Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Rombongan MEC ke KL
(29 September-02 Oktober 2000)

    Ke KL? memang saya selalu jugak ke KL. Tapi kali ni atas desakan kawan saya memilih untuk ke KL dengan rombongan MEC memang menarik rombongan tu. Ni saya nak cerita sikit...kongsi pengalaman pasal pengalaman yang bagi saya cukup menarik. Mula mula memang saya langsung tak sangka dapat ikut rombongan MEC ke KL. Sebabnya saya bukan ahli MEC tapi saja melawak dengan kawan saya kata saya memang nak pegi...so dia kata dah penuh....Tapi dua hari sebelum pegi ada dua orang tarik diri so saya pujuk kawan saya Zam supaya ikut sekali and then kami dengan muka tak malunya joinlah rombongan. Paling lawak kami tak kenal anggota rombongan begitu jugak dengan yang lain...tapi semuanya bermula apabila kami menaiki bas.

    Bila naik bas dalam pukul 12 malam di The Mall UUM, kami dah kena buat first activity....tukar langsir bas....hehhehe..sebab tak matching dengan warna bas. So kami pun mulalah tukar dengan penuh semangat berpasukan. Patut dimasukkan sebagai aktiviti lawatan..hehehehe sebab ia memang memerlukan semangat berpasukan....Kemudian selepas siap bas pun bertolak. Rasa indah dan menarik pulak pemandangan waktu malam. Saya memang jarang tidur kalau travel ke tempat-tempat yang jauh..nak hayati keindahan alam. Malam tu memang cukup menarik. Semuanya lancar cuma ada satu ketika, drebar bas kami berlumba dengan sebuah bas sekolah.hehehehe....Saya memang perasan adegan tu sebab saya tak tidur. Mula-mula bas kami pintas bas sekolah tu tapi bas tu pintas balik. It's ok but selepas drebar bas kami pintas sekali lagi drebar bas sekolah tu pintas balik dan ia terjadi banyak kali lebih kurang dalam empat kali dan kemuncaknya ialah apabila drebar bas kami nak pintas bas sekolah tu sekali lagi, drebar bas sekolah tu terus pecut, drebar bas kami terus menekan minyak hingga habis dan bas bergerak dengan kelajuan maksimum hingga menyebabkan bunyi yang kuat sehingga semua ahli rombongan bangun melihat apa yang terjadi....Ramai yang gelak bila sedar bas tengah race dan tak kurang yang agak takut. Akhirnya drebar bas kami mengalah.

    Waktu subuh kami berhenti solat di Kawasan rehat Sungai Buloh (Hentian Sg. Buloh yang ada restoran KFC atas jejantas tu). Lepas Suboh kami tukar tempat duduk. Buda lelaki pindah semuanya ke bahagian depan sebab drebar kata boring kalau ada budak laki bolehlah semabang tak mengantuk dia nak bawak. Waktu tu baru kami kenal drebar kami Bang Lah dan Bang Mi. Depa dua orang memang sporting....boleh sama-sama melawak dengan kami. kami sepatutnya bertolak keUPM untuk urusan penginapan. Tapi bila sampai UPM masa tak berapa sempat cuma sempat ambil kunci dan no bilik. Lepas tu terus ke destinasi pertama kami iaitu KLIA.

DI KLIA

    Biasa la macam macam kami perbualkan terutamanya gelagat orang yang ada kat KLIA. Kami dibawa melihat kawasan sekitar KLIA oleh seorang pegawai MAB iaitu Tengku Kudin. Kacak orangnya, bergaya dan penerangannya memang jelas dan terperinci. Kami melawat main terminal building dan satelite terminal yang dihubungan dengan aerobus, tempat menunggu, kawasan penerbangan antarabangsa dan banyak lagi. Sayang betul kalau kena dengan jadual boleh masuk dalam Dewan Bunga Raya tapi cuma boleh tengok. Kagum jugak kami bila diberitahu yang marmar di KLIA adalah buatan Malaysia. Dari Langkawi. Lebih menarik...semakin banyak ia dipijak orang maka ia akan menjadi lebih berkilat. Marmar tu cukup mahal harganya tapi menarik. Kami berkesempatan melihat tempat yang bakal dijadikan tempat pesawat 3XXX (Yang ada dua tingkat tuh). KLIA berkonsepkan lapangan terbang dalam hutan dan hutan dalam lapangan terbang. Menarik kan?. Seni binanya cukup menarik apatah lagi my prof. pernah menjadi perunding untuk pembinaan KLIA dan dia selalu menceritakan apa sebenarnya yang berlaku ketika pembinaan KLIA.
    Bila malam suasana di KLIA akan kelihatan seperti bintang-bintang bergemerlapan di udara. Kesan ini sengaja dibuat untuk melihatkan keharmornian dengan alam. Di KLIA jugak terdapat hutan yang menempatkan lebih daripada 100 spesis pokok. Lebih istimewa kesemua pokok ini telah dibuang bunganya untuk mengelakkannya menjadi tumpuan burung yang dikhuatiri mengganggu penerbangan yang dilakukan. Lif di KLIA juga adalah kalis peluru. Di KLIA sistem keselamatannya memang amat berkualiti. Di sana ada beratus-ratus kamera tersembunyi untuk sisitem keselamatan. So guys jangan nakal-nakal bila ke KLIA kerana anda sentiasa diperhatikan. Selepas KLIA kami terus ke Sepang walaupun terpaksa mangharung hujan lebat.

DI LITAR SEPANG

    Sampainya di sana hujan agak lebat tetapi selepas habis berusan hujan pun berhenti dan kami pun masuk ke dalam melihat dengan lebih dekat litar kebanggaan negara tu. Memang seni binanya cukup menarik ibarat bunga kebangsaaan ia dibina di atas satu litar yang rekabentuknya agak unik di mana ada kawasan yang penonton boleh menyaksikan kedua-dua laluan. Kami berehat sambil bergambar. Seronok bila tengok banyak kereta Proton Waja dan banyak lagi kereta proton dekat dengan hentian pit. Paling mengejutkan ialah tiba-tiba ada suatu muzik kuat dimainkan dan dengan perlahan pintu hentian pit diangkat dan kelihatan ramai orang bertepuk tangan dan banyak wartawan di sana. Rupanya berlangsung majlis penyerahan kereta proton kepada SIC untuk menjayakan F1. Kemudia kami berkesempatan melihat kereta-kereta proton menguji litar dengan pecutan yang memang membingitkan telinga.
    Kemudian kami meninjau kawasan-kawasan sekitar, bergambar sebelum bertolak ke Putrajaya.

Album

DI PUTRAJAYA

    Kami sampai di masjid putrajayalebih kurang pukul lima lebih. Orang waktu tu memang ramai. Memang mengkagumkan keindahan masjid Putrajaya. Dengan air tasiknya yang membiru, senibina dan ukiran yang menarik memang menjadikan ia cukup indah. Dalam masjid putrajaya ada satu sistem penyejukan yang mana udara dari bawah disedut ke atas dan ia seakan-akan pedingin hawa tapi....entahlah susah saya nak terangkan. Sapa yang dah pernah pegi memang tahu apa yang saya maksudkan. selepas menunaikan solat kami mula melihat kawsan sekeliling sambil bergambar.
    Kami juga menjenguk restoran di bahagian bawah masjid, kemudian bergambar di dataran putrajaya, bergambar di hadapan JPM. Akhir sekali kami melawat mahligai PM tapi tak masuk dalam cuma berhenti sekejap sebelum bertolak pulang ke UPM. Sampainya di UPM memang mengejutkan kami ditempatkan di kolej yang sama. Maksud saya lelaki dan perempuan. Sebelah bilik saya bilik student perempuan. Memang cukup terkejut. Akhirnya kami mengatur bilik dan masalah selesai. Lelaki cuma 8 orang sahaja campur drebar 2 jadi sepuluh. 32 yang lain semuanya perempuan.

DI UPM

    Kami menginap di kolej 14. Kolej baru memang agak sedikit menggerunkan bila waktu malam sebab terlalu sunyi. Budak UPM dah balik ke rumah sebab dah mula cuti. nak ambil water cooler yang dekat susah sebab tu kawasan perempuan so terpaksalah naik ke tingkat atas yang sunyi. Bilik TV pun tak ada. Bilik study pun tak ada. memang susah. Mujur kami bawak TV kecik bolehlah tengok TV dan hilangkan boring sambil berbual.
    Destinasi seterusnya ialah Menara Berkembar KLCC.

DI KLCC

    Kami dibawa ke tingkat dua jejantas udara untuk menikmati suasana di ketinggian 170 meter. Memang menarik apatah lagi bila dijenguk ke bawah orang ramai kelihatan seperti semut sahaja. kami bergambar dan kemudiannya diberi sedikit taklimat oleh pegawai yang bertugas. Selepas selesai kami pun mula menjelajah ke tempat-tempat lain seperti Dewan Filharmonik, Suria KLCC, PETRO SAINS dan kawasan taman KLCC. Di PETRO SAINS kami telah melakukan satu penggambaran yang menarik menggunakan teknologi Sains terkini. Gambar kami ditanduk oleh badak sumbu. Cuba klik sini untuk menatapnya. Ia menggunakan kamera yang berharga lebih kurang RM 90 000 dan hanya terdapat di emapat negara iaitu di Malaysia, Australia, Afrika Selatan dan New Zealand(waktu kami melawat). Kami diajar sendiri cara untuk mengendalikan kamera tersebut dan hasilnya memang menarik.
    Kami terus berjalan di kawasan Suria KLCC dan memang jumpa macam-macam gelagat manusia. Tak kurang jumpa dua tiga orang artis. Kemudian kami terus bersiar-siar di Taman KLCC. Memang menarik. Alangkah bertuahnya anak kota dapat bergembira dengan keluarga di situ. Selepas solat kami dan makan kami terus ke Menara Kuala Lumpur.

* pengalaman menarik ialah ketika makan di KL makan pagi saja dah RM 4.70! Sama dengan kos makan sehari di UUM. Makan tengah hari terus RM 5.70. Memang mahal betul!!!!

DI MENARA KUALA LUMPUR

    Kebetulan di menara KL ada pameran F1 oleh pasukan McLaren Mercedes. Kami mengambil peluang menyaksikan pameran itu terlebih dahulu sebelum menaiki Menara KL. Setelah menaiki menara KL kami dapat menghayati senario pemandangan di KL. Memang tak sama dengan Menara Alor Setar. Di Kedah yang menariknya lain. Melihat suasana kesibukan kota dan bukit-bukit yang kian gondol. Tetapi apa pun memang menarik. Selepas turun ke bawah kami melihat kawasan sekeliling dan dokumentari mengenai pembinaan Menara KL sambil shopping di bawah, bergambar...Kemudian kami bertolak pulang ke UPM. Sampai di UPM selepas solat kami menghadapi masalah untuk makan so kami mengambil keputusan untuk makan di The Mines

DI THE MINES

    Banyak tarikan di The Mines. Selepas makan (makan KFC lagi murah) kami bersiar-siar di sekitar the Mines, bergambar dan membuat small shopping di situ.Selepas penat merayau kamipun pulang ke UPM.

HARI TERAKHIR

    Kami terus bersiap membawa beg terus ke atas beg dan check out. Destinasi kali ini ialah Bangunan BSKL. Selepas urusan dengan pentadbiran di UPM selesai kami terus singgah makan berhamoiran dengan UNITEN. Jalan memang agak teruk sebab masih dalam pembinaan ketika itu.

DI BSKL

    Di BSKL kami diberi taklimat ringkas mengenai BSKL dan sessi soal jawab. Kami kali ini bersama dengan Kelab Ekonomi UUM yang turut melawat BSKL. Di sini kami diberi taklimat bagaimana untuk berurusan dengan BSKL, saham dan macam-macam lagi. Kemudian yang paling menarik ialah ke sudut pameran di BSKL yang membolehkan kami bermain saham secara maya menggunakan komputer. Cukup menarik! Ada juga kuiz, sistem maklumat, permainan dan macam-macam lagi. Selepas bersoal jawab dengan pengiring kami. Kami bergambar di BSKL sebelum meneruskan perjalanan ke SRI UTUSAN

DI SRI UTUSAN

    Kami menjejak Bangi petang tu dan selepas puas mencari baru kami menjumpai Sri Utusan. Bangunan baru Utusan Melayu. Kami disambut oleh Encik Mat pengiring kami. Kami diberi peluang untuk melihat kawasan galeri buat permulaan. Kemudian kami di bawa masuk dan melihat dengan lebih terperinci bagaimana akhbar diterbitkan. Prosedur-prosedur yang dilalui, proses penctekan dan banyak lagi proses dalam penerbitan akhbar dijalankan. Kemudian kami dipertontonkan dengan tayangan video mengenai utusan sebelum sesi soal jawab oleh Encik Mat. Banyak yang baru kami dapat pada hari tu. Kami juga ditawarkan beberapa barangan utusan dengan harga istimewa di samping banyak majalah yang diterbitkan UM secara percuma. Tak ketinggalan akhbar hari tu secara percuma.
    Selepas itu kami ke bahagian majalah untuk melihat percetakan majalah dilakukan. Kami memang bertuah sebab tahu lebih awal kandungan majalah sebelum ia diterbitkan untuk minggu hadapan..hehehehe.....Akhir sekali kami bertolak pulang ke UUM. Ada yang turun di Pudu dan ada yang terus ke UUM.

KESIMPULAN

    Selepas rombongan berakhir ia bagaikan satu kepuasan. Kalau ada lagi memang saya pergi. Hasil usaha yang erat antara satu sama lain menjadikan rombongan ini cukup meriah dan menarik. Banyak masalah yang kami hadapi bersama dan kesemuanya dapat kami atasi. Pada permulaaan rombongan memang ramai yang saya tidak kenal tetapi selepas tamat rombongan memang ramai yang dapat saya kenal sambil menambah bilangan kawan. Cukup menarik. Memang sedih bila berpisah balik sebab ia perjalanan yang cukup indah untuk dikenang.

Nak tengok album rombongan ke KL klik sini