132. Mereka kembali kepada Anwar dan seks dubur
dan tanggapan saya. Setapak, setapak,
dengan bergilir menjerit, menjerkah dan menyoal
saya, dengan memujuk dan mengugut, dengan
amaran mengenai penahanan dan keluarga saya,
mereka menyuruh saya mengulang apa yang mereka
katakan berulang-ulangkali, bahawa saya telah
melakukan seks di luar tabii dengan Anwar
beberapa kali. Mereka memaksa saya mengatakan
yang saya menyesal mengenainya semua, bahawa
saya malu mengenainya dan menyesal bahawa semua
perkara tersebut telah berlaku. Beberapa
ketika mereka berhenti untuk memastikan yang
maklumat tersebut semuanya telah digerudi
masuk ke dalam saya dan kemudian mereka menyambungnya.
Mereka memaksa saya mengatakan
bahawa saya dipaksa melakukannya kerana saya
bimbang pekerjaan saya dan jika saya menolak
kemahuan Anwar, pekerjaan saya akan berada di
dalam bahaya, bahawa saya akan kehilangan
sumber pendapatan yang penting. Mereka memaksa
saya mengatakan yang ianya amat menyedihkan
saya bahawa perangai seperti ini datang daripada
seseorang yang mendakwa dirinya muslim
yang warak dan bahawa dia telah menipu ramai
umat Islam di negara ini dan juga seluruh
dunia umat Islam yang telah menganggapnya sebagai
seorang pemimpin yang bersemangat. Mereka
memaksa saya mengatakan bahawa setiap kali saya
melakukan aksi ini, ianya adalah satu
pengalaman yang menjijikkan kepada saya. Semua
ini adalah penipuan yang direka oleh
pegawai-pegawai ISA.
133. Mereka mahu menetapkan butiran maklumat dan
menyuruh saya memilih satu bulan. Saya
tidak boleh kerana memang tidak pernah berlaku
sebarang hubungan homoseks di antara saya
dan Anwar. Saya tidak boleh memilih apa-apa.
Mereka berkata yang mereka akan menolong dan
mula meneliti pekerjaan saya di Malaysia. Mereka
meneliti butiran maklumat; bahawa pertama
kali saya berjumpa Anwar pada tahun 1984; bahawa
pertama kali saya datang ke Malaysia pada
tahun 1986; bahawa saya hanya datang melawat
pada tahun 1986, 1987 dan 1988; Bahawa saya
mula tinggal di Malaysia pada tahun 1988. Para
penyoal-siasat saya menghadapi kesusahan
untuk menetapkan tarikh. Penyoal-siasat saya
akhirnya menetapkan pada bulan Mac 1993 kerana
di dalam soal-siasat mereka, mereka merasakan
selepas tahun 1993, aktiviti penulisan ucapan
saya untuk Anwar telah amat berkurangan. Ini
adalah kerana Anwar telah dilantik menjadi
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan
dan penekanannya adalah lebih terhadap
kewangan dan saya tidak dapat membantu. Kadang-kadang
apabila ucapan intelektual hendak
dibuat, satu draf akan diberikan kepada saya
dan saya akan menyuntingnya.
134. Mereka tahu daripada hasil soal-siasat mereka
bahawa pada tahun 1993, saya tinggal di
Bukit Damansara dengan isteri dan anak-anak saya.
135. Jadi, mereka memilih bulan tersebut - ianya
adalah Mac 1993. Saya banyak berjalan pada
waktu itu dan berharap pada diri saya sendiri
yang saya berada di luar negara dalam bulan
Mac 1993 - Saya mungkin berada di New Delhi,
atau Casablanca atau di Qatar untuk menghadiri
konferens atau pulang ke rumah saya di Amerika.
Saya tidak memberitahu mereka mengenai
perkara ini.
136. Mereka menentukan untuk tujuan versi rekaan
bahawa Anwar memanggil saya datang untuk
berbual-bual, bahawa pada ketika itu ianya lebih
kurang seminggu atau 10 hari selepas
beliau dilantik menjadi TPM, bahawa saya pergi
ke sana, bahawa ini adalah hubungan terakhir
saya dengannya.
137. Kemudian saya dikehendaki tanpa henti-henti
mengulang segala butiran yang telah mereka
tentukan sehingga ianya digerudi masuk ke dalam
saya.
138. Dan ianya berjalan secara berterusan sehingga
mereka habis mereka-cipta keseluruhan
cerita. Tidak ada rehat langsung untuk saya,
tidak ada sebarang keredaan di dalam
soal-siasat mereka yang tekun.
139. Apabila mereka akhirnya berpuas-hati dengan
pengulangan saya mengenai butiran
maklumat, mereka menukar kembali topik yang pihak
berkuasa yang lebih tinggi telah
dimaklumkan mengenai saya, bahawa mereka gembira
dengan kerjasama dan prestasi yang telah
saya berikan. Mereka menawarkan saya sebatang
rokok dan kemudian meninggalkan saya seorang
diri di dalam bilik sekejap.
140. Sebentar kemudian seorang pegawai lain masuk.
Inilah orangnya yang kemudiannya membawa
saya berjumpa dengan majistret untuk merakamkan
kenyataan daripada saya. Dia kelihatan
begitu garang ketika dia berjalan masuk. Dia
menjerit kepada saya menyuruh saya berdiri.
Saya menurutinya. Dia datang dan berdiri di hadapan
saya. Dia berkata yang mereka sedang
membatalkan kad pengenalan saya, bahawa usaha
sedang dijalankan untuk menghantar saya ke
pusat tahanan dan saya kemudiannya akan dihalau
keluar negara. Dia memberitahu yang
kerakyatan Amerika saya berada di dalam keadaan
yang amat merbahaya dan bahawa agen-agen
Amerika di Malaysia yang menyiasat telah membuat
keputusan untuk memansuhkannya. Keluarga
saya telah diberitahu supaya mengemas barang-barang.
Beliau memberi amaran yang saya sudah
tidak ada apa-apa melainkan saya bersetuju untuk
berkhidmat kepada negara, bahawa saya
hanya mempunyai satu pilihan dan ianya adalah
dengan bekerjasama dengan mereka. Beliau
kemudian memulakan satu ucapan penuh emosi tentang
cintakan Malaysia, mengenai pengorbanan,
mengenai perjuangan dan mengorbankan nyawa seseorang
demi pertahanan Malaysia, mengenai
mempertahankan Malaysia, mengenai masuk penjara
demi Malaysia. Dia menjerit ke arah saya
samada saya bersedia untuk melakukan semua itu.
Dia menjerit "jawab, jawab, jawab". Saya
amat terkejut dan apa yang saya boleh katakan
ialah "ya, ya, ya". Dia menghentakkan kakinya
di atas lantai, mengangkat tangannya ke udara
dan melaungkan "Hidup Malaysia", kemudian
berpusing dan berjalan keluar .
141. Saya berdiri terpacak di atas lantai dan
masih lagi berdiri apabila keempat-empat
penyoal-siasat berjalan masuk kembali. Mereka
menyuruh saya duduk dan memberitahu saya yang
saya telah melakukan kerja dengan bagus. Mereka
menawarkan saya sebatang rokok dan
memberitahu saya bahawa ianya cuma 4 hingga 5
bulan dan saya tidak perlu merisaunya. Mereka
berkata bahawa itulah hukuman yang akan saya
terima. Saya membantah tetapi mereka berkata
yang saya tidak perlu risau. Mereka menawarkan
saya sebatang lagi rokok dan ketawa dan
berkata yang saya mempunyai "pelir" yang hebat.
142. Pegawai sebelumnya berjalan masuk sekali
lagi. Dia menyuruh saya berdiri lagi dan
memberitahu saya yang beliau telah bercakap dengan
pegawai kanannya dan segalanya mesti
dilakukan pada hari itu juga, malam itu juga.
Dia menunggu pegawai-pegawai kanannya untuk
tiba. Beliau meninggalkan bilik dalam keadaan
yang sama, menghentakkan kakinya di atas
lantai, mengangkat tangan dan melaungkan "Hidup
Malaysia".
143. Sebentar kemudian dia datang kembali dan
bercakap secara sulit dengan keempat-empat
penyoal-siasat. Dua daripada mereka kemudiannya
meninggalkan bilik. Pada ketika itu, empat
pegawai baru berjalan masuk. Saya tidak pernah
melihat mereka sebelum ini. Kesemua mereka
yang berada di dalam bilik menabik keempat-empat
pegawai baru tersebut. Tiga daripada
pegawai-pegawai yang baru masuk duduk di kerusi-kerusi
yang pada asalnya diduduki oleh
keempat-empat penyoal-siasat yang lalu. Seorang
daripada mereka berdiri dekat dengan pintu.
Pegawai "Hidup Malaysia" juga masih berdiri.
Baki dua orang penyoal-siasat asal
meninggalkan bilik, menutup pintu di belakang
mereka. Pegawai-pegawai lain memanggil lelaki
yang duduk di tengah sebagai "Dato".
144. "Dato" ini pada mulanya bercakap di dalam
intonasi suara yang hambar. Dia bermula
dengan memberitahu saya bahawa mereka hendakkan
Anwar dan mereka mahukannya. Beliau
mengatakan yang Anwar telah melakukan kerosakan
yang teruk kepada negara dan bahawa saya
boleh menolong mereka dengan banyak dengan bersetuju
untuk mengaku mempunyai hubungan
homoseks dengan Anwar. Beliau menambah bahawa
ini adalah satu khidmat kepada negara dan
merupakan satu pengorbanan yang mana saya akan
diberi hadiah yang lumayan, bahawa semua
masalah saya akan diselesaikan, bahawa saya akan
diberikan kerakyatan Malaysia, bahawa saya
akan diberikan pekerjaan yang lumayan dan lebih
penting lagi bahawa saya akan menjadi orang
yang merdeka dan bahawa keluarga saya akan kukuh
bersama. Beliau meyakinkan saya bahawa
mereka akan berhubung dengan agen-agen Amerika
untuk menyelesaikan kerakyatan Amerika saya
dengan sempurna. Beliau mengatakan yang pegawai-pegawainya
telah memberitahunya yang saya
telah bersetuju untuk mati demi negara tetapi
dia tidak ada niat untuk menghukum saya
kerana saya adalah seorang mangsa nafsu Anwar
dan apalah 4 hingga 5 bulan penjara
dibandingkan dengan kematian. Beliau menggulung
dengan memberitahu saya bahawa dengan
menolong mereka menangkap Anwar, saya menolong
negara untuk menghapuskan seorang pembelot
dan mereka hendakkan Anwar, bukannya saya.
145. Orang di sebelah kiri Dato kemudian mengambil-alih.
Beliau berkata bahawa mereka akan
mengatur saya untuk membuat kenyataan mengenai
hubungan homoseks dengan Anwar dan semuanya
akan menjadi baik selepas itu. Dia berkata bahawa
mereka akan mengatur semua ini dengan
halus, bahawa pegawai-pegawai mereka akan memberikan
maklumat lanjut tentang bahasa tetapi
mereka tidak boleh masuk campur jika tidak Anwar
dan orang-orangnya akan menuduh pihak
polis. Dia tidak mengatakan apa-apa mengenai
prosidur mahkamah, mengenai hukuman atau
penjara walaupun beliau sentiasa meyakinkan saya
untuk mempercayai mereka dan percayakan
yang mereka akan menjaga saya dan keperluan keluarga
saya. Mereka memujuk saya dengan
mengatakan yang isteri saya boleh memanggil mereka
untuk bantuan setiap masa dan
keselamatan saya dan keluarga saya adalah tanggung-jawab
utama mereka.
146. Saya menjadi kebas disebabkan rasa takut dan risau.
147. Apabila beliau habis, ketiga-tiga pegawai
yang duduk terus berdiri. Pegawai-pegawai
rendah menabik beliau dan kesemua mereka melaungkan
"Hidup Malaysia" dan kesemua mereka
meninggalkan bilik.
148. Sekarang sudah semestinya lewat malam. Saya
ditinggalkan bersendirian untuk beberapa
minit. Kemudian keempat-empat penyoal-siasat
berjalan masuk. Seorang datang kepada saya dan
menampar belakang saya dan berkata yang saya
telah lakukan kerja yang bagus dan bahawa
mereka sekarang boleh "fuck" Anwar Ibrahim.
149. Seorang dari keempat-empat penyoal-siasat
meninggalkan bilik. Sebentar kemudian dia
kembali dengan seorang pegawai "kanan". Pegawai
kanan tersebut memberitahu saya bahawa
beliau sangat gembira dengan saya dan bahawa
kad pengenalan saya tidak akan dibatalkan. Dia
menambah yang beliau akan membincangkan perkara
tersebut dengan pegawai kanannya dan akan
memberitahu saya semula tetapi buat sementara
waktu saya patut memikirkan mengenainya dan
patut berehat.
150. Saya kemudiannya ditutup mata dan digari
dan dibawa turun 50 anak tangga dan
dikembalikan ke bilik kurungan saya.
151. Sekali lagi saya telah diarahkan untuk mandi
pada awal pagi dalam keadaan tergesa-gesa
dan kemudian diberikan teh dan sepotong roti.
Tetapi tidak seperti hari-hari yang
sebelumnya, saya tidak dibawa terus ke bilik
soal-siasat. Sebaliknya saya ditinggalkan
bersendirian di bilik kurungan saya.
152. Beberapa lama kemudian, salah seorang daripada
pengawal masuk ke dalam bilik kurungan
saya dan memberitahu saya yang mereka hendak
membawa saya keluar. Saya tidak memahami
maksud beliau. Dia memberikan kepada saya pakaian
dan slipper yang saya telah pakai ketika
saya ditangkap dan menyuruh saya mengenakan pakaian.
153. Saya sekali lagi telah digari dan ditutup
mata dan dipimpin keluar dari bilik
kurungan. Saya rasa saya telah dibawa turun satu
atau dua tingkat dan kemudian dimasukkan
ke dalam sebuah kenderaan. Saya dapat mengingat
yang kenderaan tersebut bergerak untuk
jangkawaktu yang panjang. Ia kemudiannya berhenti
dan saya mendengar sebuah pintu dibuka
dan seketika kemudian penutup mata saya dibuka.
Saya sedar yang saya telah berada di dalam
sebuah van yang mempunyai tingkap gelap yang
lebih besar daripada biasa. Mereka kemudiannya
terus menggantikan penutup mata saya dengan sepasang
kacamata yang "kabur" yang tidak
membenarkan mata saya memfokus.
154. Mereka kemudiannya memindahkan saya ke tempat
duduk belakang sebuah kereta proton.
Saya dihimpit oleh dua orang pegawai. Kereta
tersebut bergerak dan selepas berjalan
sebentar, seseorang secara tiba-tiba membuka
kacamata kabur saya. Saya sedar yang kami
berada dekat dengan kawasan Bangunan Sultan Abdul
Samad. Salah seorang pegawai di sebelah
saya meletakkan satu jaket di atas gari tangan
saya, saya rasakan untuk menyelindunginya.
Saya perasan yang kereta tersebut dipandu dalam
keadaan tidak tentu arah. Salah seorang
pegawai menekan saya turun ke tempat duduk supaya
saya tidak boleh dilihat.
155. Apabila kereta berhenti, saya sedar yang
saya berada di Bukit Aman. Saya disuruh
keluar dari kereta dan salah seorang pegawai
membuka gari tangan saya. Saya kemudiannya
nampak salah seorang pegawai kanan yang telah
menyoal-siasat saya berjalan ke arah kereta.
Dia bercakap dengan dua daripada pegawai-pegawai
yang datang dengan kereta proton.
Ketiga-tiga mereka membawa saya ke kafetaria
di mana mereka memesan makanan. Inilah makanan
pertama saya semenjak saya ditahan.
156. Ketika kami berada di kafetaria, Inspektor
Mazlan, orang yang telah menangkap saya
datang ke meja dan memberitahu saya bahawa dia
sekarang menyerahkan saya kepada seorang
pegawai lain. Ada seorang pegawai berbangsa India
yang bersama dengannya pada masa itu.
Pegawai India tersebut kemudiannya diperkenalkan
kepada saya ketika saya sedang dirawat di
Wad Pemulihan Jantung, Hospital Besar Kuala Lumpur
sebagai Rajakopal. Saya sekarang ini
telah diberitahu oleh para peguam saya bahawa
Rajakopal ialah si pengadu di atas kertas
pertuduhan terhadap saya di Mahkamah Seksyen
Kuala Lumpur. Saya tidak pernah bertemu atau
nampak Rajakopal ini sebelum hari tersebut. Rajakopal
ini hanya duduk sebentar.
157. Sepanjang waktu saya berada di kafetaria,
ketiga-tiga penyoal-siasat itu berada
bersama saya.
158. Selepas Rajakopal pergi, pegawai kanan tersebut
mula memberitahu saya bahawa keluarga
saya akan berbangga dengan saya dan mereka berada
di dalam keadaan selamat. Dia
mengingatkan saya yang saya memberikan khidmat
yang besar untuk mereka dan negara yang mana
saya akan diingati. Beliau kemudiannya berkata
sudah sampai masa untuk saya memberikan
kenyataan untuk direkodkan sepertimana saya telah
ditaklimatkan pada malam sebelumnya dan
kemudian menambah, sebagai satu amaran yang jelas,
bahawa masalah penahanan ISA saya akan
diselesaikan selepas saya memberikan kenyataan.
159. Mereka kemudian memasukkan saya ke dalam
kereta dan menyorok saya dengan menyuruh saya
membongkok ke hadapan. Apabila kereta akhirnya
berhenti dan saya dibawa keluar daripada
kereta, saya sedar bahawa saya berada di kompleks
mahkamah.
160. Di mahkamah, ketika kami berjalan, saya sentiasa
diingatkan mengenai apa yang patut
saya katakan di dalam kenyataan kepada majistret.
161. Kami duduk di dalam salah sebuah bilik buat
beberapa ketika. Saya rasa mereka sedang
menghadapi masalah kerana para jurugambar sedang
mengikuti mereka. Mereka mahu mengelak
daripada pendedahan. Kami pergi ke sebuah pejabat
di tingkat 2 atau 3. Mereka telah menolak
saya melalui koridor-koridor yang berliku. Saya
tidak dapat mengingat ke mana kami sedang
pergi. Saya kemudiannya dibawa turun dan dipaksa
berjalan ke sebuah bilik di mana saya
diberitahu seorang majistret sedang menunggu.
162. ASP Mazlan bersama saya ke mahkamah seksyen.
Seorang pegawai kanan ISA juga berada di
situ. ASP Mazlan pergi ke bilik majistret dan
membawa saya masuk. Pegawai ISA menunggu di
luar.
163. Majistret tersebut bercakap dengan saya dalam
bahasa melayu. Saya berkata yang saya
perlukan seorang penterjemah. Seorang penterjemah,
saya rasa dia dipanggil sebagai Affendi,
dibawa masuk. Pada masa itu majistret tersebut
memberitahu ASP Mazlan dan pegawai polis
lain yang bersama saya supaya meninggalkan bilik.
Sekarang hanya tinggal saya, majistret
dan Affendi di dalam bilik tersebut.
164. Majistret tersebut menulis beberapa butiran
di atas beberapa kertas yang bergaris. Dia
(seorang perempuan) mempunyai seperti sebuah
kertas garis panduan di sebelah kirinya di
mana beliau sering merujuknya. Dia menulis satu
perenggan atau sepertinya,dll........berada
di sini bersama ........nama saya .............Dia
menulis dan membacakannya kembali kepada
saya.
165. Beliau menanya saya samada saya bersetuju;
samada saya ingin menukar apa-apa atau
menambah apa-apa, dll.
166. Saya berkata "tidak".
167. Beliau menulis nama saya, namanya, nombor
kad pengenalan saya, nombor kad
pengenalannya, dll.
168. Beliau kemudian menandatanganinya dan menyuruh saya menandatanganinya.
169. Pada satu ketika beliau menanya saya samada
saya berada di situ di atas kerelaan diri
saya sendiri dan membuat kenyataan yang saya
berada bersendirian di dalam biliknya. Saya
tidak tahu samada saya mahu ketawa atau menangis
kerana dia sememangnya tidak faham akan
fakta bahawa saya telah dibawa ke situ oleh para
penangkap dan penyoal-siasat saya, bahawa
mereka sedang menunggu saya diluar dan bahawa
apabila saya telah selesai, saya akan
diserahkan kembali kepada mereka dan dibawa balik
ke bilik kurungan saya. Hidup saya dan
kebebasan saya dan juga keluarga saya berada
di dalam tangan pihak polis. Mereka semestinya
akan tahu kesemua yang saya lakukan atau katakan
di dalam bilik tersebut dan mereka
sememangnya telah memberitahu saya bahawa mereka
akan mendapat satu salinan mengenai apa
yang telah direkodkan di situ, jadi apakah kerelaan
diri yang saya dapat lakukan.
170. Sinisnya penulisan beliau bahawa saya membuat
kenyataan di atas kerelaan diri saya dan
membaca kembali kenyataan tersebut kepada saya
dan kemudian menyuruh saya
menandatanganinya, memberikan pukulan yang hebat
terhadap diri saya. Beliau membacakannya
kembali kepada saya. Beliau mengingatkan bahawa
hanya kami bertiga berada di bilik
tersebut. Kami menandatanganinya.
bersambing......