Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Secebis Bingkisan Tentang Keluarga Angkat Saya

  Kalau Nak diikutkan memang tidak pernah saya menyimpan perasaan untuk memiliki keluarga angkat. Namun aktiviti yang dirancang oleh Persatuan Pendidikan UUM pada tahun 1999 adalah suatu permulaan kepada saya untuk bertemu dengan keluarga angkat saya. Rasa tertatrik untuk menyelami cara hidup penduduk di Kawasan Felda sedikit sebanyak mendorong saya menyertai program anak angkat di Felda Jelai 2, Gemas Negeri Sembilan.
    Alhamdulillah saya kini terasa cukup bahagia apabila mempunyai keluarga angkat. Saya anggap mereka begitu istimewa dalam hidup saya selain keluarga saya. Kini mereka telah saya anggap sebagai sebahagian daripada hidup saya sendiri. Memang pada mulanya agak janggal berhadapan dengan orang yang tidak pernah kita kenali. Benarlah kata orang Tak Kenal Maka Tak Cinta. itulah yang terjadi dalam hidup saya. Kini saya semakin serasi dengan keluarga angkat saya yang cukup bahagia.
    Pada kunjungan saya yang pertama saya hanya mengenali 4 daripada 5 orang ahli keluarga angkat saya kerana pada ketika itu adik angkat saya yang kedua sedang menuntut di MRSM Muar, Johor.
    Pada kesempatan yang terhad ini saya ingin memperkenalkan Ayah Angkat saya iaitu Encik Sapian Surip, seorang peneroka Felda yang mula mendiami Felda Jelai 2 pada bulan Mei 1981. Ketika itu saya baru sahaja berusia 11 bulan. Ayah angkat saya merupakan seorang yang cukup cool. Saya amat menyukai perwatakan beliau yang sentiasa nampak tenang dan selalunya bijak menutur apa yang sepatutnya diluahkan. Itu serba sedikit tentang ayah angkat saya.
    Ibu angkat saya pula Puan Habibah Jalal, seorang yang cukup peramah dan bersuara agak lantang. Kalau berbicara memang seronok..hehehe..memang kalau saya berbual kadang-kadang berjam-jam lamanya sebab saya pun memang jenis yang banyak cerita.hehehe....Pada pandangan saya emak angkat saya adalah seorang yang mempunyai sifat dan nilai keibuan yang tinggi. Cukup penyayang dan sangat mengambil berat tentang hal ehwal anak-anaknya..hehehe..termasuk saya.
    Adik angkat saya yang sulung Norfadilah seorang penuntut di UPSI bagi saya merupakan seorang yang cukup bersopan santun dan pemalu. Saya memanggilnya dengan nama Dilah. Dilah merupakan seorang yang agak matang dan bijak. Rajin melakukan kerja di dapur dan dari segi personaliti saya rasa Dilah cukup sempurna kerana dia pada pandangan saya merupakan seorang yang pandai menjaga batas pergaulan. Dilah pandai bertindak mengikut situasi dan cepat menyesuaikan diri dengan sesuatu yang baru, mungkin kerana perwatakannya yang agak matang.
    Noraidah adalah adik angkat saya yang kedua, kini sedang menuntut di UTM, Skudai. Bagi saya kelebihan Aidah adalah Aidah sangat cepat menangkap apa yang dipelajari dan diperhatikannya. Tidak hairanlah kalau dia memang cemerlang dalam pelajaran seperti kakaknya. Ada kegemaran tersendiri dan suka bergambar (sama seperti kakanya).
    Mohd Nizam yang selalu saya panggil Mamat merupakan adik angkat saya yang bongsu, cukup manja dan selalu merengek dan suka mengganggu kakak-kakaknya..hehehe..dia agak malas membaca buku (harapnya akan berubah nanti). Mamat agak nakal serta sangat suka bermain dan selalu tiada di rumah. Cukup minat Bola sepak ..hehehe sama seperti saya....Mungkin sebagai anak bongsu yang selalu dimanja Mamat agak nakal dan agak lambat matang. Mungkin tak lama lagi Mamat akan matang apatah lagi dia mungkin ada rangsangan yang cukup kuat kerana kedua-dua orang kakaknya sudah menjejak menara gading.
    Saya kini baru sahaja balik dari rumah keluarga angkat saya di Gemas membuatkan saya lebih mengenali hati budi keluarga angkat saya dengan lebih mendalam lagi. Sepanjang berada di sana saya rasa cukup terhibur. Entahlah tak tahulah kenapa mungkin saya tak pernah ada adik perempuan dalam keluarga saya. Seronok juga tengok keletah dua orang Adik angkat perempuan saya yang selalu bergurau. Entah apa yang diguraukan pun saya tak tahu...entah..entah...perli saya..hehehe....Rajin juga diusiknya Mamat...
    Apa pun kini saya cukup menghargai keluarga angkat saya. Pengalaman yang tidak akan dapat dibeli. Rasanya kalau ada anugerah keluarga contoh di Felda Jelai 2, Bolehlah dianugerahkan kepada keluarga angkat saya..hehehe...
    Kepada keluarga angkat saya...Terima kasih atas segala layanan...InsyaAllah saya tak pernah melupakan anda. Kalau ada kelapangan saya akan kembali ke sana...Wallahua'lam

Saiful
26 Mei 2001