Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
KEAKRABAN ANJING DAN BABI

 

   Agama Islam mengharamkan anjing dan babi untuk penganutnya bergaul, apa lagi untuk memakan dagingnya. kedua-dua binatang ini digambarkan dalam Al-Quran sebagai jijik, pembawa kuman berbahaya dan pengotor. orang melayu (semestinya beragama Islam di Malaysia) atau yang berbangsa lain dan beragama Islam di dunia ini pantang "datuk nenek" mereka untuk membandingkan perangai manusia dengan kedua-dua binatang ini, apatah lagi apabila dimaki hamun dengan perkataan anjing atau babi.

namun bagi tokoh besarsastera tanahair prof datuk Shahnon Ahmad (kini YB di Sik) dan bekas timbalan menteri di JPM, Datuk Ibrahim Ali menggunakan dua binatang jijik itu sebagai metafora dan personafikasi dalam novel terbaru mereka iaitu anjing dan babi

baru-baru ini saya terbaca sebuah rencana mengenai majlis krtikan sastera yang diadakan di UPSI yang membicarakan mengenai penerbitan dan penulisan novel berbaur hunor dan sindiran sinis dengan menggunakan teknik metafora dan personafikasi. 

justeru, saya terpanggil untuk memberi sedikit ulasan. biarpun saya terdidik dalam bidang sains tetapi kerana dua binatang itu (yang jika digunakan dalam apa jua keadaan sekalipun akan menimbulkan kemarahan orang melayu), "dijinakkan" oleh shahnon dan Ibrahim untuk dijadikan mainan masyarakat melayu hari ini adalah  amat dangkal. 

saya berpendapat demikian kerana shahnon tahu hukum-hakam  agama, faham sentimen, mengerti perasaan dan sensitif tehadap budaya serta bersimpati tehadap penderitaan/keperitan tidak sepatutnya menggunakan anjing sebagai judul buku. ini terbukti dengan karya agungnya, ranjau sepanjang jalan begitu mencuit perasaan pembaca. begitu juga ibrahim, kalaupun marah dengan shahnon yang melacurkan karya sastera tidak patut mengungkap perkataan babisemata-mata untuk menjawab tuduhan shahnon yang "BIADAB" terhadap beliau.

semua orang tahu dan ramai orang dapat menagkap maksud sebenar yang dimatlamatkan shahnon apabila beliau menulis novel dan cerpen Shit (1999), Muntah (1999), dan anjing (2001). begitu juga ibrahim dengan profesor sasau (2001) dan babi (2001)

yang menghairankannya, kenapa shahnon yang alim dalam sastera yang ada pengikut tersendiri dalam mazhab  sasteranya dan begitu tajam pengamatannya dan dalam firasat sasteranya sanggup bermain dengan tahi, muntah dan anjing semata-mata kerana dendam kesumat yang tidak bertepi.

tidakkah shahnon secara rasionalnya boleh melontarkan pandangan secara lebih baik, berkesan dan profesional dalam debat yang diadakan di institusi pengajian tinggi tempatan, forum anjuran parti politik, apa lagi di dewan rakyat. Apakah shahnon brasa dirinya tidak selesa  dan mampu untuk mengutarakan pendapatnya secara lisan, sedangkan beliau mampu berbuat demikian dimama-mana. apakah dengan menulis novel kotor (anggapan saya) itu mampu mempertahankan namanya sebagai sasterawan besar? apakah dengan metafora dan personafikasi objek jijik itu mampu mengangkat mertabatnya sebagai tokoh politik baru yang disegani? apakah islam menghalalkan cara yang shahnon pilih dengan mencarut panjang?apakah pas yang mengambil Islam sebagai paksinya bersetuju dengan cara shahnon?

apakah dunia sastera sudah gersang dan ketandusan hasilnya sehinggakan karya yang meloyakan itu mengambil tempat di hati masyarakat. apakah perjuangan shahnon, " seni untuk masyarakat yang menjadi bara membakar semangat shahnon berkarya menghalalkan karya seperti itu? lupakah shahnon yang dia seorang "tok guru" dalam sastera yang begitu dkagumi beribu-ribu anak muridnya (kebanyakkannya menjadi guru dan sasterawan) diseluruh pelusok tanahair? apakah dunia akan mengiktiraf shahnon sebagai tokoh sastera politik teragung.

begitu juga ibrahim, beliau bukan sasterawan. ibrahim bukan tokoh bahasa, bukan tokoh akademik dan bukan penggiat seni. Ibrahim adalah ahli politik tulen. Jika Ibrahim menulis, ia berdasarkan pengalaman, pengamatan, pemikiran kritis, pembacaan dan pergaulannya yang luas.

Banyak pihak tertanya dan ingin tahu kenapa Ibrahim sanggup memperhambakan diri kepada dunia sastera yang sedikitpun tidak memberikan kesan kepada masa depan politiknya. Ibrahim tahu beliau lebih baik menjaga rakyatnya di Pasir mas daripada memalit dirinya dengan "dunia kotor" yang dimulai shahnon.

namun kita yakin, itulah satu-satunya cara Ibrahim untuk mengajar shahnon (sebagai orang tua) supaya lebih bersopan apabila bercakap, beradab apabila berkata dan berhati-hati apabila berhujah.

kalau diperhati kepada bahasa sindiran yang digunakan Ibrahim dalam genrenya Babi jelas menunjukkan Ibrahim lebih bersopan dan berseloroh. beliau berkata orang lain lebih tertib dan menimbulkan humor kepada pembaca. Ibrahim tahu beliau bukan tokoh sastera yang mampu menelanjangi shahnon. beliau (mungkin) seorang yang berdarah satria yang sanggup mati bertikam ditengah gelanggang politik. apapun percayalah kedua-dua tokoh itu tahu yang anjing dan babi mengaibkan orang melayu. namun mereka mampu menyemarakkan dunia sastera tanah air dengan genre nakal yang ada mesej tersendiri. selepas ini entah binatang atau benda kotor dan jijik  apakah yang akan dipilih mereka untuk mengata seseorang mengikut citarasa mereka.

 

BACK