orang lain
21. Tidak suka memaki hamun
22. Tidak suka mencela
23. Tidak membuat fitnah
24. Tidak suka mengumpat
25. Apa-apa yang dilakukan tidak tergesa-gesa
26. Tidak mempunyai sifat dengki dan khianat
27. Tidak ada sifat pendendam
28. Tidak sombong bongkak
29. Tidak suka bangga diri
30. Tidak keterlaluan pada hal-hal dunia
31. Tidak suka berangan-angan
32. Kurang tidur dan banyak beribadat
33. Tidak mengharapkan pujian dari orang lain
34. Tidak munafik
35. Tidak kedekut atau kikir
36. Tidak suka mencari kesalahan orang lain
37. Selalu suka atau cinta kerana Allah
38. Rela akan sesuatu perkara kerana Allah
39. Selalu berbekal dengan taqwa
40. Tujuan hidup hanya satu iaitu menuju akhirat
41. Suka berzikir
42. Kekasihnya hanya Tuhan
43. Setiap usaha yang dilakukan adalah untuk akhirat
ORANG YANG MULIA DI SISI ALLAH SWT DAN MALAIKAT
Barang siapa yang menghafal tujuh kalimat maka orang tersebut
akan....Mulia di sisi Allah dan Malaikat, dan Allah akan mengampuni dosa-dosanya
walaupun sebanyak buih di lautan dan, Dia akan merasakan manisnya taat
dan,Hidup serta meninggal dunia dalam keadaan baik.
TUJUH KALIMAT TERSEBUT ADALAH :
***********************************
(1) Hendaklah memulakan segala sesuatu dengan kalimat:
"Bismillah"
(2) Bila selesai mengerjakan sesuatu ucapkanlah : "Alhamdulillah"
(3) Jika terlanjur mengucapkan perkataan yang tidak berguna
hendaklah mengatakan "Astaghfirullah"
(4) Bila hendak mengerjakan sesuatu maka hendaklah mengucapkan:
"InsyaAllah"
(5) Bila menghadapi sesuatu keadaan atau pekerjaan yang
tidak sesuai dengan kehendak hati maka ucapkanlah : "Laa
hawla wa laa quwwataillabillaahil aliyyil adzhim"
(6) Bila ditimpa musibah atau malapetaka maka hendaklah
mengucapkan :"Innaa lillaa hi wa innaa ilaihi rooji'uun"
(7) Sama ada siang atau malam maka hendaklah selalu mengucapkan:
"Laailaaha illallah, Muhammad Rasulullah"
|
|