Mood:
Dalam perhimpunan doa pagi ini, isteri saya Choo Ling mendapat satu visi dari Tuhan; ia dua kali ternampak satu mesin menggali tanah "bull dozer" mencurahkan dari tempat tinggi selonggok muatannya ditengah-tengah tempat kami berdoa. Curahan itu selain daripada tanah, terdapat pula banyak ketualan logam putih. Visinya begitu nyata dan jelas. Kami berpendapat Tuhan telah menyatakan bahawa berkat dan rahmatNya terhadap kami adalah mencurah-curahkan dan diantara ahli-ahli Gereja Joyous Glorious Community ini, ramai akan dijadikan oleh Tuhan perkakasNya yang mana akan memuliakan namaNya. Hallelujah! Amen.