
Menurut cerita orang yang melukis Jata tersebut ialah Encik Mohamad bin Abdul Rahim iaitu saudara kepada DatoNara Wangsa ( Dato Mata-Mata ) dan hasil ciptaannya telah disahkan dalam Majlis Mesyuarat Jumaah Menteri bagi untuk kegunaan rasmi pada tahun 1932.
Lambang Kebesaran ini mengandungi :-
1. Bulan Bintang - Melambangkan Negeri Islam.
2. Mahkota - Melambangkan Pemerintahan Di Raja.
3. Pedang dan Keris Panjang - Melambangkan Dua Alatan Kebesaran Negeri.
4. Quran - Di sebelah kanan melambangkan Undang-undang.
5. Buku Undang-Undang - Di sebelah kiri melambangkan keadilan
6. Wali / Selampai - Melambangkan Alat-Alat Istiadat Kebesaran.
Semua alat-alat ini dilingkungi oleh garisan bulat dan didalamnya ada tertulis huruf Melayu tiga patah perkataan dengan huruf Melayu yang bercerai-cerai hurufnya iaitu " Jawatan Kerajaan Terengganu ". Pada masa perintahan Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah, dua lagi alat kebesaran iaitu dua telah ditambah cokmar dan perkataan " Jawatan Kerajaan " dihapuskan manakala perkataan "Terengganu " dikekalkan.
BACK