Sesungguhnya aku berasa amat sukar untuk meneruskan hidup
ini.tak dapat membuang dia daripada fikiranku.aku tahu sejak dahulu lagi aku
cintakan dia...tetapi siapalah aku untuk meluahkannya.dan sekarang tiada lagi
keindahan dalam hidup.dan aku pergi dan meninggalkan kehidupanku ,iaitu seorang
gadis bernama Siti Zuraifah.mungkin dia tak pernah tahu,dialah yang memberi
keyakinan kepadaku untuk terus berjuang dengan tenagaku , dengan
kebijaksanaanku untuk meneruskan kehidupan.dengar juga pada suaranya, yang
bagiku tiada yang lebih membakar semangat darinya.tetapi sayangnya aku
ditakdirkan begini,dan sebenarnya melihat dia terlalu istimewa,bagai puteri di
istana larangan dan aku marhaen hina,jiwa hamba dan merana.apalah yang dapat
diperolehinya daripadaku , andai dia dalam genggaman ?aku hanya ada iman yang
entah cahayanya cerah atau malap.dan jiwa yang sedih untuk dia dengari.aku juga
punyai kejujuran,tetapi hari ini orang ramai bertanya,manakah yang lebih
penting antara kejujuran
dan cerdik, aku tinggalkan soalan itu di belakang,dan bertanya semula kenapa
mereka bertanya soalan begitu...kerana mereka tahu kedua-duanya penting,tetapi
hanya memilih salah satu.bagiku , tingalkanlah kejahatan,lalu kejujuran
dan cerdik akan berjalan seiringan.
Aku pergi darinya dan menuju ke destinasi biasa bagi seorang hamba Tuhan,
sebenarnya ingin membawa dia bersama-sama sebagai teman seperjalanan. tapi dia
tak mungkin faham perjalananku , yang penuh emosi dan perasaan , penuh air mata
dan tangisan, mungkin jika dia ada bersama dapat meredakan.tapi dia tetap
dia.zuraifah akan tetap sebagai zuraifah dan aku tahu itu.walaupun kita satu
keturunan,tetapi kita berbeza pandangan.dan dia pula ada jalan sendiri...
Aku akan kalah bila bermain dengan perasaan,tetapi bagaimana boleh membuang
perasaan itu,sedangkan ia kurniaan Tuhan bagi semua insan. bilakah kan berjumpa
kehidupan yang lebih indah daripada dia.?apa akan terjadi jika aku tidak
menemuinya?
entahlah,aku terpaksa menutup mata .dan berjalan dengan suara hati.. meninggalkan
segala keindahan , mencari erti hidup tanpa bersamanya lagi..
"Awaak , janganla pergiii..."
"Kitorang ade projek Sains Comp,awak takde.!"
"Apalah ada pada kehenseman.."
"Nak tengok berita..,berita pun bukannnya boleh percaya."
Zuraifah:Ni mesti sokong pembangkang..
"........"
Zuraifah:Kaantoii.!
"Nak tengok cerita Hindustan pun,asyik cerita - cerita macam tu
jugak..Asyik-asyik topik tu jugak.."
Zuraifah:
"Cinta.."
"Dalam kepala ni penuh dengan tanda-tanya..banyak tanda soal kat dalam
kepala ni(sambil melukiskan tandasoal tandasoal
di atas kepala.)"
Yang ada sebagai bukti persahabatan , hanyalah kad rayamu...zuraifah.
yang lain seolah-olah mimpi indah...yang tak mungkin berkunjung lagi...
Rasanya aku tidak meninggalkan tanda-tanya lagi kepadamu...segala-galanya telah
terjawab..zuraifah., hiduplah dengan aman,bersama apa yang kau kehendaki selama
ini.aku tidak pernah ingin menghampakan...demi persahabatan,demi persahabatan..
aku tetap akan mendoakanmu dari jauh.selagi daya.dan perginya aku bersama
simpati yang kau berikan , kankusimpannya baik-baik sebagai tanda persahabatan.
Maafkan saya, Zuraifah.kita saling tidak mengerti lagi antara satu dengan yang
lain.
Saturday, April 27, 2002
11:42 PM