|
|
|
|
|
Laman Web PAS Kawasan Ampang Jaya
Surat Anda :
LAKONAN SEMULA PERISTIWA GRIK : KENAPA SAYA TAK PERCAYA !
1. Lakonan semula - Dilakukan oleh tentera komando yang terlatih yang sudah biasa memegang senjata api.
2. Di Grik - Kumpulan yang dituduh melakukannya terdiri dari "layman" yang terdiri dari drebar lori, juruteknik, pensyarah dsb yang tidak pernah jumpa senjata api.
3. Lakonan semula - Dilakukan di siang hari tanpa sebarang tekanan dan ketegangan.
4. Di Grik - Dilakukan di pagi hari yang gelap dan di dalam suasana tegang kerana baharu sahaja menceroboh ke dalam kem.
5. Lakonan - Senjata-senjata disusun di atas lantai beberapa kaki dari Pajero dengan itu senang diangkut ke dalam Pajero-Pajero tersebut.
6. Di Grik - Senjata-senjata di dalam setor dan terpaksa dibuka pintu setor dan diangkut ke luar stor ke dalam Pajero.
7. Lakonan semula - Tentera yang melakonkan semula sudah biasa dengan keadaan sekeliling di mana lakonan itu berlaku ( dan mungkin berpeluang untuk "practise" beberapa kali ).
8. Di Grik - Kem tentera di Gerik adalah satu tempat yang asing bagi penceroboh.
Memandangkan fakta-fakta di atas maka lakonan semula adalah "one big joke". Orang-orang UMNO pun geleng kepala. Jika Kerajaan Barisan Nasional hendak meyakinkan rakyat maka bukan ini caranya.
Mungkin ada pihak-pihak tertentu yang hendak memperbodoh-bodohkan Dato' Najib ? He really looked like a fool after the "lakonan semula" yesterday.
Perkara ini tidak mustahil di dalam UMNO yang sering hendak menjatuhkan di antara satu sama lain. Just remember what happened to Datuk Seri Abu Hassan Omar !
" A Reformist " 17 Ogos 2000
Pendapat penulis bukan rasmi PAS Kawasan Ampang Jaya
"Sila click untuk kembali ke menu"
|
|
|
|
|