Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
 
Dikemaskini pada :  09 Mac 2006
 

BERITA TERKINI         

SASNET kuasai Top 8 ASASGC!

KEJOHANAN BOLING ASAS 2006 MERIAH!

Petaling Jaya, 11 Feb 2006 - Kejohanan Boling Tahunan ASAS telah berlangsung dengan jayanya dia Pyramid Megalanes, Sunway Pyramid, Petaling Jaya. En. Mohd Jasri, warga SASNET dan juga salah seorang dari penganjur kejohanan berkata "Bagi pihak penganjur, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga SASNET berikut serta ahli keluarga yang telah bersama-sama menjayakan kejohanan boling tahunan ASAS 2006. Kejohanan telah berlangsung dengan meriahnya.  SASNET telah menghantar 3 pasukan yang di anggotai oleh :

PASUKAN SASNET A
1. Nor Hishamuddin Nordin
2. Safrizal Mohd said
3. Azhar Alias
4. Baharudin Othman

PASUKAN SASNET B
1. Dzulqarnain Awang Mukhtar
2. Shamsir Adlan Abd Majid
3. Ahmad Nizam Abd Rahman
4. Normah Nor Hishamuddin (anak Nor Hishamuddin)

PASUKAN SASNET C
1. Samsudin Sunar
2. Mohd Jasri Basrah
3. Suhaidi Mokhtar
4. Tihanni Borhan (isteri Suhaidi)


Keputusan rasmi kejohanan:-

PERSEORANGAN
Johan: Nor Hishamuddin Nordin (SASNET)
Naib Johan: Ridhwan Amir (anak Amir Rashidi)
Ke-3: Amir Rashidi (SAS 78-82)
Ke-4: Mohd Amrah Yahaya (SAS 81-85)
Ke-5: Azhar Alias (SASNET)
Ke-6: Safrizal Mohd Said (SASNET)
Ke-7: Rashad Amir (anak Amir Rashidi)
Ke-8: Mon Zaffrain (SAS 90an)
Ke-9: Aza Azrizal (anak Abu Hanifah)
Ke-10: Suhaidi Mokhtar (SASNET)
Ke-11: Md Zaidan (SAS 70an)
Ke-12: Dzulqarnain Awang Mukhtar (SASNET)
Ke-13: Amer Afandy (SAS 90an)
Ke-14: Dato' Emran Kadir
Ke-15: Abu Bakar Ngah (SAS 76-80)

BERPASUKAN
Johan: SASNET A
Naib Johan: BELL & CO (SAS 78-82)
Ke-3: JUNIOR (SAS 90an)
Ke-4: KELUARGA ABU HANIFAH
Ke-5: AMPANG FAMILY (keluarga Md Zaidan)


15 kedudukan teratas perseorangan dan 5 berpasukan layak menerima hadiah. Tahniah kepada pemenang, teristimewa kepada wakil-wakil pasukan SASNET.

Setinggi-tinggi tahniah & penghargaan kepada pihak penganjur, Sdr Nor Hishamuddin & Sdr. Safrizal yang bertungkus-lumus berusaha memastikan kejohanan berlangsung dengan lancar. Semoga acara ini dapat merapatkan silaturrahim di kalangan warga ASAS serta ahli keluarga.

Lapuran oleh : Sdr. Mohd Jasri Basrah

 

SASNET KUASAI ASASGC ORDER OF MERIT

SASNET menguasai ASASGC Order of Merit 2006 apabila 2 warga SASNET berada di kedudukan lapan teratas. 

 

1. Amirudin Ali

2. Mohd Zaidan Md Zain

3. Baharuddin Othman (SASNET)

4. Abu Hassan Deraman

5. Amir Rashidi Ahmad Norizan

6. Raja Iskandar

7. Khairidzwan Rose (SASNET)

8. Ahmad Nizam

Berita lanjut di laman web ASASGC.

 

HARI KERJAYA SAS 2005

Putrajaya, 9 Julai 2005 - Hari Kerjaya Sekolah Alam Shah 2005 telah di adakan dengan jayanya di Sekolah Alam Shah Putrajaya. Menurut Presiden SASNET, Mohd Jasri, aktiviti tahunan anjuran SASNET ini di adakan bagi membentangkan cabang-cabang kerjaya yang sedia ada dan halatuju akademik untuk kerjaya tersebut.

 

Seperti tahun-tahun sebelum, anggota SASNET telah berkongsi pengalaman kerjaya masing-masing bersama pelajar Tingkatan 5. Akitiviti ini juga telah di selaraskan oleh Cikgu Nur Salehan dan wakil MPP Sekolah Alam Shah.

 

Menurut Mohd Jasri lagi, aktiviti ini juga sebagai tanda terimakasih SASNET dan membalas budi sekolah yang telah mendidik dan mematangkan anggota SASNET dari tahun 1979  hingga 1983.

 

SASNET ingin merakamkan jutaan terimakasih kepada Multimedia Development Corporation (MDC) yang telah menaja cenderahati hari kerjaya tersebut. SASNET juga ingin mengucapkan terimakasih kepada Tuan Pengetua, Tuan Setiausaha ASAS, AJK ASAS, Cikgu Nur Salehan, mantan pelajar Sekolah Alam Shah batch 1984, guru-guru, MPP, pelajar-pelajar dan anggota-anggota SASNET.

 

Gambar-gambar sekitar hari kerjaya di sini.

 

Hazzari di galeri

Aksi terpilih bulan ini..

 

 

 

ERNEST DI JUMPAI DI SARAWAK!

Anggota SASNET yang telah lama menghilang, Ernest Cyril De Run telah di temui di Kuching, Sarawak! Beliau kini bertugas di Universiti Malaysia Sarawak. Semoga kita akan dapat bersua dengan beliau sedikit masa lagi.

 

 

  

 
 

 

PENGUMUMAN

 

JEJAK KASIH & HILANG JEJAK

SASNET terdiri daripada lebih seratus orang. Walaubagaimanapun, kami hanya berjaya menghubungi kira-kira 75% dari jumlah ini. 25% lagi hilang tanpa berita dan tidak dapat kami hubungi. Ada juga yang telah dapat kami hubungi tetapi kini hilang tanpa jejak. Jika nama anda tersenarai di bawah atau anda tahu di mana mereka berada, sila hubungi kami di

Mereka yang sepi tanpa berita adalah :

  1. Abdillah Besar
  2. Abdul Ghafar Abdul Rahman
  3. Ahmad Rahimi Ramli
  4. Justin Amban
  5. Loh Kok Leong
  6. Mohd Falah
  7. Mustapha Kamal Ali Amran
  8. Nik Nubli Nik Mahmood
  9. Noradzhar Shafie
  10. Razali Baharum
  11. Shafie Abdul Ghafar
  12. Wan Badrolzaman Wan Muda
  13. Yusri Yunus

Mereka yang hilang tanpa jejak adalah :

  1. Atan Hamdan
  2. Ahmad Rahimi
  3. Ahmad Rumaizi
  4. Khairul Nizam Moonier
  5. Razali Baharom
  6. Raja Hilmy Raja Idris
  7. Tajuddin Sulaiman
  8. Zaidi Mat Ripin

 

 

 

MAJLIS ULANGTAHUN ke 40  MERIAH!

Kuala Lumpur, 8 Februari 2003 - Kira-kira 800 mantan pelajar hadir ke Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke 40 Sekolah Alam Shah yang berlangsung dengan meriah! Majlis yang berlangsung di hotel Palace of Golden Horses menggabungkan mantan-mantan pelajar dari batch 1963 hingga batch hari ini.

 

Batch pertama foto-foto disini! Lagi foto-foto menarik di sini! Jika anda mempunyai foto-foto menarik semasa majlis tersebut dan ingin berkongsi dengan pengujung laman web ini, sila kirimkan kepada kami!

 

TEMUSEMULA 2003!Klik untuk imej yang lebih besar

 

s@snet telah mengadakan Temusemula 2003 pada 29 - 30 Ogos 2003 bertempat di Bukit Tinggi Resort, Mukim Bentong, Pahang. Foto-foto disini!