SIMPLE BAHASA /
SIMPLE LANGUAGE
LINTAH DARAT: >Sejenis lintah yang digunakan oleh pengamal perubatan moden atau tradisional. >Encik Manan menggunakan lintah darat untuk mengubati penyakit angin kumulus pelanggannya. BULAN PURNAMA: >Upah yang diperolehi pada setiap penghujung bulan ( kekadang setiap awal perayaan ) >Setiap bulan pernama, Bakarudin membawa anak-anaknya ke KFC untuk menjamu selera. PUKUL CURI: >Pukulan yang dilakukan oleh si pencuri sebelum, semasa atau selepas mencuri. >Pencuri itu telah melepaskan pukul curinya di kepala Mek Jah sehingga pengsan sebelum meragut barang-barang kemas kepunyaannya. KAKI AMPU: >Kaki yang digunakan untuk mengampu kereta ketika hendak menukar tayar pancit. >Oleh kerana tiada "jack", terpaksalah Amin menggunakan kaki kirinya sebagai kaki ampu ketika menukar tayar kereta isterinya. AYAM TAMBATAN: >Ayam yang sedang ditambatkan, direbankan, dikurungkan @ dikuarentinkan sebelum disembelilhkan. >Sungguhpun Si Jalak dijamu dengan biji-bijiian yang enak namun ia tetap ber susah hati apabila mengenangkan nasibnya yang di jadikan ayam tambatan oleh tuannya sejak seminggu yang lalu. BAHASA PASAR: >Bahasa yang digunakan ketika berada di pasar seperti pasar besar/kecil, pasar malam, pasar tani pasar ramadzan, pasar basah, pasar kering pasar sehari, pasar raya dll yang bersesuaian dengannya >Pagi tadi Mak Yam telah dienda sebanyak RM 1.35 sen kerana tidak menggunakan bahasa pasar ketika berada di Pasar Besar Kayang. BERSAMBUNG YOU .....
LUCU
/ FUNNY
dazadaza@tm.net.my
TUNGGU TAFSIRAN SETERUSNYA .....
000001
DI MANA LAMAN WEB ANDA? KLIK!
WHERE IS YOUR WEB SITE? CLICK!
Ingin mentafsir. Sekiranya anda ingin mentafsir, sila KLIK ! di sini untuk panduan mentafsir MAYA.
Need to interpret. If you want to interpret please CLICK ! here for your MAYA interprate guide.
PUJANGGA /
POET
TIBAI /
BEAT
GLOBAL /
GLOBAL
NEXT
BISNES /
BUSINESS
TAMU /
GUEST
KATA /
SAID
MENU /
MENU