Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
PENGALAMAN 6

    Baru-baru ini saya berkesempatan untuk kembali ke sekolah lama saya SKTR (sekolah Kebangsaan Tunku Raudzah) untuk membantu ibu saya menguruskan urusan persekolahan adik saya. Saya terkenang kembali saat-saat indah sewaktu saya di SKTR dahulu. Ia semakin ketara apabila saya setapak demi setapak meniti semula tangga yang menuju ke kalas lama saya. Ia tetap seperti itu. Ketika itu saya teringat kembali nostalgia silam. Lapan tahun yang lepas ketika di SKTR. Sekolah yang banyak membantuku mengenal erti apa yang aku kecapi hari ini. memang aku berhak rasa demikian kerana jasanya memang amat besar terhadap diriku.
    Sekolah itulah yang banyak mengajarku erti penghidupan, mengenal kawan dan kejayaan. SKTR banyak membantuku! Mindaku banyak bertapak di masa silam ketika aku kembali di SKTR. Apatah lagi aku bertemu pula dengan rakan sekelasku dulu Fikri. Kami mengimbau kembali kenangan silam. Jika sewaktu tahun 1987 dahulu bangunan 3 tingkat yang ada kini langsung tidak wujud yang ada cuma bangunan setingkat yang selalu dinaiki air bila hujan lebat. Kami mengimbau balik kenangna-kenangan lalu di samping bertanya khabar.
    SKTR memang cukup istimewa bagiku. Sekolah itulah yang banyak mendidikku. Selama enam tahun di SKTR, pelbagai rencah dan ragam aku belajar. Meskipun SKTR berada di dalam bandar tetapi ia tetap digolong dalam kategori sekolah luar bandar. memang aku rasa cukup menarik jika dilihat pencapaiannya. Ia memang memberangsangkan.
    Setelah puas mengimbau kenangan lama kami terjumpa pula guru-guru lama di SKTR terutamanya guru yang banyak membantu saya dahulu iaitu Puan Siti Rokiah Khamis. Kami berbual tentang banyak perkara dan ia memang menarik. Selain itu cikgu yang sempat kami jumpa ialah Puan Murizah Ismail, Cikgu Fahmi, Cikgu Malek dan Cikgu Maheran.
    Nanti saya akan sambung tentang SKTR. Saya rasa cukuplah setakat ini walaupun agak pendek sebab nanti saya akan coretkan dengan lebih mendalam.

SAIFUL
25 Disember 2000