172. Saya menyatakan kembali apa yang telah disuruh oleh para penangkap saya.
173. Selepas beliau merekodkan kenyataan saya,
saya menandatanganinya seperti yang beliau
minta. Apabila beliau selesai, beliau memanggil
kembali ASP Mazlan. Para pegawai ISA yang
lain menunggu di luar. Selepas saya diserahkan
kembali kepada ASP Mazlan dan
pegawai-pegawai ISA, saya digari, dimasukkan
ke dalam sebuah kereta dan dibawa ke Bukit
Aman. Di sana, saya disuruh duduk di dalam sebuah
bilik di menara bangunan. Saya rasa saya
berada di tingkat 10 di dalam pejabat ASP Mazlan.
174. Ketika saya berada di sana, sekali lagi cap jari dan gambar saya diambil.
175. Seketika kemudian ASP Mazlan datang kepada
saya dan memberi komen mengenai kenyataan
yang telah saya berikan kepada majistret. Beliau
mengatakan yang ianya adalah lemah kerana
tidak mempunyai sebarang tarikh atau masa di
dalamnya atau tempat dan butiran terperinci.
Saya memberitahunya bahawa para penyoal-siasat
saya pada malam sebelumnya, secara spesifik
seorang pegawai kanan, telah memberikan taklimat
kepada saya tentang apa yang hendak
dikatakan di dalam kenyataan. Tambahan lagi,
pegawai kanan tersebut telah mengingatkan saya
sekali lagi pada petang tersebut tentang apa
yang dipertaruhkan ke atas diri saya sekiranya
saya tidak mengikut apa yang diharapkan daripada
saya.
176. ASP Mazlan kemudiannya menanya saya samada
saya mempunyai seorang peguam. Saya
memberitahu yang saya tidak ada. Beliau berkata
kepada saya bahawa saya tidak perlu bimbang
dan bahawa beliau sudah mempunyai seorang peguam
untuk saya. ASP Mazlan tidak pernah pada
waktu ini, atau sebelum atau selepas itu, memberitahu
saya bahawa isteri saya telah pun
mengambil seorang peguam untuk saya dan bahawa
peguam tersebut sudahpun berhubung dengan
Ibu Pejabat Polis semenjak hari penahan saya
yang pertama lagi.
177. Beliau kemudian membuat satu panggilan telefon
dan bercakap dengan seseorang. Saya
tidak tahu dengan siapa beliau bercakap. Beliau
menyatakan satu nama kepada saya - Yacob
Karim - dan selepas memberitahu saya bahawa dia
akan menjadi peguam saya, beliau memberikan
telefon kepada saya. Yacob Karim ini mengingatkan
saya bahawa kami pernah berjumpa di
sebuah konferens di Sarawak. Ianya berlaku sekali,
enam tahun yang lalu. Saya tidak pernah
berjumpa lagi dengan Yacob Karim ini selepas
itu dan tidak pun tahu di mana pejabatnya atau
nombor telefonnya. Walau bagaimanapun saya berasa
lega kerana di sini akhirnya ada
seseorang yang pernah saya berjumpa, walaupun
jika sekali enam tahun dahulu, dan bahawa
kemungkinan saya akan mendapat pertolongan daripadanya.
Yacob Karim mengatakan bahawa
beliau akan berjumpa dengan saya secepat mungkin.
Saya sangka saya bercakap dengan Yacob
Karim ketika beliau berada di dalam pejabatnya.
178. Kira-kira 5 hingga 10 minit kemudian ASP
Mazlan berkata kepada saya bahawa beliau akan
membawa saya berjumpa dengan peguam tersebut,
Yacob Karim. Kami meninggalkan pejabatnya dan
ASP Mazlan membawa bersama satu salinan kenyataan
yang telah direkodkan oleh majistret.
179. Di dalam fikiran saya memang telah tersedia
bahawa saya akan dipandu keluar dari Bukit
Aman ke sebuah pejabat di suatu tempat. Walhal
lif berhenti samada di tingkat 3 atau 5.
Saya mengagak yang ASP Mazlan singgah di situ
untuk mengambil sesuatu. Beliau menyuruh saya
keluar mengikutnya. Kami memasuki satu bilik
di mana saya lihat sebuah meja dan dua buah
kerusi. Saya disuruh duduk. Belum pun sempat
saya mendudukinya, Yacob Karim berjalan masuk
melalui sebuah pintu lain.
180. Apa yang dapat saya katakan ialah ianya telah
pun dirancang dan apabila ASP Mazlan
bercakap dengan Yacob Karim sekejap tadi, Yacob
Karim ini memang telah berada di Ibu
Pejabat Polis.
181. Yacob Karim duduk di meja bertentangan dengan
saya. Ayat pertamanya kepada saya ialah
beliau bersimpati bahawa peliwatan telah berlaku
ke atas diri saya. Saya begitu terkejut
mendengarnya. Ini menunjukkan yang beliau telah
pun diberi taklimat oleh pihak polis dan
lebih mengejutkan bahawa beliau mempercayainya.
Beliau mempunyai satu salinan kenyataan
tersebut bersamanya.
182. ASP Mazlan dan seorang lagi pegawai polis
yang saya tidak dapat pastikan ada bersama
sepanjang waktu saya bersama dengan Yacob Karim.
183. Yacob Karim kemudian memulakannya dengan
memberitahu saya bahawa rancangan telah pun
diatur dan bahawa saya akan dibawa ke mahkamah
seksyen pada esok hari dan bahawa saya
dikehendaki untuk mengaku bersalah di atas satu
tuduhan dan mengaku terhadap kesalahan.
Saya menanya beliau mengapa saya diminta untuk
mengaku salah dan beliau menjawab sekiranya
tidak, mereka tidak boleh memulakan kes terhadap
Anwar. Beliau berkata yang perancangan
telah diatur untuk saya mendapat hukuman yang
ringan. Kepada setiap soalan yang saya
berikan kepadanya selepas itu, beliau memberikan
satu jawapan yang sama - "Jangan tanya
saya. Tanya pihak polis."
184. Beliau kemudian mula menanyakan beberapa
soalan ringkas mengenai latarbelakang saya,
membuat beberapa catitan nota dengan tangan dan
menambah yang beliau telah pun mendapat
maklumat mengenai latarbelakang saya daripada
pihak polis. Beliau asyik meyakinkan saya
sepanjang masa bahawa hukuman yang akan diberikan
adalah ringan dan bahawa ianya hanyalah
untuk beberapa bulan. Saya cuba memberitahunya
bahawa saya tidak melakukan apa-apa
kesalahan tetapi beliau menjawab bahawa saya
tidak perlu bimbang dan bahawa saya sedang
melakukan khidmat yang baik untuk negara, bahawa
negara Malaysia akan mengingati saya
tentang khidmat yang saya berikan.
185. Yacob Karim keluar selepas itu.
186. Yacob Karim tidak pernah sekalipun bercakap
mengenai bayaran atau diambil oleh saya
atau memberitahu isteri saya mengenai keadaan
diri saya. Saya sekarang ini tidak terkejut
dengan cara beliau mengendalikan saya petang
tersebut setelah perlakuannya yang sebegitu
rupa pada waktu itu dan berikutannya menunjukkan
dia dengan jelas bekerjasama dengan pihak
polis untuk menafikan hak saya.
187. Selepas Yacob Karim pergi, tiga daripada
penyoal-siasat saya yang lalu masuk ke dalam
bilik. Seorang daripada mereka ialah pegawai
Melayu yang telah beterusan menyoal-siasat
saya semenjak perpindahan saya ke pusat soal-siasat.
Mereka mengingatkan saya mengenai
perancangan yang telah dibuat untuk hari esok
dan memberi amaran mengenai akibatnya,
sekiranya sesuatu yang tidak kena berlaku. Saya
diingatkan yang keluarga saya berada di
dalam keadaan yang lemah dan bahawa pengorbanan
saya adalah kecil demi kebaikan mereka dan
saya. Saya diberitahu yang agen-agen Amerika
sedang menunggu perbicaraan esok hari dan akan
berangkat selepas itu dan bahawa kerakyatan Amerika
saya sudahpun terjamin. Saya diberitahu
yang negara akan berbangga dengan saya, bahawa
ianya adalah satu pertolongan kecil untuk
Malaysia.
188. Saya diberikan amaran untuk tabah pada esok
hari dan untuk mengaku salah sepertimana
peguam telah memberitahu saya. Saya diberitahu
bahawa saya mestilah mempercayai para
pegawai kanan ISA dan bahawa kesemua janji-janji
mereka akan dilaksanakan. Mereka
memberitahu saya yang saya hendaklah memahami
kesusahan mereka kerana orang-orang Anwar
sekarang sudah menjadi musuh saya dan bahawa
mereka cuba untuk membakar rumah saya dan
mencederakan saya dan keluarga saya. Mereka berkata
yang saya terpaksa pergi untuk 5 hingga
6 bulan supaya perkara tersebut menjadi reda
namun selepas saya keluar dari penjara, ada
pekerjaan menanti saya. Semasa 5 hingga 6 bulan
itu, mereka berkata, keluarga saya akan
dijaga dan bahawa mereka telah pun bercakap dengan
isteri saya. Isteri saya sekarang
memberitahu saya bahawa tidak ada seorang pun
daripada Ibu Pejabat Polis menelefon beliau
atau memberikan sebarang maklumat mengenai di
mana saya berada.
189. Selepas semua amaran tersebut, saya ditahan
di dalam sebuah bilik kurungan di Bukit
Aman dan ditinggalkan sendirian untuk malam tersebut.
190. Pada keesokan paginya, saya adalah seorang
yang begitu berkecamuk dengan kebimbangan.
Saya disuruh memakai pakaian yang sama ketika
saya ditangkap tempoh hari. Saya memakai
slipper di kaki dan diberikan ketayap untuk dipakai
untuk melindungi kepala saya yang
botak.
191. Saya dibawa ke kompleks mahkamah oleh ASP
Mazlan dan beberapa pegawai polis yang lain.
Mereka menggunakan pelbagai taktik samaran dan
muslihat yang pada mulanya untuk
menyembunyikan saya daripada segerombolan jurugambar-jurugambar
yang berada di situ. Saya
akhirnya dibawa masuk ke sebuah mahkamah. Saya
menggeletar dan degupan jantung saya menjadi
semakin kuat. Saya mengalami kesusahan bernafas
dan saya mengalami kesusahan untuk mengawal
pundi kencing saya. Saya dapat mengingat yang
pada satu ketika seseorang memberikan sesuatu
untuk saya pakai untuk menghentikan kegetaran
saya tetapi ianya tidak membantu. Saya dapat
mengingat yang pada satu ketika, di tengah-tengah
perbicaraan mahkamah, saya tidak dapat
mengawal pundi kencing saya lagi dan terpaksa
dibenarkan untuk pergi membuang air kecil.
192.Saya kemudiannya dibawa masuk ke dalam sebuah
mahkamah oleh ASP Mazlan dan ramai lagi
pegawai polis yang lain. Yacob Karim berada di
dalam mahkamah. Saya nampak ASP Mazlan dan
beberapa pegawai polis yang lain berpecah di
kawasan mahkamah. Yacob Karim datang kepada
saya dan menyerahkan dua dokumen. Beliau berkata
ianya adalah pertuduhan yang saya mesti
akui. Saya melihat dokumen tersebut buat pertama
kalinya pagi tersebut. Walaupun di dalam
keadaan sebegitu, saya terkejut dengan isi kandungannya.
Yacob Karim memberitahu saya
supaya jangan menyoal apa-apa, hanya mengaku
bersalah dan kemudian, apabila ditanya, untuk
mengiyakan yang saya tahu bahawa saya boleh dihukum
di atas kesalahan tersebut. Beliau
kemudian menunjukkan saya sehelai lagi kertas
yang beliau katakan adalah fakta-fakta kes.
Beliau berkata apabila fakta-fakta dibacakan
kepada saya, saya dikehendaki untuk mengakukan
mereka dan jangan berkata apa-apa lagi. Beliau
memberitahu saya bahawa beliau akan
menangani yang lainnya dan kesemuanya telah pun
dijaga.
193. Pada satu ketika sebelum hakim masuk ke dalam
mahkamah, saya nampak seorang lelaki
datang kepada saya. Beliau berkata bahawa beliau
adalah seorang peguam dan bahawa isteri
saya telah melantik beliau untuk mewakili saya.
Lelaki ini menuding kepada Yacob Karim dan
menanya siapakah dia. Yacob Karim datang ke tempat
saya dan berdiri di situ. Lelaki ini
bercakap dengan saya secara tiba-tiba dan menanya
siapa yang melantik Yacob. Saya menunjuk
kepada ASP Mazlan. ASP Mazlan nampak marah dan
serta merta membuat isyarat supaya saya
jangan melibatkan dirinya dan menuding ke arah
Yacob Karim. Saya nampak beberapa pegawai
polis berpakaian biasa mula bergerak. Saya panik,
memikirkan apa yang akan terjadi dan
takutkan apa yang akan terjadi kepada isteri
dan anak-anak saya. Yacob yang selama ini
senyap tiba-tiba bersuara dan berkata bahawa
beliau adalah peguam saya. Saya hilang
pertimbangan diri kerana amat ketakutan. Kepala
saya dipenuhi dengan ISA, ugutan yang
dibuat terhadap diri saya dan keluarga saya,
keperluan untuk menyimpan rahsia mengenai
pihak polis sepertimana yang mereka mahukan.
Saya rasakan sekiranya saya membuat satu
langkah yang tidak disenangi oleh pihak polis,
keluarga saya akan dicederakan, bahawa
mereka akan menggunakan segala kekuatan mereka
ke atas isteri saya dan kedua anak saya yang
masih kecil. Saya telah pun merasai kuasa kekuatan
mereka.
194. Saya menjerit kepada peguam ini perkataan-perkataan
yang memberikan maksud bahawa dia
tidak ada hak untuk berkomunikasi dengan isteri
saya ataupun masuk campur dalam hal
peribadi saya. Saya berharap dengan kemarahan
tersebut untuk memujuk para penangkap saya
supaya mereka tidak akan mengganggu keluarga
saya. Saya kemudiannya bercakap dengan kuat
untuk ASP Mazlan dan pegawai polis yang lain
dengar bahawa saya tidak mempunyai apa-apa
dengan peguam yang datang ke situ.
195. Pada beberapa ketika semasa saya berada di
mahkamah itu saya nampak isteri saya. Dia
nampak tergamam, seperti ukiran batu. Dia kelihatan
seperti tidak dapat bergerak, seperti
seekor haiwan yang tertangkap di dalam suluhan
lampu kereta bergerak yang terang. Dia tidak
mengedipkan mata pun. Dia begitu tidak bermaya.
Begitu juga saya.
196. Ini merupakan kali pertama saya pernah berada
di dalam sebuah mahkamah. Saya tidak
pernah membuat kesalahan, sekalipun kesalahan
memakir sepanjang 23 tahun kehidupan saya di
Amerika.
197. Perbicaraan berjalan dengan cepat selepas
itu. Saya melakukan apa yang polis harapkan
daripada saya. Saya menggeletar tanpa kawalan
sepanjang perbicaraan. Walaupun sepasang
jaket yang diletakkan di atas badan saya tidak
dapat menghentikan saya daripada menggeletar
tanpa kawalan. Tidak seorang pun mengambil-berat.
Segala perkatan, bunyi, pemandangan,
terapung-apung di sekeliling saya seolah-olah
saya sedang bermimpi. Proses rayuan Yacob
sekarang berada di tahap bertulis. Saya dihukum
dan kemudian digari. Yacob datang kepada
saya dan memberitahu saya supaya tidak perlu
bimbang. ASP Mazlan datang kepada saya dan
berkata yang saya sekarang perlu menghadapi kamera.
Saya dibawa keluar dan bertemu dengan
segerombolan jurugambar. Saya dipindahkan ke
sebuah bilik kurungan di kompleks mahkamah.
Sebelum meninggalkan saya di situ, ASP Mazlan
datang kepada saya sekali lagi dan berkata
bahawa Ketua Polis Negara sangat gembira dengan
cara saya mengendalikan diri saya di
mahkamah.
198. Selepas perbicaraan mahkamah, saya dihantar
ke Penjara Kajang dan dari situ, pada 23
September 1998, disebabkan oleh kesihatan saya
yang semakin teruk, saya dikejarkan ke
Institut Jantung Negara dan kemudian dipindahkan
ke Wad Rawatan Jantung [Wad 29] di
Hospital Besar Kuala Lumpur.
199. Semasa saya berada di Wad Rawatan Jantung
(Wad 29) di Hospital Besar, saya telah
dilawati beberapa kali oleh para pegawai polis
bersama dengan Yacob Karim. Mereka adalah
pelawat yang tidak diundang yang sentiasa mencuba
secara bergilir-gilir mengugut,
meyakinkan dan menasihati saya menentang pemfailan
atau perbicaraan rayuan kesilapan
penghukuman dan hukuman yang telah direkodkan
terhadap saya pada 19 September 1998 oleh
Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur. Salah seorang
pegawai yang datang ke Wad Rawatan Jantung
(Wad 29) adalah Ketua Inspektor Rajakopal yang
namanya telah direkodkan sebagai pengadu di
atas kertas tuduhan yang telah difailkan di Mahkamah
Seksyen di dalam kes saya.
200. Pegawai-pegawai penjara yang mengawal saya
di Hospital Besar menyelaraskan sebuah buku
log mengenai kesemua pergerakan dan pelawat-pelawat
semasa saya berada di hospital. Ianya
adalah rekod mengenai kesemua lawatan yang dibuat
oleh Yacob Karim dan pegawai-pegawai
polis yang datang bersama, kadang-kadang selepas
waktu atau hari kebiasaan melawat.
201. Saya nyatakan dengan mutlak bahawa saya tidak
pernah mempunyai sebarang hubungan
homoseks dengan Anwar Ibrahim ataupun sesiapa.
Saya nyatakan dengan mutlak lagi bahawa
segala butiran mengenai pertuduhan hubungan homoseks
yang terkandung di dalam kenyataan
yang diberikan kepada majistret dan semua yang
diberikan kepada mahkamah oleh pihak
pendakwaraya dan Yacob Karim pada 19 September
1998 adalah tidak benar dan direka oleh
pihak polis.
202. Saya telah disoal-siasat di dalam sessi yang
amat panjang dan berterusan. Saya
sentiasa dipindahkan dari bilik kurungan saya
sebagai No: 26, sentiasa ditutup mata dan
digari. Saya telah dimalukan secara sistematik
oleh para penangkap saya yang sentiasa tidak
dapat dikenalpasti. Mereka melucutkan kesemua
kehormatan diri saya; mereka menjatuhkan
maruah saya dan membinasakan ketabahan dan daya
tahan saya; mereka mengugut saya dan
keluarga saya; mereka menakut-nakutkan saya;
mereka "membasuh fikiran" (brainwash) saya
hingga ke tahap bahawa saya dihadapkan ke mahkamah
pada 19 September 1998 dalam keadaan
orang yang amat menggeletar dan bersedia untuk
melakukan apa saja untuk menghentikan
kemusnahan diri sendiri.
203. Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan dan
saya tidak bersalah. Saya adalah seorang
lelaki yang rumahtangganya amat bahagia dengan
dua orang anak yang comel. Saya hanya
melakukan kerja saya dan menyukainya. Para penangkap
dan penyoal-siasat saya telah
menghancurkan kesemua itu. Mereka telah melakukan
kesalahan dengan memaksa saya menjadi
seorang penjenayah dan telah mengambil kebebasan
saya. Mereka telah menghancurkan keyakinan
diri saya dan telah memalukan saya. Mereka telah
memusnahkan kedamaian, keharmonian dan
kebahagiaan keluarga saya dan kesederhanaan rumahtangga
saya.
204. Saya telah mempunyai reputasi yang terkenal
di seluruh dunia sebagai seorang
cendiakawan yang dihormati. Ianya mengambil masa
selama bertahun-tahun untuk mencapai
status ini. Senarai buku (bibliografi) kerja-kerja
saya dikepilkan bersama dengan pengakuan
bersumpah ini adalah bukti kerja-kerja saya.
Para penangkap saya untuk tujuan jenayah
mereka telah menghancurkan imej saya secara tidak
adil.
205. Saya tidak nelakukan apa-apa kesalahan dan saya tidak bersalah. Tuhan mengetahuinya.
Dan saya membuat pengakuan yang serius dan teliti
ini mempercayai ianya adalah benar dan
dengan sifat murni mengikut syarat-syarat yang
terkandung di dalam Akta Undang-Undang
Keterangan 1960.
Terjemahan keris tamingsari
Sumber Asal : http://members.tripod.com/~bantahan/anees.htm