
| Mengenal Lelaki Dari Bulan Kelahirannya |
Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah yang mana seseorang lelaki
itu dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh
yang tersendiri terhadap perilakunya. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan:
Untuk mengetahui bulan anda dilahirkan,sila
klik di sini.
Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.
Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbu bapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.
Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.
Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.
Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.
Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.
Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.
Sya'aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.
Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupanya selalu selamat.
Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.
Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.
Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat,
jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya
sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan
atau sebalikknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah,
dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal
kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.
Mengenal Lelaki Melalui Empat Unsur Kejadian
Ahli-ahli falsafah silam telah mengemukakan teori bahawa perangai manusia di pengaruhi oleh unsur-unsur kejadiannya. Dikatakan bahawa manusia dijadikan dari empat unsur alam iaitu tanah, air, api dan angin. Falsafah ini telah bermula sejak dari Galen dan ianya dipakai beribu-ribu tahun. Carl Jung, seorang ahli ilmu jiwa, telah mengaitkan empat unsur kejadian ini dengan perangai manusia, ianya adalah sebagaimana berikut:
Tanah
Sifat tanah dikaitkan sebagai jenis
Deria. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Orang yang menyedari keujudannya
di sini dan kini menghargai kebendaan, keras hati, sabar,disiplin diri,
berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, cekap, percaya hanya perkara
yang boleh dicapai oleh deria.
(JENIS PANCAINDERA: SYAHWAT,
KERING)
Sedar mengenai hakikat diri, menilai
material, sebar, tabah hati, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap,
tidak tegas, efisyen, percaya hanya pada apa yang boleh dicapai oleh pancaindera,
muram atau sugul, diberatkan oleh keperluan. Kepala angin, bimbang, tegas,
tenang, boleh putus harapan, pendiam, tidak peramah, senyap. Badannya kurus,
kurangnya tidur, tidak sabar jima', selalu sihat, banyak kerja.
Air
Sifat air dikaitkan jenis Perasa.
Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Lemah-lembut, dalam perasaannya,
mengasihani, memaksa, penakut, kepala angin, imaginatif, lemah terhadap
siksaan atau teguran, berahsia, memahami, tidak tamak, artistik.
(JENIS PERASA: FIKIRAN, BASAH)
Lemah lembut, perasaannya dalam,
belas kasihan, penakut, ada angin, imaginatif, mudah terluka hatinya, berahsia,
mudah memahami perasaan orang lain, tidak tamak, ada bakat seni, positif,
berhati-hati, berfikiran panjang, aman hatinya, terkawal, boleh dipercayai,
penyabar, tenteram. Tubuhnya tambun, banyak lemak, banyak tidur, sedikit
malas, lambat dan agak kurang faham.
Api
Sifat api dikaitkan sebagai jenis
Intuisi (kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan kalbu). Ia digolongkan
sebagai sifat kelelakian. Pentingkan diri, megah, bersemangat tinggi, kompetitif,
perlukan ruang, kebudakan atau kurang matang, keras hati, kecenderungan
ke arah tidak peka terhadap sesuatu, sentiasa sedia untuk menempuh sesuatu
yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan masa depan.
(JENIS INTUITIF: CINTA, PANAS)
Pentingkan diri, megah, semangat
tinggi, kompetatif, perlukan ruang, keanakan atau lurus, menaruh harapan,
cenderung untuk tidak sensitif, sentiasa sedia untuk sesuatu yang baru
dan berisiko, mampu melihat kemungkinan baru, yang mana orang lain tidak
terfikirkan. Perasa, gelisah, agresif, mudah teransang, mudah berusaha,
pemaksa, optimis, aktif. Kerjanya segera, jalannya cepat, terang hati,
panas tubuhnya, kurang tidurnya.
Angin
Sifat angin dikaitkan dengan jenis
Pemikir. la digolongkan sebagai sifat kelelakian (masculine). Lelaki ini
berpegang kepada teori, tidak mudah terpengaruh oleh pendapat orang lain,
objektif, rasional, menghadapi kesukaran untuk melibatkan emosi, menghargai
kebolehan intelektual, mahukan kebebasan, mempunyai mentaliti ambil mudah,
sukakan fakta dan figura.
(JENIS PEMIKIR: JIWA, SEJUK)
Orang teori, sukar dipengaruhi,
objektif, rasional, sukar terlibat dalam hal emosi, menilai tinggi kebolehan
intelektual, keperluan untuk bebas, mentaliti ambil mudah, suka pada fakta
dan figura. Mudah bergaul, boros, banyak cakap, responsif, mudah berbincang,
bersemangat, sikap tidak kesah, pemimpin. Tubuh nipis, kurang daging, banyak
darah, kreatif, sederhana.
Penentuan Jenis Unsur Lelaki Berdasarkan
Anak Keberapa:
Samada seseorang lelaki itu tergolong
kepada jenis Tanah, Air, Api atau Angin boleh ditentukan menerusi anak
keberapakah dia. Susunan unsur ialah:
(1) Tanah pertama kelima kesembilan
(2) Air kedua keenam kesepuluh
(3) Api ketiga ketujuh kesebelas
(4) Angin keempat kelapan keduabelas
Sebagai contoh, sekiranya seorang
lelaki itu lahir sebagai anak pertama, dia adalah jenis Tanah.
|
|