Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

KAHYUN

 

     “Lelaki menganggap perempuan sebagai kaum yang lemah.Jadi,memang adil jika kita

menganggap mereka kaum yang tidak boleh dipercayai,”.

     Sejurus itu , dia terdengar satu suara membisiki hatinya.

     “Mengapa kau harus menganggap begitu , Farra ?Adakah kau pernah dikecewakan

oleh sesiapa yang bergelar lelaki?”

     Farra diam.Dia menunggu kalau-kalau suara itu bertanya lagi.

     “Teman lelakimu dahulu seorang pendusta?”

     “Aku sekali pun tak pernah mempunyai teman lelaki,”balas Farra terhadap suara itu.

     “Jadi, abang atau adik lelakimu pasti puncanya.”

     “Tidak.Aku yakin tidak,”nafi Farra.

     “Ayahmu?”

     “Diam!!!Kau tahukan, ayahku meninggal ketika umurku sembilan bulan?!!”

     Tiba-tiba suara itu hilang.Farra menunggu-nunggu suara itu datang lagi.Hampa.

     Sebenarnya dia sendiri keliru.Kenapa dia mesti berprasangka terhadap lelaki?Di lubuk

hatinya yang dalam,dia memang tidak bersetuju dengan falsafahnya sendiri.Agaknya,dia

terpengaruh dengan perempuan lain,rakan sebiliknya.Dia sering mendengar kisah gadis

yang dikecewakan teruna.Kes itulah yang sering menghambat fikirannya.

     Mulai detik ini dia harus membuka mindanya.Kerana apa? Kerana dia tahu, dia takkan

selamanya boleh begini.Lelaki…,lelakilah yang akan menemani hidupnya kelak.

 

*   *   *

      Farra tersandar di dinding  dengan punggungnya di atas katil.Di tangannya dua keping

kertas,surat daripada Hassan.Siapatah yang telah menanam benih kasih dalam jiwanya.

Siapatah yang telah menyiram dan membajainya sehingga akhirnya Farra sedar,dia telah

jatuh hati pada Hassan.Apakah kerana surat cinta yang diterima daripada Hassan itu?

Atau…dia telah disihir.Sedang dia termenung,satu suara datang lagi membisiki hatinya.

     “Kau tak patut buat begini,Farra.Kenapa harus kau pendamkan perasaanmu?Dia patut

tahu yang kau juga ada hati padanya.”

     “Bagaimana jika orang lain juga tahu?Kawan-kawan aku!Aku malu kerana jatuh cinta

pada lelaki !…”

     “Malu ? Malukau salah tempatnya ! Risau ? Risaukau terhadap perkara remeh !”

     “Jadi , bagaimana ?”

     “Rempuhilah halangan-halangan  dalam bercinta.Ini adalah ujian…!

     “Kemudian aku akan bahagia?”

     “Tepat sekali!”

     “Mungkin tidak…..mungkin ya…..,”.

      Suara kedua-duanya hilang ditelan pekatnya gelap malam.

 

* * *

    

      “Apa? Farra Isnainia jatuh cinta ?Betulkah?”Tanya Ina bertalu-talu sebaik sahaja

Farra meluahkan isi hatinya terhadap sahabat baiknya itu. “Atas dasar apa kau jatuh

cinta? Kasihan..? Kekaguman...? Agama..? Keturunan..? Harta..?…”

      “Nanti,nanti,nanti. Biar aku terang dan jelaskan.Aku jatuh cinta di atas dasar fitrah.

Kata orang, “Setiap hati pasti merasai cinta.”

     “Lelaki mana yang telah menukar fikiranmu itu ? Lelaki mana yang telah

memperdaya wanita yang berhati keras ini? Agaknya kau dah kena sihir ! Dahulu kau

juga berkata,lelaki adalah kaum yang tidak boleh dipercayai….,”

      “Itu dulu , Ina…”

      “Jadi,sekarang dah lainlah ya? Apa kau percaya betul pada si dia yang telah menawan

hatimu itu?”

      “Ya..,”ringkas jawab Farra.

      “Kau pasti akan di kecewakannya.Jika tidak hari ini,esok,atau sepuluh tahun akan

datang. Lebih baik kau berhati-hati.”

      “Memang ada baiknya berhati-hati.Tapi,apa kau bermaksud  tiada seorang pun lelaki

jujur dalam dunia ini?”

      “Itulah pandanganku terhadap lelaki,dan aku rasa perempuan lain pun bermaksud

yang sama.Apa kau akan menafikannya?”Pertanyaan Ina itu dilontarkan bagi menguji

 

Farra.

      “Sekurang-kurangnya,Ina,dalam hidup kita,kita wajib percaya kepada seorang lelaki.”

Farra mula berfalsafah.Tapi kali ini lain bunyinya.

      “Mana ada lelaki yang sentiasa jujur ! Setiap mereka pasti akan menipu sekurang –

kurangnya seratus kali dalam hidup mereka,”Ina melawan.

     “Ketepikan falsafah karutkau itu!Percayalah,perempuan dan lelaki dijadikan untuk

saling lengkap-melengkapi,”.Lebih tegas kata-kata Farra kali ini.

     Dengan perlahan-lahan Ina menyoal, “Apa..kau sudah berubah,Farra?” Hairan.

     “Perubahan ini adalah satu anjakan paradigma  jiwaku.Kau tak harus

mempersoalkannya.”

     “Kau pastikan menyesal,”balas Ina,lalu bangun dari batu besar yang menjadi tempat

duduknya. “Tapi…,siapalah jejaka yang bertuah tu?”

     “Siapa? Pasti ada dan nanti kaukan tahu.”Farra bingkas bangun lalu pergi

meninggalkan Ina yang termangu dengan peristiwa menarik ini.

     “Cerita ini pasti mengejutkan  Niza dan Lita,”bisik Ina perlahan-lahan dalam hatinya.

 

* * *

  

     Farra bergegas mencapai telefon di atas mejanya.Dalam kepalanya tergambar nombor

telefon rumah Hassan. “9761560”.Butang nombor di telefon ditekan dengan cermat agar

dia tidak tersalah nombor.

     “Helo,boleh saya bercakap dengan Hassan?”

     “Hassan bercakap ni.Siapa tu?”

     “Farra…,”

     “Farra , akhirnya kau hubungi juga aku…”

     Sejak itu,cinta mulai berputik.Telefon menjadi perantaranya.Ada kalanya Farra telefon

Hassan.Ada kalanya Hassan telefon Farra.

     Nampaknya Farra telah membalas cinta Hassan.Sesuatu yang diluar dugaan.Bertuah

benar Hassan,dapat gadis sebaik Farra.Sebenarnya Farra memang baik.Penyantun, lemah-

lembut.Ramai benar jejaka yang ingin memikatnya.Bertuah.Hassan memang

bertuah.Hassan pula pendiam orangnya.Sekali ditanya,sekali dijawab.Soalan Farra

sepuluh patah , Hassan jawab sepatah.

 

* * *

Pada suatu hari yang damai…

 

rinngg rinngg…rinngg rinngg…rinngg rinngg…    

 

“Helo,”Hassan mengangkat telefon.

      “Helo , Hassan…,”Farra membalas.

      Begitulah setiap kali mereka berhubung.Macam-macam yang dibualkan setiap hari.

Namun , hari ini,sesuatu yang tidak diingini berlaku akan terjadi…

     “Hassan , supaya hati ini bertambah yakin dengan hubungan ini,izinkanku

bertanyakan sesuatu…,”.

     “Apa halnya,Farra?”

     “Adakah kau mempunyai kekasih lain selain daripada aku…?”

     Hassan diam.

     “Jawablah so0alan ini,San.Adakah kekasih lain selain aku?”

     Hassan masih diam.

     “Hassan…”

     “Ya,”jawab Hassan seolah-olah berbisik sahaja.

     “Ya?”Farra tergamam.

     Hassan menyambung, “Aku ada dua lagi kekasih selain kau,Farra…”

     Gamam Farra makin menjadi.Tanpa disedarinya,tangannya perlahan-lahan

meletakkan telefon.

     “Farra,nanti dulu…! Helo…Helo…!”

    

     toot…toot…toot…toot…toot…

    

      Nah!Ambil kau,Farra.Itulah penangannya kalau selalu ikutkan hati.Itulah natijahnya.   

      “Farra,kini kau sudah sama dengan gadis lain.Kau juga telah dikecewakan lelaki,”

satu suara tiba-tiba datang membisiki hatinya.Suara ini suara baru.Dia belum pernah lagi

mendengar suara seperti itu sebelum ini.

     “Alangkah baiknya jika kau mengikut nasihat kawanmu dulu?Aduhai…Farra,kau

sudah tersilap!Tapi masih belum terlambat untuk menyesal,”ujar suara itu.

     “Menyesal?”Tanya Farra. “Menyesal kenapa?”

     “Kerana jatuh cinta pada lelaki..!Farra oh Farra,tidakkah kau terasa bodoh?

Tidakkah..??!

     “Ya,aku bodoh! Aku bodoh kerana tidak mendengar nasihat kawan-kawanku! Aku

bodoh kerana mempercayai lelakiiii!!!”

     “Tidak.Kau tidak bodoh,Farra,”.Tiba-tiba terdengar satu suara lain.Suara yang dia

biasa mendengarnya. “Kau cuma berprasangka terhadap Hassan,sedangkan dia berlaku

jujur terhadapmu.Andai dia tidak jujur,mengapa harus dia beritahu kau tentang

kekasihnya?Fikir betul-betul,Farra.”

     Farra mula bingung.Suara mana yang harus dia turut?Bagai nak gila dia

memikirkannya.Kepalanya kini pusing.

 

* * *

rinngg rinngg…rinngg rinngg…rinngg rinngg.…

 

     “Helo,”Farra mengangkat telefon.

     “Farra,aku memang mempunyai dua kekasih lain…,”

      Farra diam.Hassan pun diam.

      “Siapa?Siapakah mereka yang sangat bertuah itu?”Farra bertanya memecahkan

keheningan.

     Hassan diam .Sejurus kemudian dia menyambung. “Kekasihku yang pertama.Dialah

tempat aku mencurahkan segala isi hatiku.Dialah menjadi tempat aku bergantung harap.

Dialah tempat aku mengadu segala masalahku.Dialah tempat aku meminta

pertolongan.Dialah pembuka segala penyelesaian…,”

     “Teruskan,”kata Farra.

     “Kekasihku yang kedua ialah manusia yang paling aku percayai.Segala

percakapannya bagiku semuanya benar,tingkahlakunya aku cuba ikuti dan setiap waktu

dan saat aku mengaguminya.Dia sebenarnya idolaku…,”

     “Berterus – terang sajalah , San ,sebelum aku letak telefon ni sekali lagi,”ujar Farra

dengan perasaan ingin tahu bercampur geram.

     “Baiklah,Farra,dengarkan baik-baik.Kekasihku yang pertama,aku sangat kasihkan

Dia.Lalu,aku menyembah-Nya  di atas perintah-Nya.Dialah Tuhan yang satu dan Dialah

kekasihku,Farra.Kekasihku yang kedua…

     “Sudah , sudah , aku dah tahu.Baru aku kenal siapa kau , San.Aku ingat aku

dipermainkan,rupanya aku dikejutkan.”Farra lega.

     “Apa kaukan maafkanku kerana memeranjatkanmu tempoh hari?”Tanya Hassan.

     “Eh! Apa pula ? Aku yang bersalah kerana berprasangka terhadapmu.Maafkan aku,

San.”Masing-masing beralah pula.

     “Baiklah, kita sama-sama bersalah dan kita sama-sama minta maaf.Kita patut saling

percaya-mempercayai,kan?”Serius bunyinya pertanyaan Hassan itu.

     “Itu benar.San , kalau macam tu, baru aku sedar, rupanya aku ada tiga

kekasih,termasuk kau!!”

~TAMAT~

 

 

 

 

 

TIDAK SULIT                                   

1103/IV                                                                                                               1103/IV                                      

Bahasa                LEMBAGA PEPERIKSAAN

Melayu                               

Kertas 1           

Nov./Dis.                                         

2001

 

1 ½  jam                          

 

SIJIL  PELAJARAN  MALAYSIA  2001

 

 

BAHASA MELAYU

Kertas  1

 

Satu  jam  tiga  puluh  minit sahaja

 

 

 

JANGAN  BUKA  KERTAS  SOALAN  INI

SEHINGGA  SAMPAI  DI  RUMAH

 

1.   Kertas soalan ini mengandungi enam soalan.Satu soalan nampak dan lima soalan   

      tak nampak.

 

2.     Jawab satu soalan sahaja.

 

3.     Jawapan hendaklah melebihi 350 perkataan.

 

4.     Jawapan boleh ditulis dalam tulisan rumi atau jawi.

 


Kertas   soalan  ini  mengandungi  2  halaman  bercetak

[Lihat sebelah mata]

1103/IV          2001    Hak   Cipta   Kerajaan   Malaysia                                                              X SULIT

 

 

TIDAK SULIT

 

1                    Anda telah jatuh hati pada seorang gadis di sekolah tempat anda belajar .  Anda

cuba memikatnya dengan menghantar  beberapa  helai  surat  cinta . Lalu , anda

telah terlanjur menjalinkan  hubungan  persahabatan  dengannya  sebelum  anda

mengetahui bahawa dia sudah mempunyai teman lelaki lain.

 

Tuliskan  sepucuk  surat  bagi  memberitahunya bahawa  anda kecewa dan ingin memutuskan hubungan itu.

 

2        ??

 

3        ???

 

4        ????

 

5        ?????

 

6        ??????

KERTAS  SOALAN  MUNGKIN TAMAT !

1103/11                                                                                                                        

 

 

 

 

No. Kad Pengenalan    :          820423-07-5287                 Angka Giliran       :            RA011A027       

 

Mata  Pelajaran   :   Bahasa Melayu Kertas 1

 

 


Soalan  1

 

                                                                                                          Syamsul Amri bin Nasir, 

                                                                                                          Wad 12,Bilik 7,Katil 6,    

                                                                                                          Hospital Bahagia,            

                                                                                                          08897 Tanjung Rambutan,

                                                                                                          Perak.                               

                                                                                                          15 Kahyuni  9090.                                                                                                                     

                                                                                                                                    

                                                                                                                                               

      Salam sejahtera serta rahmat Allah dan berkatnya ke atas saudari Shamirah .    Salam sejahtera ke atas kita dan ke atas makhluk-makhluk Tuhan yang bercinta selagi mereka berkasih-kasihan kerana Allah . Miralah yang cantik secantik- cantiknya dan tiada pujian yang dapat menggambarkan kecantikanmu. Engkaulah  gadis suci yang menjadi hamba al – Quddus setiap siang dan malam. Aku menggarapkan warkah ini kehadapan seorang yang menyebabkan hatiku terpesona akan dirinya.Sentiasalah hatiku ini tertawan padanya dan tak mungkin aku akan beralih kasih. Sesungguhnya,setiap tulisanku, ucapanku dan tindak – tandukku kujadikan Tuhan sebagai saksinya. Tidaklah akukan menduakanmu walaupun aku dilahirkan sebagai segolongan daripada kaum lelaki.                                               

 

Mira,

 

     Aku rasa aku tidak pernah lagi meluahkan apa yang aku ingin luahkan di sini, dalam surat yang penuh perasaan ini.Jadi , pertama-tama sekali akan aku taipkan kata cinta yang tak terpendam lagi di hati ini.Aku mencintaimu sedalam-dalamnya lebih dalam daripada dalamnya Jurang Mariana.Cintaku padamu juga amat luas, lebih luas daripada luasnya alam jagatraya.Namamu telah kupahatkan pada pintu hatiku disebabkan kaulah yang paling menawan di seluruh dunia ini.Betapa indahnya wajahmu sehingga tiap kali aku memandangmu , pohon cinta yang tumbuh di jiwa ini serupa dibajai oleh kecantikanmu.Sinar wajahmu pula menyinari pohon nan menghijau yang telah menumbuhkan bunga seribu warna oleh jiwaku , bukan dengan kehendakku.Aku merinduimu tiap siang dan malam, tiap panas dan hujan , setiap kali mentari menyuluh alam ini pada waktu pagi dan meninggalkannya pada datang senja, lalu hadir pula bulan menerangi gelapnya malam.Rinduku sesungguhnya tidak tertahan sehingga aku dapat pula mencoretkan kata-kata yang kukirimkan padamu selalu.Dalam fikiran ini setiap kali ia melayang , akan muncul gambarmu seorang.Bagiku,kaulah bidadari yang

menghiasi alam khayalanku.Dalam mimpiku pula telah kutemuimu dengan penuh keikhlasan.Kulihat sinar di wajahmu , ku genggam bisikan azimatmu dan kurenung setiap kalimah yang kau garapkan.Kaulah bulan, kaulah bintang kaulah matahari di alam mimpiku.Aku akan rasa gelisah apabila tidak bertemu denganmu.Aku selalu berharap agar kau datang kepadaku… walau dalam mimpi. Terkadang aku menyebut namamu, Mira, pabila kurasa resah dan gelisah , rindu serta dendam.Dan itulah yang dikatakan cinta , Mira , cinta… Tapi ketahuilah Mira , ini adalah permulaan yang retorik bagi surat ini .Bukan ini tujuan surat ini ditulis.Bacalah seterusnya…GET READY ,GIRL…!!

     

      Aku tidak tahu sama ada surat ini membawa berita gembira atau sedih bagimu.Namun , apa yang selalu aku harapkan ialah semoga kau gembira selalu.

 

      Bicara yang pertama, aku ingin menyentuh tentang hubungan kita yang tidak direstui oleh kekanda dan ayahandamu.Aku menghormati cara ayahanda dan kekandamu dalam mendidikmu.Itu adalah urusan keluargamu.Aku masih mentah untuk campur tangan dalam perihal mendidik anak. Justeru, kembalilah kepada cara hidupmu yang dahulu dan jadilah anak yang solehah. Ingatlah , keredhaan Tuhan terletak pada keredhaan kedua ibu bapa.Jika ayahmu tidak redha dengan hubungan kita,ada lagi 50% daripada ibumu sama ada dia redha ataupun tidak.Jika ibumu juga tidak redha, sedarlah bahawa hubungan yang bakal terjadi antara kita tidak akan diredhai Tuhan. Aku tak tahu betul atau tidak fahaman aku ini.Tapi ketahuilah , aku takkan hadir lagi di sisimu , walaupun sebagai seorang sahabat.

 

      Aku tidak tahu sama ada kau terkejut atau tidak dengan pernyataanku tadi. Ingin aku terang dan jelaskan di sini bahawa kehadiranku di sisimu hanyalah untuk menggembirakanmu.Jika engkau sudah ada yang lain yang dapat menyinari hidupmu,tiada guna lagi aku hadir di sisimu , walau sesaat , apatah lagi berbulan -bulan.Kehadiranku di sisimu sebenarnya telah menyusahkanmu , sama ada kau sedar atau tidak , sama ada aku sedar atau tidak.

 

      Aku bukan main-main dalam soal yang menentukan masa depan kehidupan ini.Sebagaimana tindakan yang telahku ambil ketika hendak membongkar rahsia perasaanku terhadapmu dahulu,sebagaimana itulah aku lakukan sebelum aku mencoretkan warkah perpisahan ini.Namun tindakan kali ini lebih kuat alasannya sebab aku sudah beristikharah berkali-kali. Mira , antara dua orang yang mengetuk pintu hatimu , janganlah kau memilihku.Kau sendiri faham,dan aku pun sedar, aku tidak layak denganmu.Namun agaknya ,dalam hatimu ,memang kau tidak memilihku.

 

      Aku banyak berhati-hati sebelum memulakan setiap langkah yang baru.Aku ingin melihat orang yang aku cintai betul-betul cintakanku. Tetapi…tetapi daripada semua aksi dan tindak-tandukmu apabila ^berhubung(bersahabat)^ dengan aku , aku rasa engkau tak ikhlas terhadap aku.Aku ingin mempersoalkan kejujuranmu , tapi apakan daya , aku tidak layak untuk itu.Aku sedar , tiada siapa yang boleh bersikap jujur terhadap aku walaupun orang yang paling aku sayangi. Dan aku ingin menggembirakan hatimu dengan membuat perutusan ini, supaya kau tak perlu lagi bersusah payah untuk jatuh cinta padaku.

 

Saudari Mira,

 

      Ingin aku jelaskan kepadamu keadaanku sekarang . Apalah yang telah menimpaku sehingga aku sanggup melupakan mutiara yang hampir kugenggam. Aku dahulu ialah orang yang selalu tidur. Setiap kali tidur, aku akan mengalami mimpi-mimpi indah. Apabila terjaga, aku berharap agar mimpi-mimpi itu menjadi kenyataan.Tetapi, mimpi tetap impi.Harapanku tidak pernah kesampaian. Keindahan mimpi-mimpi tersebut menyebabkan aku asyik tidur selalu.Sehingga pada suatu masa,aku tidak dapat lagi membezakan antara mimpi dengan kenyataan.Aku tidur dalam jaga dan lena dalam tidur. Berapa lama aku hidup dalam kepincangan ini sehingga pada suatu saat yang murni, seseorang telah mengejutkanku dan membangkitkanku dari tidur.Akhirnya sekarang aku sedar kembali,memilikimu adalah satu mimpi dan hidup seorang diri adalah kenyataan sebenarnya.Aku harap kau faham

 

      Aku selalu kirimkan ^sajak^ kepadamu, tapi aku bukan ^ nak^ engkau terpikat pada sajak-sajakku.Bukan juga pada pantun atau lagu atau pada kata-kata dalam surat-suratku.Bakarlah semua surat yang aku kirimkan kepadamu,yang kukirimkan melalui bayu malam atau melalui putaran roda beberapa orang pengantara.Aku tak ingin tahu bahawa selepas ini kau masih menyimpan surat-surat itu…

 

      [ehem…ekhem….. (diam untuk beberapa jurus,melepaskan penat akibat terlalu penuh perasaan yang terguna,mengambil nafas ,lalu menyambung….)]

 

      Kawan sekelasku (seorang remaja perempuan) pernah memberitahuku yang seorang remaja lelaki adalah sama.Mereka akan memuji jika menyukai gadis yang ingin didampinginya.Apabila sudah berjaya menawannya , mereka akan ditinggalkan begitu sahaja tanpa sebarang penjelasan.Aku harap , aku tidak melakukan begitu terhadapmu.Tiada gadis yang mahu hatinya dilukai cinta yang tak pernah kenal erti kemanusiaan.Tapi ingat!!Kita masih belum pernah bercinta. Kita cuma pernah bersahabat.Buktinya apabila warkah –warkah yang aku kirimkan kepadamu tidak pernah dibalas dengan kalimah cinta. Jika cinta tidak berbalas, apakah itu dinamakan bercinta?O.K.lah,apa yang aku nak terangkan sebenarnya,jika aku pergi dari sisimu,kau bukan bekas orang dan jika kau pula yang pergi dariku, aku juga bukan bekas orang… 

 

      Kuingin ulangi pernyataanku tadi bahawa aku tidak akan hadir lagi di sisimu walaupun sebagai seorang sahabat.Namun,ia takkan berlaku jika salah seorang daripada kita tidak mengorak langkah meninggalkan seorang yang lain.Kita diibaratkan dua orang yang pada mulanya berjalan di satu jalan yang sama. Lalu, kita sampai di sebuah simpang tiga yang mengkehendaki kita berpisah . Salah seorang akan mengambil lorong kiri dan seorang lagi kanan.Aku inginkan kita mengorak langkah  sama-sama meninggalkan antara satu sama lain.Bukan meninggalkan  dan bukan ditinggalkan.Namun, bagaimana ia akan berlaku?Aku fikir perkara ini tidak mungkin boleh berlaku. Jadi,permintaan terakhirku, engkau beritahulah , siapa yang akan meninggalkan siapa , dan siapa yang akan ditinggalkan siapa. Selepas pemergian itu,hendaklah yang pergi tidak akan kembali dan yang ditinggalkan tidak akan menuruti … . Bolehkah ? Jika engkau tidak memberi jawapan kepadaku, bermakna akulah yang akan meninggalkanmu. Aku harap kau senang dengan pemergianku ini.

       Dengan pemergian yang penuh dengan kesedihan ini, (bagikulah..) aku ingin memohon berbanyak maaf kepadamu di atas kehadiran ^^yang tak diundang,di atas

perkataan yang tidak di pinta untuk diluahkan,di atas ujaran yang menyakitkan telinga,di atas perbuatan yang menyakitkan hati,di atas persembahan yang menyakitkan mata,di atas perutusan yang menjemukan otak,DLL.etc.etc.Aku juga telah memaafkanmu andaikata ada yang kau ingin meminta maaf dariku… Aku ingin menyatakan yang aku masih ingin bersamamu…masih ingin bersamamu , tapi… tapi…tapi …tapiiiii(!!!!) …..apakan dayaku lagi…. Aku anggapkan ini suatu mimpi yang datang sekadar untuk menguji aku dan kau.Goodbye my Miraculous Mira.I just want to be a loser ,when I got to be the another player in the game of two.

 

P/S:Tiada lagi sajak, pantun,lagu atau warkah buatmu.Warkah ini , Warkah Terakhir Buat Shamirah…

  

Pungguk berangan,

                                                                                      m_reebl@hotmail.com

 

 

menu utama             menu seni