-soalan yang diajukan biasanya meminta agar anda memberikan pendapat tentang sesuatu, membuat telahan atau andaian atau tekaan atau agakan, membuat perbandingan tentang sesuatu atau seseorang, memberikan penilaian atau menjatuhkan hukum sama ada sesuatu perbuatan itu betul atau salah, patut atau tidak patut, bersetuju atau tidak bersetuju, dan sebagainya.
-kebanyakan soalan yang diajukan meminta anda mengemukakan alasan yang munasabah.
- kesemua jawapan yang diberikan hendaklah berkaitan dengan petikan.
- kesemua jawapan hendaklah logik atau boleh diterima akal.
- bagi soalan yang meminta pendapat atau penilaian, anda perlu memberikan satu pendapat atau satu kemungkinan sahaja. ( misalnya sekiranya anda berpendapat Ali bersalah dalam hal itu, anda tidak boleh memberikan pula pendapat yang mengatakan bahawa kemungkinan juga Ali tidak bersalah ……)
** ** ** **
Contoh soalan :
1. Sekiranya anda berada di tempat kejadian kemalangan itu, apakah
tindakan yang akan anda lakukan? Kemukakan alasan yang menyebabkan anda
mengambil keputusan untuk bertindak sedemikian.
2. Pada pendapat anda adakah tindakan ayah Salim itu wajar? Mengapa anda berkata begitu?(6 markah)
- Pada pendapat saya tindakan ayah Salim itu wajar kerana sebelum melaporkan perkara itu kepada pihak polis, dia pernah menasihati Salim secara baik tetapi Salim tidak mengendahkan nasihatnya itu. Salim juga pernah berjanji kepada ayahnya bahawa dia tidak akan melakukan perkara yang terkutuk itu lagi tetapi dia memungkiri janjinya itu. Tindakan itu juga wajar kerana ayah Salim tidak mahu adik-adik Salim terpengaruh dengan sikap Salim yang buruk itu dan tindakan itu akan menjadi pengajaran bagi adik-adiknya.
ATAU
-Pada pendapat saya tindakan ayah Salim melaporkan perbuatan Salim itu kepada pihak polis adalah tidak wajar kerana Salim masih remaja dan tidak dapat mengawal perasaan ingin tahunya. Lagipun, Salim sering ditinggalkan keseorangan oleh ayah dan ibunya yang sibuk dengan pekerjaan dan kegiatan luar masing-masing. Saya juga berpendapat ayah Salim sepatutnya menyelesaikan masalah ini dengan mengadakan perbincangan dari hati ke hati dengan Salim supaya dapat dikenal pasti punca sebenar yang menyebabkan Salim bertindak sedemikian.
3. Pada pendapat anda, adakah Amir akan mendengar nasihat kawannya itu? Mengapa?
4. Pada pendapat anda siapakah yang sebenarnya bersalah dalam kejadian itu? Berikan alasan anda.
5. Apakah yang terjadi kepada Pak Ali selepas kebakaran itu berlaku? Mengapa anda berkata demikian?
6. Pada pandangan anda, adakah Sudin akan berjaya mencapai cita-citanya itu? Mengapa?
7. Pada pendapat anda adakah Puan Salmah guru yang baik? Mengapa anda
berkata demikian?
LATIHAN
Untuk menguji kebolehan anda menjawab soalan jenis aras tinggi, anda dikehendaki menjawab soalan-soalan kefahaman yang berikut tanpa sebarang petikan. Dalam latihan ini bukanlah isi sebenar yang diutamakan tetapi cara anda mengemukakan alasan, struktur ayat yang digunakan, logik, dan panjang jawapan yang anda berikan itu. Selamat menjawab.
1. Pada pendapat anda apakah yang terjadi kepada Pak Samad dalam kejadian ribut itu? Mengapa anda berpendapat sedemikian? (6 markah – sediakan sekurang-kurangnya 3 alasan)
Pada pendapat saya dalam kejadian itu Pak Samad meninggal dunia. Saya
berpendapat sedemikian kerana Pak Samad sudah _____ dan sedang uzur sebelum
kejadian ribut itu. Dia juga tinggal _________ diri di rumah yang usang
itu kerana ________nya belum pulang dari menoreh getah ketika itu. Ketika
beberapa orang kampung memanggil nama Pak Samad selepas ribut reda, tiada
____________ yang diterima.
2.Pada pendapat anda adakah tindakan ayah Salmah memberhentikan persekolahannya itu wajar? Mengapa anda berpendapat sedemikian? (6 markah – sekurang-kurangnya 2 alasan yang munasabah berserta huraian)
Pada pendapat saya tindakan ayah Salmah itu tidak wajar kerana walaupun ber____________ rendah, ayah Salmah masih boleh memohon untuk mendapatkan bantuan daripada pihak ________ sekolah atau memohon bantuan daripada Jabatan ____________ _______________ Lagipun tindakan yang dilakukan oleh ayah Salmah itu akan meng__________kan lagi masa depan Salmah kerana tidak mempunyai _______________ yang boleh menyebabkan masalah ini berterusan hingga kepada anak-anak Salmah nanti.
ATAU
Pada pendapat saya tindakan ayah Salmah itu wajar kerana selain kurang _________ dari segi kewangan, ayah Salmah juga _____________ kehadiran Salmah di rumah untuk menjaga adik-adiknya yang masih kecil _______________ ibunya sudah meninggal dunia.Tindakan itu juga dikatakan ________ kerana ayah Salmah tidak ada pilihan yang lain lagi demi menjaga keselamatan adik-adik Salmah, dia terpaksa ber__________.Lagipun, Salmah masih berpeluang untuk menduduki peperiksaan SPM secara per_____________ nanti apabila adik-adiknya sudah boleh menjaga diri sendiri.
3. Pada pendapat anda apakah hubungan Pak Samad dengan Halimah? Berikan
alasan anda berkata sedemikian. (4 markah) – kemukakan 2 alasan beserta
dengan huraian.
Pada pendapat saya, Halimah merupakan _________ isteri Pak Samad yang
sudah diceraikan. Saya berpendapat sedemikian kerana Pak Samad mengeluh
kesal oleh sebab telah meninggalkan Halimah dan ketika dia terlantar sakit,
dia hanya dijaga oleh anak-anaknya tanpa ___________. Walaupun dia sangat-sangat
berharap agar isterinya ada bersama-sama namun harapannya itu _________.
1. Gunakan teknik "cut and paste" dan gunakan MS Word untuk menjawab
soalan-soalan ini.
2. Hantarkan jawapan yang lengkap kepada
gurubm@hotmail.com