Kalau Nak
diikutkan memang tidak pernah saya menyimpan perasaan untuk memiliki keluarga
angkat. Namun aktiviti yang dirancang oleh Persatuan Pendidikan UUM pada
tahun 1999 adalah suatu permulaan kepada saya untuk bertemu dengan keluarga
angkat saya. Rasa tertatrik untuk menyelami cara hidup penduduk di Kawasan
Felda sedikit sebanyak mendorong saya menyertai program anak angkat di
Felda Jelai 2, Gemas Negeri Sembilan.
Alhamdulillah saya kini terasa cukup bahagia apabila mempunyai keluarga
angkat. Saya anggap mereka begitu istimewa dalam hidup saya selain keluarga
saya. Kini mereka telah saya anggap sebagai sebahagian daripada hidup saya
sendiri. Memang pada mulanya agak janggal berhadapan dengan orang yang
tidak pernah kita kenali. Benarlah kata orang Tak Kenal Maka Tak Cinta.
itulah yang terjadi dalam hidup saya. Kini saya semakin serasi dengan keluarga
angkat saya yang cukup bahagia.
Pada kunjungan saya yang pertama saya hanya mengenali 4 daripada 5 orang
ahli keluarga angkat saya kerana pada ketika itu adik angkat saya yang
kedua sedang menuntut di MRSM Muar, Johor.
Pada kesempatan yang terhad ini saya ingin memperkenalkan Ayah Angkat saya
iaitu Encik Sapian Surip, seorang peneroka Felda yang mula mendiami Felda
Jelai 2 pada bulan Mei 1981. Ketika itu saya baru sahaja berusia 11 bulan.
Ayah angkat saya merupakan seorang yang cukup cool. Saya amat menyukai
perwatakan beliau yang sentiasa nampak tenang dan selalunya bijak menutur
apa yang sepatutnya diluahkan. Itu serba sedikit tentang ayah angkat saya.
Ibu angkat saya pula Puan Habibah Jalal, seorang yang cukup peramah dan
bersuara agak lantang. Kalau berbicara memang seronok..hehehe..memang kalau
saya berbual kadang-kadang berjam-jam lamanya sebab saya pun memang jenis
yang banyak cerita.hehehe....Pada pandangan saya emak angkat saya adalah
seorang yang mempunyai sifat dan nilai keibuan yang tinggi. Cukup penyayang
dan sangat mengambil berat tentang hal ehwal anak-anaknya..hehehe..termasuk
saya.
Adik angkat saya yang sulung Norfadilah seorang penuntut di UPSI bagi saya
merupakan seorang yang cukup bersopan santun dan pemalu. Saya memanggilnya
dengan nama Dilah. Dilah merupakan seorang yang agak matang dan bijak.
Rajin melakukan kerja di dapur dan dari segi personaliti saya rasa Dilah
cukup sempurna kerana dia pada pandangan saya merupakan seorang yang pandai
menjaga batas pergaulan. Dilah pandai bertindak mengikut situasi dan cepat
menyesuaikan diri dengan sesuatu yang baru, mungkin kerana perwatakannya
yang agak matang.
Noraidah adalah adik angkat saya yang kedua, kini sedang menuntut di UTM,
Skudai. Bagi saya kelebihan Aidah adalah Aidah sangat cepat menangkap apa
yang dipelajari dan diperhatikannya. Tidak hairanlah kalau dia memang cemerlang
dalam pelajaran seperti kakaknya. Ada kegemaran tersendiri dan suka bergambar
(sama seperti kakanya).
Mohd Nizam yang selalu saya panggil Mamat merupakan adik angkat saya yang
bongsu, cukup manja dan selalu merengek dan suka mengganggu kakak-kakaknya..hehehe..dia
agak malas membaca buku (harapnya akan berubah nanti). Mamat agak nakal
serta sangat suka bermain dan selalu tiada di rumah. Cukup minat Bola sepak
..hehehe sama seperti saya....Mungkin sebagai anak bongsu yang selalu dimanja
Mamat agak nakal dan agak lambat matang. Mungkin tak lama lagi Mamat akan
matang apatah lagi dia mungkin ada rangsangan yang cukup kuat kerana kedua-dua
orang kakaknya sudah menjejak menara gading.
Saya kini baru sahaja balik dari rumah keluarga angkat saya di Gemas membuatkan
saya lebih mengenali hati budi keluarga angkat saya dengan lebih mendalam
lagi. Sepanjang berada di sana saya rasa cukup terhibur. Entahlah tak tahulah
kenapa mungkin saya tak pernah ada adik perempuan dalam keluarga saya.
Seronok juga tengok keletah dua orang Adik angkat perempuan saya yang selalu
bergurau. Entah apa yang diguraukan pun saya tak tahu...entah..entah...perli
saya..hehehe....Rajin juga diusiknya Mamat...
Apa pun kini saya cukup menghargai keluarga angkat saya. Pengalaman yang
tidak akan dapat dibeli. Rasanya kalau ada anugerah keluarga contoh di
Felda Jelai 2, Bolehlah dianugerahkan kepada keluarga angkat saya..hehehe...
Kepada keluarga angkat saya...Terima kasih atas segala layanan...InsyaAllah
saya tak pernah melupakan anda. Kalau ada kelapangan saya akan kembali
ke sana...Wallahua'lam
Saiful
26 Mei 2001