Berikut adalah ciri-ciri lelaki yang disukai wanita secara umum.
![]()
Siapakah orang yang sombong –
-Orang yg sombong adalah orang yg di beri penghidupan tapi tidak mau
sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan
sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yg ada di bumi dan langit pada
TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.
Siapakah orang yang telah mati hatinya
-Orang yg telah mati hatinya adalah orang
yg diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita-cerita kebaikkan
namun merasa tidak ada apa-apa kesan didalam jiwa untuk bertaubat.
Siapakah orang dunggu kepala otaknya
- Orang yg dunggu kepala otaknya adalah orang yg tidak mahu lakukan
ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya
itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.
Siapakah orang yg kuat
- Orang yg kuat adalah orang yg dapat menahan> kemarahannya ketika
ia di dalam kemarahan.
Siapakah orang yg lemah
- Orang yang lemah adalah orang yg melihat akan> kemaksiatan di depan
matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran
itu.
Siapakah orang yang bakhil
- Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yg berat lidahnya untuk
membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w.
Siapakah orang yang buta
- Orang yg buta adalah orang yg tidak mahu membaca dan meniliti
akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.
Siapakah orang yang tuli
-Orang yg tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yg
baik namun tidak di endahkannya.
Siapakah orang yang sibuk
-Orang yg sibuk adalah orang yg tidak mengambil berat akan waktu solatnya
seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
Siapakah orang yg manis senyumanya
- Orang yg mempunyai senyuman yg manis adalah orang yg di timpa musibah
lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini". ,sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yg menangis airmata mutiara
-Orang yg menangis airmata mutiara adalah orang-orang yg sedang
bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya
lalu mengalir airmatanya.
Siapakah orang yg kaya
-Orang yang kaya adalah orang yg bersyukur dengan> apa yang ada
dan tidak loba akan kenikmatan dunia yg sementara ini.
Siapakah orang yg miskin
-Orang yg miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yg ada
sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yg pandai
- Orang yg pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya
kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi
Siapakah orang yg bodoh
-Orang yg bodoh adalah orang yg beriya-iya berusaha sekuat tenaga
untuk dunia nya sedangkan akhiratnya di abaikan.
Siapakah orang yang maju dalam hidupnya
-Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa
mempertingkat ilmu agamanya.
Siapakah orang-orang yg mundur hidupnya
-Orang yg mundur dalam hidupnya adalah orang yg tidak memperdulikan
akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.
Siapakah orang yang gila itu
-Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana
hanya dua syarat saje yg memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang,
pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.
Siapakah orang yg rugi
-Orang yg rugi adalah orang yg sudah sampai usia pertengahan
namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.
Siapakah orang yg selalu di tipu
-Orang yg selalu di tipu adalah orang muda yg menyangka bahawa
kematian itu berlaku hanya pada orang tua.
Siapakah orang yg paling cantik
-Orang yg paling cantik adalah orang yg mempunyai akhlak yg baik.
Siapakah orang yg mempunyai rumah yg paling
luas
-Orang yg mempunyai rumah yg paling luas adalah orang yg mati
membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana
mata memandang.
Siapakah orang yg mempunyai rumah yg sempit
lagi di himpit
-Orang yg mempunyai rumah yg sempit adalah orang yg mati tidak
membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yg mempunyai akal
- Orang yg mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak
kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa>
neraka.
Siapakah orang yg tidak berakal
-Orang yg tidak berakal adalah orang-orang yg menghuni neraka
kerana sekiranya mereka di dunia dahulu mengunakan akal mereka bahawa neraka
itu tempat azab dan siksa tentu mereka tidak mahu akan masuk neraka.
wallahu a'lam. sekian
Jadilah orang yang disenangi!
Sesiapa sahaja tentu suka jika dirinya disukai dan disenangi rakan-rakan, keluarga dan masyarakat sekeliling. Mungkin beberapa panduan di bawah dapat memberikan anda tips untuk menjadikan diri anda disenangi dan disukai. Cuba amalkan!
1. buangkan ego diri yang menjadi pemisah bermesra dengan orang lain. Rasakan diri kita dengan orang lain adalah sama sahaja. Cara ini memudahkan kita berkomunikasi dengan baik.
2. usahakan supaya orang lain berasa dirinya penting. Keinginan menjadi
orang yang penting meruapakan sifat semulajadi manusia dan rangsangan yang
paling berkesan pada sifat manusia. Antaranya, setiap orang ingin supaya
kata-katanya dipertimbangkan dan dihargai; setiap orang mahu dirinya dianggap
penting dalam sesuatu lingkungan, walaupun kecil dan setiap orang ingin
mendengar penghargaan yang tulus ikhlas.
3. jika berbuat kesalahan dengan orang lain, jadikan sikap meminta maaf sebagai amalan, sekalipun orang yang disalahi itu anak kita sendiri; “Maaf, ibu terpijak kaki Along” atau sebagainya. Secara tidak langsung amalan ini akan mendidik diri bersopan santun dan disenangi. Oleh itu lazimkan mengucap “maaf’, “tolong”, “terima kasih” dan sebagainya.
4. anggaplah setiap orang yang kita temui memiliki suatu keistimewaan
yang tidak ada pada diri kita walaupun dia hanya seorang tukang sapu. Mungkin
hati mereka lebih murni daripada kita yang mungkin buruk perangai. Dengan
cara ini, keegoan akan dapat dikikis tidak kira semasa bersendirian mahupun
di khalayak ramai.
5. jadilah seorang pendengar yang baik. Untuk memahami seseorang, kita
perlu mendengar perbicaraan mereka. Sekalipun kita tidak dapat menyelesaikan
permasalahan yang mereka hadapi, mendengar sudah cukup untuk mengurangkan
tekanan mereka. jika dalam percakapan atau tindakan seseorang itu terdapat
sesuatu yang tidak kena, elakkan mengkritik ketika itu juga. Lihat pula
suasana dan moodnya. Kadang kala persahabatan yang ingin terus dikekalkan
memerlukan kesabaran kita. Kita tidak boleh terus mengkritik sekalipun
pandangan kita adalah benar. Memberi kritikan secara tidak langsung akan
memberikan kesan yang ketara terhadap seseorang yang mudah tersinggung.
|
|