Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

PENGENALAN

TANJUNG

Tanjung membawa dua maksud. Pertama adalah hujung tanah yang menganjur ke laut, danau, sungai dan lain-lain. Kedua ialah sejenis bunga atau nama saintifiknya Mimosps elengi. Begitulah secara ringkasnya perkataan Tanjung yang menjadi nama salah sebuah kelas di MRSM PDRM. Penggunaan nama Tanjung di MRSM PDRM bermula pada tahun 1992 dan akhirnya telah dimansuhkan bermula tahun 1996. Jadi tinggallah ia sebagai sejarah. Justeru amat menarik kalau sejarah itu kembali diimbas.

K o m e n    W e b m a s t e r   :

    Bagi saya kelas Tanjung `93 merupakan titik tolak bagi saya untuk belajar tentang kehidupan. Di sinilah tapak asas bagi saya mempelajari selok belok kehidupan. Dunia memang penuh dengan cabaran! Itulah yang terjadi. Perselisihan faham adalah lumrah kehidupan. Cuma yang paling penting pandanglah ia dari aspek positif. Di Tanjung`93 pelbagai ragam terpapar. Bila dikenang kembali nyata ia sungguh indah untuk dihayati. Ukhwah yang terjalin tidak pernah luntur walaupun pelbagai dugaan mendatang.
    Usaha saya ini adalah sebagai kenangan untuk masa depan. Kerana sesekali apabila kita berada dalam ketegangan, kenangan silam dapat meredakan jiwa yang bergelora. Sesungguhnya ia cuma sebahagian kecil usaha yang dapat saya lakukan agar ikatan ukhwah yang telah terjalin sentiasa utuh buat selama-lamanya.
    Harapan saya, teman-teman sekalian dapat membantu saya meneruskan usaha ini. Semoga kita bersama kan mendapat hidayah dan petunjuk Ilahi serta keredhaannya. Akhir kata semoga semua bekas ahli Kelas Tanjung 1993-1995 akan berjaya dalam semua bidang yang diceburi. InsyaAllah...

 

" Kemudian sesudah itu, Kami maafkan kesalahan kamu, supaya kamu bersyukur. Dan (kenangkanlah) ketika kami turunkan kepada Nabi Musa Kitab (taurat) dan keterangan-keterangan (yang terkandung di dalamnya, yang membezakan antara yang benar dan salah), supaya kamu mendapat petunjuk." (Al-Baqarah: 52&53)