Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
71. saya hanya boleh mengagak yang waktu sekarang adalah selepas pukul 8.00 pagi.

72. Apabila saya mula-mula dikeluarkan dari van, cahaya matahari menggangu penglihatan mata
saya. Saya nampak papan tanda Perkhidmatan Kecemasan Hospital Besar, Kuala Lumpur. Terdapat
empat orang pegawai polis mengelilingi saya. Saya dibawa berjumpa doktor perempuan yang
memakai tag nama, saya fikir, dibaca 'Dr Shymala Devi'. Nombor saya diberikan kepada
doktor. Mereka juga telah memberikan sebuah fail yang ada pada mereka kepadanya. Saya
dihantar untuk ECG dan ujian air kencing. Saya juga membuat X-ray dada dan kemudiannya
dibawa kembali berjumpa doktor yang sama. Beliau melakukan pemeriksaan fizikal secara
sepintas lau dan memberikan saya lima jenis ubat yang mana diserahkan kepada pegawai polis.
Saya dibawa kembali ke van. Apabila berada di dalam, sekali lagi mata saya ditutup dan
tangan saya digari, dan kemudiannya dihantar kembali ke bilik kurungan.

73. Mereka membiarkan saya bersendirian sebentar dan selepas itu mereka membawa masuk satu
bungkusan kecil nasi dengan seketul ikan goreng yang sekali lagi mempunyai rasa yang tengit
dan tidak boleh dimakan. Saya memaksa diri saya untuk memakannya sedikit tetapi rasa loya,
tidak selesa dan ringan kepala sebaik memakannya.

74. Selepas "makan tengahari", saya dikeluarkan sekali lagi dari bilik kurungan selepas
ditutup mata dan tangan digari. Saya dibawa naik 50 anak tangga ke bilik soal-siasat
semalam. Keempat-empat pegawai yang sama berada di situ. Sikap mereka, pada mulanya, amat
berlainan sekali. Mereka mulakan perbualan mengenai hospital, bagaimana mereka menjaga saya
dan bagaimana mereka tidak mengambil sebarang peluang dengan saya. Seorang daripada mereka
menyuruh saya duduk. Kerusi tersebut tidak stabil dan saya mengatakan kepada mereka yang
saya lebih suka berdiri. Saya terus berdiri. Selepas beberapa lama, saya diberikan sebuah
kerusi lain.

75. Pada mulanya perbualan awal mengenai ubat yang telah diberikan kepada saya di hospital
pagi tadi. Selepas itu salah seorang daripada mereka memulakan sessi soal-siasat. Beliau
menanyakan samada saya telah memikirkan mengenainya dan bagaimana saya dapat membantu
mereka dan negara. Saya menjawab dengan menyatakan Journal yang telah saya mulakan dan
bagaimana ianya telah meletakkan Malaysia di atas peta dunia. Mereka menyuruh saya berhenti
dan memberi amaran yang saya berada di haluan yang salah. Mereka menyuruh saya menumpukan
perhatian terhadap Anwar.

76. Saya masih belum dapat memahami apa yang mereka mahukan daripada saya mengenai Anwar
dan saya bertanya kepada mereka. Akhirnya salah seorang daripada mereka menanya saya
samaada saya telah membaca affidavit-affidavit yang telah disiarkan di dalam suratkhabar
mengenai Anwar. Saya menjawab "Ya" tetapi tidak secara terperinci. Salah seorang daripada
mereka menyatakan kepada saya yang adanya terdapat tuduhan-tuduhan seks terutamanya
homoseks terhadap Anwar di dalam affidavit-affidavit tersebut. Saya memberitahu mereka
sepanjang pengetahuan saya, Anwar tidak pernah terlibat dalam sebarang aktiviti-aktiviti
seks dan sepanjang masa saya mengenali Anwar selama bertahun-tahun, beliau sentiasa
berkelakuan jujur. Saya memberitahu mereka adalah senang untuk membuat sesuatu tuduhan.
Mereka mengatakan kepada saya yang mereka akan menunjukkan bukti kepada saya. Mereka
menyuruh saya berfikir dan menumpukan perhatian terhadap aktiviti-aktiviti homoseks. Saya
bertanya samada mereka melakukan tuduhan terhadap saya. Mereka menafikannya dan hanya
menyuruh saya memikirkannya. Mereka berkata yang pegawai kanan mereka mahukan keputusan dan
apabila mereka mendapat keputusan mereka akan membenarkan saya tidur dan tidak akan
menggangu saya lagi. Saya memberitahu mereka yang saya tidak pernah mempunyai hubungan
homoseks sepanjang hidup saya. Mereka kata mereka tahu mengenainya dan itu adalah tanggapan
saya tetapi tanggapan saya adalah salah. Mereka terpaksa melatih fikiran saya semula untuk
menentukan apa yang benar dan salah, dan mereka akan menunjukkan kepada saya bagaimana
caranya. Sekali lagi mereka bercakap bagaimana ISA diwujudkan untuk menolong pemulihan
fikiran dan orang. Mereka berkata yang mereka mereka tidak mahu gagal dengan saya dan
menghantar saya ke pusat tahanan. Mereka berkata yang keluarga saya akan hancur sekiranya
perkara tersebut berlaku.

77. Buat pertama kalinya dalam sessi itu mereka menimbulkan ugutan mengenai agen-agen
Amerika di Malaysia. Mereka berkata yang agen-agen Amerika berada di sini dan bekerjasama
dengan mereka dan telah pun memeriksa latarbelakang saya dengan berpandangan untuk
mambatalkan penantian permohonan kerakyatan Amerika dan memansuhkan kad hijau saya.

78. Selama berjam-jam, sessi soal-siasat tersebut berkisar mengenai pemulihan saya, melatih
kembali pemikiran saya, situasi saya dan kebahagian keluarga saya, kebebasan saya,
pembatalan penantian permohonan kerakyatan Amerika saya, dan kemuncaknya dihalau keluar
dari Malaysia. Saya asyik diingatkan yang saya boleh menolong negara, bahawa Anwar adalah
ancaman dan pegawai kanannya mahukan keputusan. Stail mereka selalunya sama dengan
keempat-empat mereka menyoal saya dan tidak membenarkan saya untuk memikirkan
semasak-masaknya dan menjawabnya.

79. Semasa soal-siasat berjalan, seorang atau lebih daripada keempat-empat pegawai tersebut
tanpa amaran, menggunakan bahasa lucah. Seorang akan membuat kenyataan seperti "Anwar fuck,
you fuck" dan yang lainnya ketawa. Seorang yang lain akan membuat kenyataan yang
merendahkan maruah mengenai orang Punjab sebagai "big fuckers" dan menawarkan saya sebatang
rokok.

80. Saya selalu berasa ringan kepala selepas menghisap satu daripada rokok-rokok mereka.

81. Soal-siasat tersebut kemudian bertukar kembali mengenai pekerjaan saya, kelemahan saya
sebagai seorang pendatang asing di Malaysia, keluarga saya, dan kemudian secara tiba-tiba
bertukar kembali kepada kelucahan dan Anwar dan hubungan homoseks. Mereka membuat kenyataan
yang tidak sopan, menanya saya mengenai saiz kemaluan saya dengan menggunakan
perkataan-perkataan seperti "dick", "cock". Mereka menanya saya mengenai kepanjangannya,
diameternya, dan menanya saya samada saya ingin memasukkannya ke dalam punggung seseorang.
Mereka bertanya apa rasanya sekiranya "daging" seseorang "ditujah masuk ke dalam punggung
saya", samada saya ingin memasukkan "daging" saya ke dalam punggung seseorang, bahawa
mereka boleh menyediakan "nya" dan segala-galanya di situ, bahawa apabila saya dihantar ke
pusat tahanan, saya akan diperlakukan "begitu" dengan kerap.

82. Pertukaran topik soal-siasat ini berterusan tanpa reda sepanjang masa saya berada
bersama mereka. Kecuali untuk jangkamasa pendek ketika saya berada di bilik kurungan,
soal-siasat seperti itu tidak pernah ketinggalan. Satu ketika pada hari yang kedua, seorang
penyoal-siasat baru menyertai pasukan itu tetapi soal-siasat tersebut selalunya dijalankan
oleh empat orang mereka pada satu-satu masa. Secara beransur-ansur mereka memperkenalkan
nama Anwar semakin banyak di dalam pembulian mereka dan menggunakannya secara lebih aktif
dengan gambaran yang tidak sopan mengenai hubungan homoseks dan bukan homoseks. Mereka mula
membuat cadangan yang Anwar suka hubungan homoseks. Mereka menyuruh saya memikirkan
mengenai hubungan homoseks, mengenai "fucking" Anwar, mengenai Anwar "fucking" saya. Mereka
menyuruh saya mengerang seperti saya sedang diliwat dan menyukainya. Di dalam situasi
tersebut, saya berada di dalam tangan mereka, saya tidak mempunyai pilhan melainkan untuk
mengerang dan mengeluh sepertimana penangkap-penangkap saya mahukannnya. Saya berlakon
sepertimana yang mereka kehendaki. Mereka adalah pembuli dan saya berada di tangan mereka.
Mereka menanya saya samada saya menghisap kemaluan lelaki dan menyuruh saya berlagak
menghisap sebatang "lollipop" yang besar. Mereka menanya saya samada saya pernah melihat
kemaluan Anwar dan menyuruh saya berlagak menghisap kemaluan "TPM", sepertimana salah
seorang daripada pegawai tersebut menyebutnya tanpa segan silu. Apabila saya berlakon
watak-watak yang amat menjatuhkan maruah dan mengaibkan yang mereka berikan kepada saya,
mereka ketawa dan menanya samada ianya seronok.

83. Ketika berakhirnya hari kedua, soal-siasat yang berjam-jam lamanya, kekurangan tidur
dan kekurangan makanan yang elok telah menyebabkan saya benar-benar tidak ketahuan dan amat
penat. Kesihatan saya semakin teruk dan saya amat merisaukan keadaan keluarga saya.

84. Saya hanya diberikan ubat apabila para penangkap saya teringat untuk memberikannya.

85. Saya mengingati soal-siasat hari kedua berakhir dengan penyoal-siasat saya memberi
amaran kepada saya untuk memikirkan mengenai apa yang mereka telah katakan dan mereka akan
berjumpa dengan saya sekejap nanti. Mereka berkata yang saya boleh berikan hadiah yang
hebat kepada negara dan negara akan berterima kasih kepada saya selamanya. Kata-kata
perpisahan mereka sebelum berpisah, dengan senada, "Fuck Anwar". Saya kemudiannya digari,
ditutup mata dan dipimpin kembali ke bilik kurungan.

86. Saya tidak mempunyai sebarang idea mengenai masa.

87. Bilik kurungan saya tidak mempunyai sebarang bantal ataupun sebarang benda yang boleh
menyerupai keselesaan. Pangkin kayu tersebut yang merupakan katil saya adalah separuh
daripada ketinggian saya. Sekiranya saya berbaring panjang, separuh daripada badan saya
tergantung di sebelah sana. Cara yang boleh saya buat ialah dengan tidur merekot. Cahaya
lampu dan bunyi daripada kipas pengudaraan membuatkan tidur saya mustahil.

88. Dinding bilik kurungan saya adalah tebal dan seperti kalis bunyi.

 

89. Setipa kali saya disuruh berjalan di koridor di luar bilik kurungan saya, kesunyian
tempat itu mengerikan saya. Saya tidak dengar sebarang bunyi kecuali bunyi batuk
sekali-sekala dan oleh itu saya dapat rasakan adanya orang lain di bilik kurungan
bersebelahan dengan saya.

90. Ketika berbaring dalam keadaan merekot, saya hanya dapat memikirkan kembali apa yang
penangkap-penangkap saya berulangkali katakan pada saya : aksi seks yang mereka suruh saya
lakonkan, situasi lemah yang saya alami sekarang, isteri saya dan anak-anak saya. Saya
berulangkali memikirkan mengenai agen-agen Amerika yang telah diberitahu kepada saya yang
sedang bekerjasama dengan para penangkap saya dan memikirkan apakah pembohongan yang telah
mereka berikan kepadanya. Di dalam kesunyian itu, di bilik kurungan keseorangan dan jauh
berbeza daripada suasana normal, kebenaran dan saya semakin rasakan yang tidak ada orang
yang dapat menolong saya atau keluarga saya. Kami tidak mempunyai wang, tidak ada simpanan,
tidak mempunyai apa-apa. Saya berfikir tentang ditahan tanpa had, kehilangan pekerjaan
saya, keluarga saya melarat dan keseorangan di negara asing, pengaruh yang ada pada Polis
Malaysia terhadap kerajaan Amerika untuk membatalkan permohonan kerakyatan Amerika saya.
Saya terfikir mengenai kepapaan, mengenai dihalau keluar daripada negara tanpa apa-apa
bantuan. Saya terfikir mengenai kesemua ini, mengenai tidur, mengenai makanan, sayang saya
terhadap keluarga saya dan saya pun terus menangis.

91. Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan tetapi saya benar-benar ketakutan. Saya rasakan
yang saya ini sudah tidak mempunyai harapan dan amat lemah.

 

92. Saya amat takutkan ketukan di pintu dan panggilan nombor '26'. Tetapi ia datang tanpa
dapat dielakkan untuk waktu mandi saya. Sekali lagi saya lambat menyahutnya dan sekali lagi
saya dimarahi seperti seorang kanak-kanak. Saya dibawa jalan dengan kasar di koridor,
dengan kepala saya ditundukkan ke bawah, masuk ke dalam bilik mandi. Sekali lagi saya
disuruh keluar dengan segera dari bilik mandi, mandian saya tidak habis dan dihantar
kembali ke bilik kurungan.

93. Sekejap kemudian saya diberikan sarapan. Ianya adalah teh-O tawar di dalam mangkuk
plastik dan sepotong roti putih kosong yang diletakkan di atas jerjak besi tetingkap pintu
untuk saya ambil seperti seorang pengemis.

94. Ada ketukan lagi dan nombor '26' dipanggil lagi, walaupun saya begitu penat, saya
berdiri tegak menunggu penangkap saya. Kali ini mereka datang dengan ikatan mata dan gari,
dan mata saya ditutup dan tangan saya digari sekali lagi, berselang-seli dipimpin,
diarahkan haluan dan diheret dengan gari menaiki 50 anak tangga. Apabila tiba di anak
tangga yang ke 50, ikatan mata saya dibuka dan pengawal membuat isyarat yang tidak sopan
dengan tangan dan jarinya dan menolak saya melalui pintu. Saya tidak disuruh berpusing ke
kiri seperti sebelumnya tetapi diheret melalui pintu-pintu yang berliku sepanjang koridor
yang gelap cuma diterangi oleh cahaya merah, seperti di dalam bilik gelap jurufoto yang
jauh. Saya begitu takutkan perasaan saya yang adanya jurang gelap di sebelah koridor di
bahagian kanan saya dan takut tersalah langkah dan jatuh ke dalam sebuah kekosongan. Saya
dibawa melalui pintu yang terakhir dan berjalan masuk ke dalam sebuah bilik yang seperti
sebelumnya dilimpahi dengan cahaya yang amat terang.

95. Terdapat seorang lelaki duduk bersendirian di meja. Saya tidak pernah berjumpa
dengannya sebelum ini. Dia menyuruh saya duduk. Saya menurutinya dan kemudian dia
menanyakan sejarah hidup saya. Saya teramat penat untuk membantah atau menanya mengapa
mereka bertanya mengenai maklumat yang sama berulangkali. Dia menulis kesemuanya. Dia
menanya saya mengenai kesemua perkara yang telah saya lakukan, zaman kanak-kanak saya,
pelajaran saya, pekerjaan saya, keluarga saya, segala-galanya. Ianya adalah satu sessi
panjang yang amat memenatkan. Kesemuanya ditanya "Mengapa?". Hinggakan kepada kelahiran
anak-anak saya ditanya "Mengapa? Mengapa mereka dilahirkan?", atau kematian ayah saya,
"Mengapa? Mengapa dia mati?" Sekali-sekala pegawai ini membuatkan saya dalam keadaan
sungguh terdesak dan putus asa. Tetapi beliau tidak berhenti dan terus menyoal saya.

96. Sekali-sekala semasa soal-siasat, keempat-empat pegawai asal masuk ke bilik dan
menyertai pegawai kelima ini. Mereka kemudian mengambil-alih sessi soal-siasat ketika
pegawai yang kelima keluar dari bilik. Keempat-empat mereka kembali kepada trend seperti
dua hari yang lalu. Mereka memberi amaran kepada saya, mengugut saya dan membuli saya
secara bergilir-gilir. Mereka memberikan soalan-soalan kepada saya tetapi tidak menunggu
jawapannya. Setiap seorang memintas soalan yang seorang lagi dan sentiasa menggangu saya
berfikir. Saya diberi amaran yang saya telah pun dibuang kerja, para penyiasat Amerika
telah pun menyelesaikan kerja-kerja mereka dan akan pulang tidak lama lagi dengan cadangan
yang kad hijau dan permohonan kerakyatan saya dimansuhkan, bahawa saya masih mempunyai masa
untuk bekerjasama demi menyelamatkan diri saya dan keluarga saya, bahawa mereka akan
beritahu saya bagaimana saya boleh menolong negara dan diri saya. Mereka asyik memberitahu
saya bahawa tanggapan saya adalah salah, saya telah lupa, dan saya mesti mendengar kepada
mereka. Pembulian berkisar sekitar kemaluan saya, panjangnya dan saiznya, organ kemaluan
manusia, kemaluan wanita dan seks dubur. Mereka tidak pernah berhenti daripada bercakap
mengenai seks, berulangkali menyatakan yang mereka hendak "fuck" Anwar. Mereka menyuruh
saya memperaksikan seks dubur dengan berbaring di atas lantai. Mereka menyuruh saya pertama
sekali "fuck" seseorang dan kemudiannya di "fuck" oleh seseorang. Mereka menyuruh saya
mengerang dan mengeluh ketika saya melakonkannya.

97. Pegawai yang kelima masuk kembali dan menyertai keempat pegawai asal. Dia
mengambil-alih menyoal saya tapi kali ini dengan pendekatan baru yang berbeza. Beliau
berkata yang beliau pernah pergi ke Pakistan, mengatakan yang seks di sana adalah bersifat
penindasan dan mundur. Beliau berkata bahawa hubungan homoseks adalah satu jenis cara hidup
di Pakistan dan mencadangkan yang saya sepatutnya berkongsi cerita pengalaman saya dengan
mereka.

98. Ianya semakin jelas yang rutin ini dan leteran panjang akan berterusan selamanya.
Kebenaran dan penafian saya tidak membawa ke mana. Saya berasa seperti hendak jatuh pengsan
dan tidak berupaya untuk meneruskan. Saya tahu yang saya terpaksa mengikut permainan
mereka.

99. Pegawai kelima mengambil keluar sebatang rokok daripada satu pek di poketnya dan
menawarkannya kepada saya. Saya sentiasa diberikan rokok daripada pek hitam.
Pegawai-pegawai apabila merokok selalunya seperti mengambil rokok daripada pek-pek yang
lain. Rokok tersebut selalu berasa pelik tetapi sedap. Setiap kali saya merokok dengan
rokok yang mereka berikan, saya berasa ringan kepala yang pelik dan "khayal".

100. Dia mencadangkan kepada saya bahawa itu adalah perkara biasa di Pakistan. Saya
memandang ke arahnya. Dia merenung saya dan menudingkan jarinnya ke punggung saya. Saya
begitu kepenatan. Saya menganggukkan kepala saya. Dia tersenyum dan berkata "bagus". Ianya
sekarang menjadi urutan di mana mereka menanyakan soalan dan saya mengangguk akur dan
apabila mereka menanyakan butiran, saya pun mereka apa yang mereka suka. Secara
beransur-ansur mereka mengadakan sebuah cerita mengenai "Parvez" yang tidak wujud dan
beberapa kawan universiti. Mereka mahu saya menjadi teman yang aktif dan menekankan sifat
tersebut di dalam cerita Parvez. Saya menafikannya tetapi mereka tidak mahu menerimanya
langsung dengan menyatakan bahawa ianya adalah cara hidup orang Pakistan.

 101. Keempat penyoal-siasat yang asal kemudian mengulangi rekaan "cerita" Parvez kepada
saya dan memaksa saya mengulangkannya kembali kepada mereka, berkali-kali, dan sentiasa
mengingatkan saya yang tanggapan saya selama ini adalah salah, bahawa saya telah lupa dan
bahawa mereka sedang memulihkan saya dan untuk mengingatkan saya, menekankan bahawa
orang-orang yang mempunyai hubungan homoseks tidak berkemampuan untuk berhenti.

102. Pada satu ketika di dalam leteran dan cadangan mereka bahawa saya seorang homoseks,
saya menanya mereka samada mereka tahu biologi dan mencadangkan bahawa pemeriksaan
perubatan boleh dilakukan untuk membuktikan hubungan homoseks. Mereka tidak mengendahkannya
langsung dan untuk satu jangkamasa yang lama mereka memaksa saya bercakap mengenai organ
seks lelaki dan perempuan. Mereka mahukan grafik dan memaksa saya melukiskannya,
berulangkali. Mereka bercakap tanpa henti mengenai seks dubur, memberitahu saya maklumat
biologi yang cukup lengkap mengenai saiz dan bentuk kemaluan lelaki dalam hubungan dengan
dubur lelaki.

103. Mereka menukar topik, mengikut suka mereka, di antara cerita seks bergrafik dan
sensasi dengan ugutan terhadap saya dan masa depan keluarga saya, di antara kebaikan
Malaysia dengan Anwar yang menjadi ancaman kepada negara, di antara pemanjangan tempoh
tahanan untuk saya dengan janji yang tidur saya tidak akan diganggu, di antara menjadi
tidak berduit dan melarat dengan masa depan keemasan di Malaysia baru tanpa Anwar, di
antara penduduk Pakistan yang nafsu seks mereka ditindas dengan seks bebas di universiti di
Amerika yang mereka telah baca daripada majalah-majalah.

104. Mereka mahukan maklumat terperinci mengenai aktiviti-aktiviti seks di universiti di
Amerika dan apabila saya tidak mempunyai apa-apa untuk diberikan, mereka tidak mahu
menerima "tiada" sebagai jawapan. Mereka mendakwa yang mereka tahu semua perkara mengenai
universiti di Amerika, bahawa perempuan di sana tidak membuat apa-apa kecuali "bersetubuh"
sepanjang hari dan malam, bahawa seks adalah murah, senang didapati dan percuma. Mereka
menekankan, berkali-kali, yang saya mempuyai kehidupan seks bebas di sana. Mereka
mencadangkan, secara bergilir, berapa kali saya membuat hubungan seks dalam sehari. Seorang
daripada mereka mencadangkan dua kali sehari, kemudian seorang lagi akan menambahnya kepada
tiga, pegawai yang ketiga pula mencadangkan lima kali. Akhirnya mereka bersetuju di antara
5 hingga 6 kali sehari dan sentiasa mengulangi nombor tersebut, menyuruh saya memberitahu
mereka, memberitahu mereka lagi, untuk bersetuju, untuk bersetuju sehingga di dalam keadaan
terdesak saya menganggukkan kepala saya walaupun perkera seperti ini tidak pernah berlaku.
Serta merta ini meredakan soalan-soalan dan komen mereka, "Tengok, apa yang telah kami
katakan kepada awak. Ianya memang ada di dalam diri kamu. Tanggapan kamu adalah salah. Kami
sedang menolong kamu". Sebatang rokok daripada pek hitam sentiasa diberikan kepada saya
sebagai hadiah bilamana saya menyerah kalah kepada mereka.

105. Kemudian mereka mulakannya kembali. Sekali lagi dengan stail yang sama. Kali ini
mereka meminta butiran maklumat mengenai seks oral (mulut) di universiti-universiti
Amerika. Mereka akan menggambarkannya dan mengharap saya mengiyakannya. Mereka menyuruh
saya memberikan nama-nama. Saya tidak mempunyai satu pun dan mereka tidak mahu menerimanya.
Mereka mengatakan yang saya mesti memberikan nama-nama. Saya memberikan nama rekaan "Joe",
dan sekali lagi dengan serta merta tetapi sekejap meredakan keadaan. Kemudian mereka
mahukan lebih banyak butiran mengenai "Joe" dan saya terpaksa merekanya. Apabila saya
memberikannya, mereka memberi saya sebatang rokok sebagai hadiah. Rokok-rokok tersebut
sentiasa mengandungi rasa yang pelik.

106. Setelah beberapa lama "Joe" direka, mereka berhenti dan selepas menutup mata saya dan
menggari saya, mereka hantar saya kembali ke bilik kurungan. Kata-kata perpisahan mereka
kepada saya ialah Anwar membawa saya ke Malaysia untuk "meliwat" dia, bahawa saya
sepatutnya memikirkan mengenai perkara itu, bahawa mereka akan berjumpa saya lagi. Mereka
menjerit "Fuck Anwar" dan menghantar saya pergi.

107. Pada masa sekarang saya tidak mempunyai sebarang idea mengenai hari apa ataupun
tarikhnya. Saya tidak mempunyai sebarang idea mengenai masa. Kali terakhir saya melihat
cahaya matahari atau langit adalah semasa saya dibawa pulang dari Hospital Besar Kuala
Lumpur. Kiraan waktu saya diaturkan melaui ketukan di pintu bilik kurungan saya, waktu
mandi saya yang tergopoh-gapah, sedikit sarapan pagi yang diberikan kepada saya, perjalanan
menaiki 50 anak tangga yang menghantui saya dan masa panjang yang amat membosankan dengan
penyoal-siasat saya.

108. Pembahagian saya mengenai hari di dalam perakuan sumpah saya ini ditakrifkan dengan
berapa kali "sarapan pagi" yang dihidangkan kepada saya.

109. Tidak dapat tidur di atas pangkin kayu yang kecil di bilik kurungan saya.

110. Tradisi mandi dengan tergesa-gesa, ditambah dengan pembulian dan layanan kasar, teh
dan sepotong roti yang berjuntai dihantar ke bilik kurungan saya sebaik saja saya kembali.

111. Kemudian terdapat ketukan yang sama di pintu, panggilan nombor '26', penutupan mata,
penggarian dan pendakian panjang ke bilik soal-siasat.

112. Kali ini terdapat seorang penyoal-siasat Cina di dalam bilik tersebut. Dia
berseorangan dan memulakan soal-siasat sebelum yang lain datang dengan sekali lagi menulis
butiran diri saya dan kemudian menyoal saya tentang Journal yang saya sedang suntingkan.

113. Sebentar kemudian, penyoal-siasat yang kedua masuk dan memotong penyoalan dengan
bersyarah kepada saya mengenai budaya, ideologi dan agama. Dia memberitahu saya yang beliau
sedang mengajar saya. Apabila dia letih, pegawai Cina tadi mengambil-alih dan kembali
kepada Journal. Mereka menukar topik di antara Jornal, syarahan, fungsi saya kepada
Malaysia, keperluan keluarga saya, kedudukan saya dan pembatalan arahan penahanan saya.

114. Kedua penyoal-siasat yang lain datang kemudian dan mengambil tempat mereka. Mereka
terus memberikan amaran kepada saya sebaik keempat-empat mereka berada di situ bahawa saya
membuang masa mereka dan saya mesti cepat melakukannya, untuk terus bergerak, bahawa
pegawai kanan mereka sedang menunggu keputusan. Mereka berulangkali memberi amaran kepada
saya yang arahan penahanan saya di bawah ISA telah disediakan.

115. Mereka meminta tarikh dan masa berlakunya hubungan seks. Saya tidak mempunyai apa-apa
untuk diberikan. Mereka menjadi marah, membuli dan mengugut. Mereka bercakap balik mengenai
seks di Amerika dan meminta nama-nama lagi.

 

116. Saya mereka seorang "Andre". Sekali lagi terdapat keredaan sementara di dalam sessi
soal-siasat, sekali lagi penyataan mengenai tanggapan saya yang salah, yang saya telah
lupa, bahawa mereka sedang mengingatkan saya dan membetulkannya, dan sekali lagi amaran
jika saya memberikan tumpuan, corak tersebut akan timbul, bahawa saya mesti mempunyai
kemahuan terhadap hubungan homoseks. Mereka mengangguk bersetuju, senyum, memberikan saya
sebatang rokok, mendakwa yang mereka tahu mengenai rekaan "Andre" ini dan berkata yang
mereka telah diberitahu mengenai "Andre" oleh agen-agen Amerika sebelumnya di Kuala Lumpur.

117. "Andre" adalah seseorang yang saya reka pagi itu di dalam keadaan yang amat terdesak.

118. Perkara ini berlanjutan begitu lama.

119. Kadang-kadang semasa sessi soal-siasat, mereka bawakan kepada saya bungkusan nasi dan
ikan goreng dengan rasa pelik yang sama yang telah pun diberikan kepada saya dulu. Kesemua
makanan nasi yang diberikan kepada saya tidak menyelerakan dan membuat saya tidak selesa
dan "loya". Saya makan apa yang saya boleh makan daripada bungkusan tersebut tetapi
soal-jawab tersebut diteruskan sekalipun pada ketika itu.

120. Mereka kemudian memperkenalkan sessi senario hubungan seks sebelumnya ke dalam
soal-siasat dan mula menekan saya untuk maklumat terperinci. Apabila saya tidak mempunyai
apa-apa untuk diberikan, mereka menyuruh saya memikirkan mengenainya sementara mereka
menunggu pegawai kanan mereka kembali. Buat sementara waktu mereka bercakap mengenai
cerita-cerita lain dan gambaran mengenai seks oral (mulut).

 

121. Kemudian mereka kembali semula kepada corak soal-siasat yang lalu tetapi mula
menumpukan lebih perhatian tentang Anwar. Mereka mengingatkan saya berulangkali bahawa
Anwar seorang homoseks, bahawa saya telah "fuck" Anwar, bahawa mereka mempunyai bukti
mengenainya. Mereka membuka sebuah beg, mengambil keluar beberapa keping gambar dan
melemparkannya di atas meja. Ianya adalah foto gambar biasa yang normal. Dua keping gambar
saya, satu gambar saya seorang dan satu bersama seorang yang dikenali sebagai Khalid Jaffar
(Jeffri). Terdapat satu lagi gambar seorang yang mereka katakan "Mior". Saya tidak kenal
"Mior" tersebut.

122. Saya ingat yang dua orang penyoal-siasat keluar pada satu ketika dan kemudian kembali
dengan membawa beberapa kertas kerja tulisan saya yang diambil daripada rumah saya. Seorang
daripada mereka terus membuat ugutan yang apabila dia masuk saya sedang bermuslihat dengan
mereka. Dia mendakwa yang dia telah mencuba untuk mencetak beberapa material daripada
sebuah disk yang telah diambil daripada rumah saya tetapi tidak dapat berbuat demikian
kerana saya telah menyorok material tersebut. Saya menafikannya, saya memberitahunya yang
kemungkinan dia tidak dapat membaca fail tersebut. Dia memberi amaraan yang arahan penahan
masih menanti.

123. Tiba-tiba seorang daripada mereka berempat menjerit kepada saya supaya berdiri. Saya
menurutinya. Keempat-empat mereka datang dari sebalik meja dan mengerumuni saya dengan cara
yang sungguh agresif seperti mereka hendak memukul saya. Seorang daripada mereka mengahadap
saya muka ke muka. Mereka semua menjerit kepada saya, di telinga saya, dengan kuat,
berulang-ulangkali, bahawa saya telah "fuck" Anwar, "fuck" Anwar, "fuck", "fuck", Anwar,
Anwar. Mereka menjerit, menjerit dan menjerit, di telinga saya, di muka saya, kepada saya,
berulang-ulangkali, menyuruh saya berulangkali supaya berkata "ya" sehingga saya menyerah
kalah dan tidak tahan mengatakan ya, ya. Mereka berhenti menjerit. Itulah yang mereka
hendak dengar. Mereka tidak berminat bahawa itu adalah tidak benar.

124. Mereka memberikan saya sebatang rokok dan membenarkan saya menghisapnya.

125. Soal-siasat diteruskan.

126. Terdapat gangguan yang kerap di antara penyoal-siasat. Mereka sentiasa menukar topik.

127. Bilamana mereka sukakannya, saya dipaksa berbaring di atas lantai dan memperaksikan
seks dubur dengan Anwar. Saya disuruh bertukar posisi seolah-olah saya di atas Anwar dan
Anwar di atas saya.

128. Semua ini sungguh memalukan, menyedihkan dan menjatuhkan maruah. Ianya telah jatuh ke
paras kelucahan dalam kedua-dua aksi dan perkataan mereka. Tetapi mereka tidak pernah
berhenti. Mereka memalukan saya, mencemuh saya, ketawakan saya, mendakwa saya mempunyai
punggung yang berharga, mengingatkan saya yang tidak ramai orang di dalam dunia ini yang
mempunyai keistimewaan untuk "meliwat" dan "diliwat" oleh seorang Timbalan Perdana Menteri.

129. Semua ini adalah penipuan tetapi saya terpaksa mengharunginya, mendengar mereka.

130. Mereka berulangkali menggerudi fikiran saya bahawa tanggapan saya adalah salah, bahawa
mereka sedang mengajar saya, memulihkan saya, menunjukkan kepada saya bagaimana saya
membantu Malaysia dan keluarga saya, bahawa jalan keluar saya dari tempat itu adalah dengan
memberikan apa yang negara mahukan.

bersambung......