Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

SEKAPUR SIREH DARI PENGETUA

SELAMAT MEMYAMBUT TAHUN BARU 2006.....

Bismillahirahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera. Selamat mengunjungi laman web SMKBS. Semoga laman web ini mendatang kan berbagai manfaat kepada kita semua sebagai pendidik bestari. Pendidik haruslah mendidik dengan penuh komitmen, ikhlas, jujur bagi melahirkan Sekolah Cemerlang, Perak Gemilang.
Tanpa sedar masa berlalu. Pengisiannya bagaimana ? Jika hari ini lebih baik dari hari semalam, kita orang berjaya. Jika sebaliknya…… siapalah kita? Pendidikan di Malaysia mengalami perubahan drastik. Bermula ICT, MPV, EST dan kini Etems memerlukan kita. Golongan pendidik mengejar masa , sentiasa peka dan bersedia mengikuti perubahan. Perubahan sukatan pelajaran juga menuntut kita sentiasa bersedia sebelum ke kelas.
Marilah kita bertanya diri. Mahirkah kita dengan konsep KBSM? Tersemaikah kajian masa depan? Bagaimana Pembelajaran Koperatif(CL), Pembelajaran Kontekstual mahupun kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis (KBKK)? Atau hari ini kita masih mengamalkan "Spoon Feeding"? Oleh itu saya mengajak saudara/saudari marilah kita buktikan bahawa kita bangga menjadi guru. Marilah kita menghayati LIMA ciri Sekolah Berkesan (EFFECTIVE SCHOOL) oleh Emond ini :
i Strong Principle Leadership
ii Mastery Of The Basic Skills
iii Clean And Oderly School Environment
iv High Teachers Expectation
v Frequent Assesment Of Student Progress
Ingatlah! Silap seorang doktor hanya hilang SATU NYAWA tetapi silap seorang guru rosak SATU GENERASI. Siapalah seorang guru jika hidup nya bukan untuk murid-murid. Tanpa guru siapalah seorang Pengetua.
Sekian.
"GENERASI HARI INI ADALAH PEWARIS HARI ESOK"

Ikhlas dari ,


(HJH. CHE SALIHA BT. CHE ABD. RAHMAN, AMP)
Pengetua SMK Batu Sepuluh, Lekir.

 
 
 
Hari Kokurikulum akan diadakan pada SABTU, 29.07.2006. Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah Pertandingan Kawad Kaki unit beruniform, gerai jualan, pameran dan sebagainya. Semua ibubapa dan penduduk sekitar dijemput hadir.
***********************
Kupon Hari Kokurikulum boleh dibeli mulai 17.07.2006 dari AJK jualan kupon, Pn.Zalifah Mat Rani. Nilai kupon RM5.00 satu set. ***********************
Pelajar SMK Batu Sepuluh boleh download bahan P&P dalam ruangan Kurikulum dari semasa ke semasa.
**************************
 
 
=====(@)=====
 
 
PENGETUA SMKBS
DARI 1989 HINGGA SEKARANG
 
 
EN.BAHTOM B. BISTAMAM
1989 - 1991
EN.SHUKOR B. MOHD SHARIF
1991 - 1996
TN.HJ MD RAZALI B.MOHD SALLEH
01.06.1997 - 15.12.1999
TN.HJ MASURI B.HJ.ABDULLAH
16.12.1999 - 31.12.2001
TN. HJ. MAT NOH B. SUPAAT
01.02.2001 - 15.06.2003
EN.AHMAD ROSIDI B. RAMLEY,AMN
16.06.2003 - 31.07.2004
PN.HJH.CHE SALIHA BT.CHE A.RAHMAN,AMP
01.08.2004 - SEKARANG
 
 
=====(@)=====
 
 
Taqwim SMKBS bulan ini 17 - 26.07.2006 Ujian Selaras 3
29.07.06 Hari Kokurikulum '06
 
     
     
Hakcipta Panitia Teknologi Maklumat Dan Komunikasi SMKBS 2006