Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Text Box: SYAIR MALAM PUISI DARUL AMAN ‘95

Assalamu alaikum saya ucapkan
kepada sekalian hadirin budiman
berkumpul kita di ini taman
mewarnai majlis yang dirancangkan.

Dua puluh tahun usia ASASI
berkat prihatin Kerajaan Negeri
di ini malam kita berpuisi
berserta dengan gerak dan aksi.

Kepada Allah marilah berdoa
semoga negara kekal sejahtera
bersama kita terus berusaha 
wawasan dituju kian ketara.

Sekian dahulu saya bermohon
sepuluh jari saya menyusun
salah dan silap harap diampun
bertemu lagi di lain tahun.

ABDUL HALIM YAACOB 
(20 Disember 1995)

as_riz@tm.net.my

Nota: Syair ini telah disampaikan oleh anak sulung saya pada acara Malam Puisi Darul Aman 1995 yang merupakan salah satu acara Festival Kesenian Negeri Kedah 1995.  Malam Puisi Darul Aman 1995 dianjurkan oleh Majlis Kebudayaan Negeri dan Angkatan Nasional Kedah (ASASI) yang berlangsung pada 20 Disember 1995 di Taman Budaya, Pumpong, Alor Setar, Kedah.  Sempena acara tersebut, sebuah antologi berjudul DESIR telah diterbitkan di mana syair ini turut termuat di dalamnya.
as_riz@tm.net.my
MENU UTAMA MENU SENI