Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Laporan Program Motivasi & Kerjaya (PMK) 2004 SAJOHA

Laporan Program Motivasi & Kerjaya 2004 adalah seperti berikut.


Tajuk

MAKING INFORMED DECISIONS IN RELATION TO THE FIELD OF STUDY AND CAREER OPTIONS”

- PROGRAM SESSI PERKONGSIAN PENGALAMAN – OLEH SMSJ SPM 87 & PELAJAR SMSJ

Tarikh

8 Mei, 2004.

Masa

8:15pagi - 4:30 petang

Tempat:

Dewan Besar, Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang

Peserta:

139 Pelajar Tingkatan 4, SMSJ

Penganjur / Pengendali


30 Pelajar lepasan SMSJ (tahun 1983-1987)


Objektif program supaya peserta:


Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh wakil jawatankuasa Program merangkap pengarah program iaitu Prof Madya Dr Hj Zaidi Bin Isa. Ianya diikuti oleh ucapan oleh setiausaha SAJOHA iaitu saudara Norhan.


Syarahan pertama bermula pada pukul 9.00 pagi dengan tajuk syarahan tentang Kenali Diri Dan Memahami Tanggungjawab Sebagai Pelajar yang disampaikan oleh Prof Madya Dr Zaidi Bin Isa. Ceramah juga diselang-seli dengan sesi soal - jawab dan penyampaian hadiah penghargaan kepada peserta yang melibatkan diri secara aktif.


Sesi berikutnya dimulakan pada pukul 10.30 pagi dengan didahului oleh Saudara Mohamad Azmi Bachok. Beliau telah mengedarkan satu soal-selidik yang bertujuan membantu pelajar mengenal pasti potensi diri dan minat serta kerjaya yang bersesuaian dengan potensi mereka (sila rujuk lampiran untuk soal-selidik yang diedarkan-Career Assesment Form-berdasarkan John Holland’s Theory of Vocational Coice).


Seterusnya, ceramah tentang kerjaya telah diberikan oleh Mejar Mohd Taha Hamdan (perkongsian pengalaman sebagai juruterbang dalam Angkatan Tentera Malaysia), Kapten Ahmad Rozley Abdul Rahman (perkongsian pengalaman sebagai juruterbang kapal terbang komersil Penerbangan Malaysia), Dr Jamil Omar (perkongsian pengalaman sebagai doktor perubatan).


Sesi pagi diakhiri dengan ceramah oleh Cik Maizatul Akmam Abu Bakar (pilihan saluran akademik selepas SPM). Setiap pelajar yang melibatkan diri secara aktif diberikan hadiah penghargaan. Sesi ini berakhir pada pukul 12.30 tengahari.


Sesi petang bermula pada pukul 2.30 petang. Dalam sesi ini, pelajar di bahagikan kepada 15 kumpulan kecil dan setiap kumpulan kendali oleh antara 2 hingga 3 orang fasilitator (bekas pelajar SMSJ 83-87 dalam pelbagai bidang). Dalam sesi ini beberapa perkara dibincangkan sesama pelajar dengan lebih khusus dan pelajar digalakkan untuk menyediakan pelan tindakan bagi merealisasikan cita-cita mereka (sila lihat lampiran untuk melihat kandungan perbincangan). Sesi ini tamat pada pukul 4.30 petang.


Cadangan Tindakan Susul Semula

Berdasarkan borang Pelan Tindakan Individu, pihak penganjur PMK mencadangkan supaya diadakan satu sesi bengkel susul semula bagi pelajar yang telah mengambil bahagian dalam PMK 2004.

Jika dipersetujui oleh pihak pengurusan SMSJ, bengkel susulan ini dicadangkan diadakan pada suku tahun pertama tahun 2005.


Antara objektif program susulan adalah:

Senarai Lampiran



Adobe Acrobat Reader Required
Photos during PMK 2004


Lampiran 1 - Senarai Penglibatan Pelajar Lepasan SMSJ 1983-1987

Penglibatan dan tajaan kewangan dari:

  1. Prof Madya Dr Hj Zaidi Bin Isa
  2. Kamaruzzaman Nordin
  3. Adrian Abdul Ghani
  4. Nurul Hilmy Bahaluddin
  5. Goh Hiong Peng
  6. Kapten Ahmad Rozley Abdul Rahman
  7. Mejar Muhamad Taha Hamdan
  8. Azahir Nasir
  9. Lily Sintum
  10. Mohd Nasir Abdul Rahman
  11. Dr Jamil Omar
  12. Shamsul Kamal Abdul Shukor
  13. Hamidon Amin
  14. Maizatul Akmam Abu Bakar
  15. Rahimah Rahmat
  16. Muhamad Azmi Bachok
  17. Mohd Esa Ismail
  18. Foo Siang Mun
  19. Rozita Tukimin
  20. Muzafar Abdullah
  21. Lokman Mohamad
  22. Mahpof Abdullah
  23. Azreen Basir
  24. Rafidah Ramil
  25. Arief Md Shah
  26. Zanizah Hj Taimain
  27. Mohd Bazilyada’in Basri
  28. Rahila Hisham
  29. Normaliza Ahmad
  30. Siti Zawiyah Latun
  31. Norashikin Islam
  32. Zainuddin Endot
  33. Zafarin Abdul Ghafar
  34. Azahar Ahmad
  35. Mamu Muhamad
  36. Mohd Niza Md Noh
  37. Siti Sharifah
  38. Norhidayah Idris