Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

 

 

RUKUN IMAN

1)     Beriman kepada ALLAH.

2)     Beriman  kepada MALAIKAT.

3)     Beriman kepada KITAB.

4)     Beriman kepada RASUL.

5)     Beriman kepada HARI KIAMAT.

6)     Beriman kepada QADA’ dan QADAR.

 

 

 

 

 

RUKUN ISLAM

1)Mengucap 2 kalimah syahadah.

2)Solat 5 waktu sehari semalam.

3)Berpuasa di bulan Ramadhan.

4)Mengeluarkan zakat.

5)Menunaikan haji bagi yang berkuasa.

 

Daripada Abu Zar r.a berkata:

Suatu hari Nabi S.A.W bersabda:”Tahukah kamu ke mana matahari ini pergi? “Para sahabat menjawab:ALLAH dan RASULNYAlah yangl lebih mengetahui.Lantas Rasulullah s.a.w bersabda:”Perjalanan matahari ini berakhir disuatu tempat yang telah ditetapkan di bawah Arasy,lalu merebahkan diri untuk bersujud.Ia tetap berada dalam keadaan tersebut,sehinggalah diperintahkan kepadanya:Bangunlah dan kembalilah ke tempat mana kamu datang.Matahari kemudiannya kembali sehinggalah ia terbit dan beredar sebagaimana biasa.Matahari terus beredar lagi sehingga sampai di suatu tempat yang ditetapkan di bawah Arasy lalu merebahkan lagi dirinya dan untuk bersujud.Ia juga tetap berada dalam keadaan demikian sehinggalah diperintahkan kepadanya:Bangunlah dan kembalilah ke tempat mana kamu datang.Matahari kembali lagi sehinggalah ia terbit dan beredar sebagaimana biasa tanpa diketahui oleh manusia dan berakhir pada tempat yang telah ditetapkan di bawah Arasy,lalu sujud dan tetap dalam keadaan demikian,sehinggalah akhirnya diperintahkan kepadanya:”Bangunlah dan terbitlah dari sebelah barat.Rasulullah s.s.w terus bersabda:Tahukah kamu bilakah ianya akan berlaku?Ianya akan berlaku ketika mana yang bermaksud:Tidak berfaedah lagi iman seseorang yang tidak beriman sebelumnya atau tidak berusaha mengerjakan kebaikan terhadap imannya.”

 

 

 

MUTIARA KATA

Rasulullah s.a.w bersabda :”Pada setiap hari Jumaat,malaikat duduk di pintu-pintu masjid,di tangan mereka terdapat lembaran-lembaran perak dan pena emas.Mereka mencatatkan orang yang pertama datang,kedua dan seterusnya,sesuai dengan darjat masing-masing

Ibnu Mas’ud r.a berkata:”Empat perkara yang menyebabkan hati seseorang itu menjadi gelap iaitu:perut yang terlalu kenyang,bersahabat dengan orang-orang yang zalim,lupa terhadap dosa yang telah lalu dan panjang angan-angan.Empat perkara yang menyebabkan hati terang iaitu perut yang selalu lapar kerana memeriksa terlebih dahulu apa yang dimakan,bergaul dengan orang yang soleh,mengingati dosa lalu dan pendek angan-angan.

 

 

 

 

 

 

KEMBALI