

Galeri Sumber Alam Dan Ekonomi membawa tinjauan terhadap koleksi flora, fauna, batuan serta mineral yang terdapat di bumi negeri Terengganu. Hampir 80 % daripada bahan yang dipamerkan di galeri ini terdiri daripada koleksi fauna yang merangkumi hidupan mamalia seperti koleksi daripada beberapa jenis harimau, kera, kongkang, siamang, musang, beruang, tupai, kambing gurun dan pelbagai lagi haiwan yang hampir pupus di negara kita ini.

Akhir
sekali sampel-sampel batuan dan mineral sebagai penyumbang utama bagi kemajuan ekonomi
sesebuah negeri seperti emas, bijih besi, arang batu dan lain-lain lagi turut dipamerkan
di sini. Dari itu, sama-samalah mulakan ekspidisi anda di Galeri Sumber Alam Dan Ekonomi.

MENU UTAMA I TEKSTIL I ADAT ISTIADAT I DIRAJA I KRAF I SENJATA I SEJARAH I PETROLEUM I ISLAM I PELAYARAN & PERDAGANGAN I PERIKANAN & TAMAN LAUT I SEMENTARA