Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
 
t
     


Agro Nature Technology
ditubuhkan pada 23HB. April 2007 secara perkongsian, beralamat di Lot 814, Taman Bukit Kapar, Jalan Setia Jaya, 42200 Kapar, Selangor. Peniagaan yang dijalankan adalah berasaskan pertanian yang memfokuskan dalam produk penanaman anggur. Antara produk-produk yang dihasilkan oleh syarikat kami adalah seperti anak-anak benih anggur, tanah khusus untuk penanaman anggur, penggalak buah , baja dan sebagainya.


Penanaman anggur di Bukit Kapar bermula sejak 10 tahun lalu.Pada mulanya kami beroperasi secara kecil-kecilan di sebuah nurseri anggur di Taman Bukit Kapar, Kapar, Selangor tanpa syarikat hanya menjual secara langsung kepada pengguna.

Memandangkan permintaan yang menggalakkan bagi anak pokok anggur dan stok yang tidak mencukupi tiba masanya kami membuka sebuah syarikat bagi mengembangkan dan memperbesarkan lagi perniagaan ini. Dengan tertubuhnya syarikat Agro Nature Technology kami berharap dapat meneroka pasaran baru bagi sektor kerajaan , koprat serta dapat menyediakan keperluan kepada individu atau swasta yang berminat dalam sektor peladangan anggur di Malaysia .


TUJUAN DAN MATLAMAT SYARIKAT

Dengan tertubuhnya syarikat ini diharapkan syarikat kami akan menjadi satu-satunya pembekal benih anggur pelbagai jenis seperti White Malaga, Black Opal, Kyoho, alpohnso dan sebagainya dan juga sebagai pembekal utama bagi barang-barang keperluan seperti baja hormon dan sebagainya untuk penanaman anggur di Malaysia.

Dengan promosi dan teknik permasaran yang baik, kami yakin syarikat kami dapat membekalkan anak benih dan keperluan untuk pertumbuhan pohon anggur dan menjadikan pohon anggur sebagai tanaman landskap bagi setiap rumah, sektor kerajaan dan swasta dan juga untuk perladangan anggur secara kecil-kecilan mahupun besar-besaran bagi individu dan swasta yang berminat.