Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
KOMPUTER

    Bagiku tidak pernah aku termimpi untuk dapat bergelumangdengan dunia komputer seperti yang aku alami kini. Semuanya disebabkantakdir. Alhamdulillah. Kalau disoroti aku masa lampauku sememangnya akulangsung tidak boleh dikategorikan sebagai keluarga yang celik komputer.Aku hanya tahu tentang komputer sejak kecil hanya melalui rakan yang adakomputer. Bila diceritakan aku hanya termanggu memikirkan mesin yang kukiracukup ajaib.
    Cerita tentang permainan komputer cukup melekakanku.Namun apalah dayaku untuk merasa mesin yang telah memukau ramai kawanku.Apa yang pasti aku hanya nampak komputer di pejabat sekolahku sahaja. Itupun aku rasa sebiji sahaja pada waktu tu. (SKTR). Aku rasa kerani sekolahwaktu tu masih lagi gunakan mesin taip ya aku cukup pasti akan hal ini.Waktu aku darjah enam kelab komputer di sekolahku baru hendak ditubuhkandan aku langsung tak dapat menyertainya.
    Hingga tahun 1992 barulah aku dapat pertama kalimenggunakan komputer. Itu pun selepas aku nekad untuk mengajak adikku mainpermainan komputer di sebuah kedai komputer di tingkat tiga Wisma PeladangAlor Setar. Waktu tu Pasaraya Peladang (PPSB) masih lagi ada kat bangunantu. Itulah pertama kali dalam sejarah hidupku menggunakan komputer. Pengalamanpertama kali itu cukup membuatkan minatku terhadap komputer meluap-luap.
    Aku tidak tahu apakah terlalu hebat daya tarikankomputer terhadap diriku. Kemudian aku melangkahkan kaki ke Kolej SultanAbdul Hamid (KSAH) selama sebulan dan ada subjek komputer dalam silibuspelajaran di KSAH. Di situ aku cuma sempat menggunakannya sekali sahaja.Itu pun terpaksa berkongsi dengan rakanku yang jauh lebih mahir daripadaku.Aku cuma mampu memerhati apa yang dilakukannya. Namun aku rasa cukup berminatsekali.
    Kemudian aku melangkah ke MRSM PDRM yang turutmenawarkan subjek IT dan sememangnya aku agak kecewa sebab banyak jugalatihan teori berbanding amali. Cikgu selalu ajar dekat kelas dan padakelas yang merangkumi dua period (satu period 30 minit) barulah ada amali. Danwaktu tulah yang paling aku minati aku menanti dengan penuh minat tetapitak banyak kali sangat dan selalu pulak waktu lab kelasku jatuh pada haricuti.
    Sekali tu aku dengar ada iklan kelab komputeraku pun terus masuk sebab aku rasa aku akan dapat bergelumang dengan komputeryang aku minati. Aku ingat lagi nama Cikgu yang selalu aku tunggu waktuhari Sabtu iaitu Cikgu Aminahton. Pada hari Sabtu aku akan tunggu cikguAminahton selepas sahaja "inspection" asrama selesai. Kalau kena minggukeluar bandar aku sanggup lewat keluar sebab aku terlalu minatkan komputer.Kalau hari Jumaat Cikgu akan buka lab pukul 10. Pukul 9 lagi aku dah tunggukat kelasku waktu tu kat Blok C MRSM PDRM. Kebetulan lab tu atas aja kelasku.
    Bila aku keluar MRSM PDRM aku masuk pula SMTLSAHdan kat sana memang aku tak dapat meneruskan minatku. Bukannya apa labwaktu tu hanya untuk budak kejuruteraan sahaja. Aku di kelas Perdagangan.Jadi aku hanya dengar daripada kawanku di kleas Kejuruteraan sahaja palingkerap budak kelas KJ.
    Bila masuk tingkatan lima aku masuk PertandinganMenulis Esei Sejarah SeMalaysia anjuran Persatuan Sejarah Malaysia. Akutulis tentang Tan Sri Mubin Shepard Abdullah dalam lebih kurang 20 000patah perkataan. Masalahnya aku langsung tak tahu guna Microsoft Word laluaku hanya gunakan perisian Professional Write. Itu pun sebab aku tahu sikit-sikit.Waktu tu aku langsung aku tak kenal Microsoft Word.Bayangkan betapa jahilnyaaku dah umur 17 Tapi langsung tak tahu guna Microsoft Word. Bukan sahajatak tahu guna, guna pun tak pernah!!!!
    Pertama sekali aku guna Microsoft Word ialahketika aku berada di PMUUM sebab situ ada subjek IT dan memang diajar tentangMicrosoft Word. Waktu tu barulah aku tahu bukan Word aja yang orang selaluguna malah orang selalu jugak guna acess, excel dan power point. Di PMUUM kawan di sebelah bilikku ada komputer dan aku cukup kagum bilatengok kawan-kawanku guna Power Point buat persembahan. Aku terlalu jahil.
    Bila sem dua kat PMUUM aku mula belajar tentangQBASIC. Memang aku akui aku agak cekap tentang subjek ni sebab aku banyakbelajar waktu kat MRSM PDRM dan memang aku dah ada sijil dalam pertandinganpengaturcaraan ni.Sebab tu aku dapat menyelesaikan sesuatu masalah ataulatihan yang diberikan oleh guruku dengan pantas. Waktu mula-mula cikgutunjuk cara nak buat pengaturcaraan QBASIC kat student aku dah siap dengansatu aturcara ringkas. Dan kalau cikgu bagi latihan dalam lab akulah yangselalunya paling pantas siap.
    Bila aku di PMUUM kawan-kawanku mula berbicarasoal internet, soal email dan soal laman web. Aku cuma mengangguk dan akucuma boleh cakap internet cukup berguna. Aku tak pernah melayari internet.Bila kawanku menceritakan tentang dia mendapat email daripada rakannyaaku cuma diam sebab apa itu email pun aku tak tahu. Macam mana rupanyayang aku tahu cuma boleh hantar mesej macam hantar surat. Aku langsungtak terfikir tentang kecanggihan dunia komputer. Tapi dalam hatiku akupendamkan rasa untuk menggunakan internet. Bagiku aku tetap akan cuba suatuhari nanti.
    Bila kau masuk tahun pertama ijazah sarjana mudaaku nekad nak beli komputer aku nak belajar tentang komputer lalu aku suarakankehendakku kepada ayahku dan Alhamdulillah ayahku bersetuju dan denganduit PTPTN aku terus sambar sebuah komputer yang aku beli dari kedai kawankuReza. Waktu tu(1 OGOS 1999)  spesifikasi komputerku ialah AMD K6 400MHz,Hard Disk 4.3 Gb dan RAM 128 Mb. Aku cukup berbangga dengan RAMku yangmemang banyak waktu tu. Aku beli dengan harga RM 2150 tak termasuk printer.
    Rezalah yang banyak mengajarku tentang komputer.Dari segi penyenggaraan dan tips-tips penting memang banyak yang diajarnyasungguhpun dia tak ambil IT tapi pengalaman dia bergelumang dengan komputermemang banyak. Kalau ada komputer yang rosak dialah yang selalu dipanggiloleh kawan-kawan dan bila ada masalah saya pun aku turut ikut dan belajarsedikit sebanyak tentang komputer.
    Waktu tulah baru aku rasa aku dah jauh ketinggalan.Waktu tu aku cuba nak pergi jauh lagi. Aku tekad nak belajar guna internet.Lalu pada suatu hari (aku rasa dalam pertengahan bulan Ogos 1999) aku masukke lab di UUM dan aku nampak kawanku sedang menggunakan email. Aku panggildia Zam aja nama penuh dia aku tak ingat tapi dia orang Kuala Kedah. Akucukup kagum dengan dia sebab tahu bab bab ni. Lalu aku mintak dia ajaraku guna email. Dia tanya aku ada kaun email ke tak aku kata tak sebabaku tak pernah guna internet.
Dia pun mengajarku cara menggunakan email dan tolong mendaftarkanakaun email kat internet. Aku cukup seronok sekali tapi dia hanya sempatmendaftarkan aku alamat emailku sahaja. Waktu tu aku cuma hanya ada kauntapi tak tahu nak guna. Aku cuma boleh masuk tapi tak tahu macam mana nakbalas email.(Tolong jangan ketawa).....Memang betul....
    Aku terpaksa tunggu sampai seminggu lepas tubaru aku nampak Zam guna internet barulah aku tanya macam mana nak gunadan dia pun bagitahu aku cara-caranya secara ringkas. Alhamdulillah akumemang agak cepat tangkap apa yang dimaksudkannya. Tapi waktu tu aku mulaboring sebab tak ada orang hantar email kat aku. Lalu aku paksa kawan-kawankuhantar email kepadaku.
    Lepas tu aku cuba meneroka tentang email. Akumasuk seminar dan bengkel tentang internet dan email dan sekarang Alhamdulillahaku boleh memahami dunia siber yang sedang menguasai dunia tatkala ini.Dan sampai sekarang aku dah tahu cara nak buat web walaupun hanya sikit-sikit.Web yang aku buat ni pun bukannya mula dilancarkan pada 06 Ogos 1999 tapi06 Ogos tu adalah tarikh aku memasang impian nak buat web dan aku hanyadapat lancarkan web aku dalam bulan september 1999. Aku memang tak pernahmenyangka akan melalui semua ini. Mungkin dah takdir. Kepada kawan-kawanjangan takut untuk meneroka dunia IT ni sebab.....sebab memang seronoktambah kalau terror dalam programming......

Secara ringkasnya:
Pertama Kali aku guna Microsoft Word-->Pertengahan Jun 1998
Pertama Kali Layari Internet-->Pertengahan Ogos 2000

Saiful
31 OGOS 2000
http://www.saifulazrul.cjb.net