Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
. . . . . . Home Page

LAMAN WEB ALTERNATIF CATORS

 

Mulai 1 Januari 2007 kesemua hebahan aktiviti CATORS akan diwar-warkan melalui Laman Web Alternatif CATORS iaitu www.friendster.com/thecators, sebarang notis, pengumuman, laporan, aktiviti terkini, gambar dan sebagainya hanya akan dihebahkan melalui laman web tersebut. Semua ahli diminta untuk membuka akaun friendster.com. Ahli CATORS yang gagal mendaftarkan akaun friendster.com dan gagal memaklumkan kepada Ketua Operasi Laman Web secara automatik dianggap gugur sebagai ahli CATORS kecuali atas budibicara Majlis Eksekutif. Sebarang permasalahan berkenaan laman web alternatif anda boleh berhubung dengan Presiden merangkap Ketua Operasi Laman Web Alternatif , En Noor Khalis b. Abdul Rahman, nombor telefon, 0125715333.

 

 

TELE-KAUNSELING

 

Program khas untuk pelajar-pelajar sekolah ataupun bekas pelajar SMTLC. Kepada mereka yang merasa memiliki masalah, ingin mendapatkan pandangan, nasihat dan cadangan berkenaan masalah peribadi, akademik ataupun kerjaya. Anda boleh menggunakan khidmat TELE-KAUNSELING. Tele-kaunseling ini hanya menerima panggilan masuk dan tidak melayan sebarang SMS. TELE-KAUNSELING ini akan diuruskan oleh Pengarah Eksekutif CATORS merangkap Ketua Operasi TELE-KAUNSELING CATORS, En. Mohd Hamidi b. Abdul Hamid, 0125042950. Anda tidak perlu malu berhubung dengan pakar kaunseling kami. Insya Allah segala masalah anda akan dilayan sebaiknya.

 

 

CHATTING@CATORS ON SUNDAY, 9.30PM

 

Program khas CATORS dimana kami memperkenalkan Laman Chat CATORS dan kami menetapkan waktu rasmi beroperasi secara rasmi mingguan ialah pada 9.30malam hingga 10.30malam pada setiap hari Ahad. Semua bekas pelajar termasuk ahli-ahli CATORS dijemput memeriahkan laman web tersebut. http://66367.myshoutbox.com. Sesiapa yang memiliki kelapangan pada waktu tersebut adalah dijemput memeriahkan bersama-sama. Topik perbualan adalah bebas. Ketua Operasi Laman Chatting CATORS, En. Firdaus b. Ya Ali. Sebarang masalah sila berhubung dengan beliau melalui nombor telefon 0125201239. Sebarang cadangan untuk mempertingkatkan prestasi laman chatting ini juga amat dialu-alukan dan sila berhubung dengan Ketua Operasi Laman CATORS. Insya Allah kerjasama yang terbaik akan kami berikan.

 

 

TELE-DERMA

 

Program Kebajikan CATORS untuk SEMUA, melalui TELE-DERMA, dimana semua ahli atau bukan ahli dijemput untuk memberi sumbangan dalam bentuk kewangan kepada Tabung Kebajikan dan Aktiviti Sosial CATORS. Hasil daripada perolehan derma ini, akan digunakan untuk menjana aktiviti kebajikan ahli-ahli CATORS, kebajikan bekas pelajar, kebajikan pelajar sekolah mahupun kebajikan rakyat Malaysia yang memerlukan. Hasil dana ini juga turut akan digunakan dalam menggerakkan aktiviti-aktiviti yang berbentuk ilmiah dan pembangunan Insan selaras dengan tuntutan syariat. Ketua Operasi Program Kebajikan CATORS untuk SEMUA (TELE-DERMA) merangkap Bendahari CATORS ialah En. Hermi b. Hashim. Untuk tujuan sumbangan ikhlas atau pertanyaan sila berhubung terus dengan beliau melalui 012-4677947. Sumbangan anda amatlah dialu-alukan.

gambar seterusnya -klik disini-

| Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Teknik Lebuh Cator Ipoh, No I, Persiaran Tawas Permai II, Taman Tawas Permai, 31400 Ipoh, Perak |

| Email address | the_cators@yahoo.com.my| Official website | www.thecators.cjb.net | Alternative website www.friendster.com/thecators | HOTLINE | 012-5630978 |

| Jabatan Perhubungan Nasional, Penyelidikan & Pembangunan CATORS |

| Copyright © 2007 The XCATORS iNC |

 

 

Text Box: TELE-DERMA
Hulurkan sumbangan ada, ikhlaskan hati hubungi
012-4677947
Text Box: DAFTAR 
AHLI CATORS SEKARANG 
HUBUNGI HOTLINE CATORS 
012-5630978
Text Box: CHATTING@CATORS 
ON SUNDAY, 9.30PM
http://66367.myshoutbox.com
Text Box: SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN CATORS YANG KE ENAM 
|Maklumat Terkini|Sila layari Laman Web Alternatif  CATORS|Klik Disini|
Text Box: TELE-KAUNSELING
Anda bermasalah?
012-5042950
Text Box: YANG DITUNGGU TELAH TIBA
KURSUS XCATORS
Khas untuk pimpinan CATORS
Text Box: IDEA BANK of CATORS
Ada idea majukan CATORS?
Emailkan kepada fayflisle@yahoo.com
Text Box: theXCatORS     . .
Segalanya bermula dari Satu persahabatan, kini menjadi Satu keluarga                                                           O f f I c I a l W E B S I T E…                             …