Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Secebis Bingkisan Tentang Keluarga  Saya

    Alhamdulillah kerana saya mempunyai sebuah keluarga yang cukup bahagia. Walaupun kami adik beradik selalu bergaduh..hehehe..anak jantan katakan....Kami tetap saling hormat menghormati dan sayang-menyayangi. Kehidupan yang agak sederhana banyak mendidik kami menghargai tentang erti kesusahan...
    Ayah saya atau gelaran yang saya selalu ungkapkan abah merupakan seorang yang cukup penyayang dan amat bertanggungjawab. Abah merupakan seorang yang cukup tegas terutamanya dalam hal displin. Apatah lagi abah merupakan seorang Anggota Polis. Abah banyak menghadapi pahit maung kehidupan...Justeru abah telah berusaha keras untuk memberikan yang terbaik buat keluarganya. Abah bekerja siang dan malam demi mencari rezeki buat kami sekeluarga. Saya rasa cukup bertuah memiliki abah yang cukup berpengalaman. Abah banyak membantu saya dalam mengharungi kehidupan ini. Abah bagi saya cukup istimewa. Sukar untuk mencari seorang sepertinya dalam dunia ini. Itulah abah yang saya kenali.
    Emak pula bagi saya merupakan seorang ibu yang cukup pengasih dan sifat keibuannya amat menyentuh perasaan saya dan keluarga. Ibu yang cukup prihatin dan sentiasa peka dengan gelagat keluarga. Mak terlalu banyak berkorban demi ingin melihat kami menjadi insan yang berguna kelak. Mak cukup istimewa dalam hati saya. Tanpa mak saya tak akan jadi seperti hari ini. Saya sayang mak saya sesayangnya. Memang bahagia jika bersama mak.
    Adik pertama saya Shaukhi merupakan seorang yang bertubuh gempal dan selalu mengusik adik saya. Walaupun bertubuh agak besar dia pandai menggunakan apa yang ada pada dirinya untuk mencapai sesuatu kejayaan. Kalau main badminton dengannya, anda kena berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya kerana dia menggunakan sepenuhnya kekuatan yang ada padanya.Sebab itu ramai yang tewas kepadanya..Tapi dengan abang sendiri sorry la dia nak memang...hehehe..Semua rahsia dia ada dalam tangan saya...tapi dialah yang selalu mengusik adik-adik yang lain....Kini dia menuntut di UUM dalam bidang IT.
    Adik kedua Mohd Faizol merupakan adik yang paling kurus dalam keluarga saya..hehehe...Agak keras kepala tetapi cukup pandai dalam bidang kemahiran dan kalau main bola memang susah nak lepas dengannya sebab kaki dia panjang. Kalau nak gelecek memang susah..hish..tension nasib baiklah saya abang dia tahu la kelemahan dia..hehehe...Tahun ni akan menghadapi SPM dan boleh dikatakan rajin dalam hal-hal yang kebersihan rumah.
    Mohd Fazli adik saya yang ketiga bercita-cita menjadi seorang kadi..hehehe..saya selalu gelakkan dia. Suka mengusik dan suka menyamouk perbualan orang tua. Paling ramah...Tahun ni PMR..ha..keputusan tengoklah...tapi dia memang rajin dan suka dengar ceramah Ustaz Shamsuri. Kaset yang saya beli semua dia ambik..ada ke patut? Kalau satau dua tak apa, ni berpuluh kaset saya..dia ambik tak boleh jadi..saya pun nak dengar juga ceramah Ustaz Shamsuri...
    Adik keempat Mohd Shukri seorang yang minat Bola..hehehe....macam saya. Masih lagi kebudak-budakan walaupun dah darjah enam. Tapi yang saya respek ialah dia berani mencuba dan sanggup menanggung risiko. Kadang-kdang jadi masalah jugak...hehehe...Suka bergaduh dengan adik paling bongsu...biasa la..
    Mohd Farizuddin...Atau adik Din yang selalu saya acan Dan Din Don..hehehe..paling kerap kena usik dalam keluarga saya dan yang paling manja. Semua kena mak buat hatta kerja sekolah pun suruh mak buat..ada ka patut? Tak patut..tapi itulah Dik Din. Dah darjah empat tapi badan macam budak darjah satu...hehehe...
    Kalau anda kenal keluarga saya anda mesti terkejut sebab kesemuanya lelaki kecuali mak saya. Sebab tu kami ni agak mahir buat kerja-kerja rumah. Sebab tak ada adik perempuan. So kena buat sendiri la.....Kecuali adik Din. Yang lain memang boleh dianggap pandai menguruskan rumah, basuh pinggan, kain, masak, sapu rumah, mengasuh ...hehehe...Oklah takat tu saja kot....

Saiful
26 Mei 2001