Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

panduan-ibadah.angelfire.com
Ibadah Muslim

         
ISLAM
Pengertian Islam
Rukun-Rukun Islam
Huraian Makna Syahadah
Syarat 2 Kalimah Syahadah
Hukum-hukum dalam Islam
IMAN
Pengertian Iman
Rukun-Rukun Iman
Huraian Rukun Iman
Kewajipan Memelihara Iman dan Islam
THAHARAH
Pengertian
Jenis Thaharah
Kepentingan Thaharah
Syarat Wajib Thaharah
Jenis Penyuci
Istinjak
Adab Membuang Najis
AIR
Jenis Air
NAJIS
Pembahagian Najis
Cara Menyucikan Najis
PENGERTIAN ISLAM

Islam bererti mentauhidkan Allah, tunduk dan taat kepada Allah serta menunaikan semua ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw di dunia dan akhirat.

Islam adalah agama akhir zaman yang wajib dianuti oleh seluruh umat manusia sehingga hari kiamat.  Islam dibawa oleh rasul-rasul untuk menyelamatkan manusia agar tidak terpesong dari jalan Allah yang sebenar.  Risalah Islam disempurnakan oleh Nabi Muhammad saw sebagai rasul terakhir yang diutuskan Allah sekaligus mewajidbkan mereka yang mengamal ajaran-ajaran rasul terdahulu mengikut hanya petunjuk dan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw.

Islam sebagai "Ad-Deen" yang merangkumi keseluruhan lapangan kehidupan manusia adalah terkandung di dalam aqidah, amalan dan hukum-hukum berhubungan dengan rohani dan jasmani, individu dan masyarakat yang mencakupi seluruh kehidupan harian manusia untuk kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat.

Firman Allah swt yang bermaksud:

Pada hari ini telah aku sempurnakan bagi kamu agama kamu dan telah Aku cakupkan untuk kamu nikmatKu dan telah Aku redha bagi kamu Islam sebagai Deen kamu.
(surah al-Maidah: 3)

Nabi Muhammad saw memberi berbagai pengertian tentang Islam menurut keadaan orang yang bertanya iaitu dengan hanya menyebut beberap juzuk yang menjadi rukun tanpa menyebut keseluruhanya.  Di dalam sebuah hadis, ketika menjawab pertanyaan malaikat Jibrail as tentang apakah Islam, Rasullullah telah bersabda, maksudnya:

Islam itu bahawa kamu menyaksikan tiada tuhan yang sebenar melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Rasullullah, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji jika berkuasa.
(Riwayat Muslim)

Selain dari pengertian yang dikemukakan tadi para ulama telah mengemukakan beberapa pengertian lain berdasarkan kepada al-Quran dan as-Sunnah.  Diantaranya ialah:
1

 

 

 

Islam adalah peraturan yang lengkap bagi mengukur kehidupan manusia secara keseluruhan dunia dan akhirat,  individu, masyarakat dan negara serta semua cabang ilmu. Ia juga dikenali sebagai (satu cara hidup)

Firman Allah swt yang bermaksud:

Dan barang siapa yang mencari, selain dari Islam (sebagai cara hidup) maka ia tidak akan diterima daripadanya dan di akhirat nanti dia termasuk dikalangan orang-orang yang rugi.
(Surah Ali-Imran 85)

 

2 Islam adalah keseluruhan Ad-Deen yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw yang terkandung di dalamnya perkara-perkara yang perhubungan dengan akhidah, ibadah dan akhlak yang disertai dengan kepatuhan secara zahir dan batin dengan penuh keiklasan.

Firman Allah swt yang bermaksud:

Bahkan siapa yang menyerah dirinya kepada Allah sedangkan dia berlaku baik, maka baginya ganjaran disisi Tuhanya dan tidak ada takut bagi mereka dan mereka juga tidak berdukacita.
(Surah al-Baqarah:112)

Firman Allah swt yang bermaksud:

Padahal mereka tidak diperintah melainkan supaya mereka menyembah Allah dengan mengikhlaskan agama keranaNya (dengan menjauhi kesesatan) dan supaya mereka mendirikan solat dan memberi zakat kerana yang demikian itulah agama yang lurus.

 

3 Islam merupakan jawapan yang tepat kepada tiga pertanyaan yang dikemukakan kepada setiap manusia sama ada dulu ataupun sekarang iaitu:

Dari mana dia datang? Mengapakah dia dijadikan? Kemanakah dia dikembalikan?

Jawapan kepada jawapan pertama dijelas oleh Allah dalam surah al-Hajj, ayat 5, surah al-mukminun ayat 12-14 dan surah at-Thariq, ayat 5 - 7.  Manakal bagi jawaan yang kedua.  Manakala jawapan bagi pertanyaan kedua terkandung dalam firman Allah dalam surah ar-Dzariat, ayat 56.  Bagi pertanyaan ketiga Allah menjelaskan dalam surah al-Inyiqaaq ayat 6 dan ar-Ruum ayat 11.

Segala pengertian yang tersebut di atas hanyalah beberapa contoh sebagai susulan dari berbagai-bagai lagi takrif yang dikemukakan oleh ulama.  Kesemua takrif dapat diterima asalkan ianya merangkumi maksud ajaran yang terkandung di dalam Islam.  Adanya kepelbagaian pengertian adalah menunjukkan kepada kita betapa syumulnya Islam sehingga tidak ada perkataan yang dapat kita terjemahkan bagi memberi makna yang seerti dengan hakikat Islam.

HAJI DAN UMRAH
Hukum Ibadah Haji
Hikmat Haji
Syarat Wajib Haji
Mati Sebelum Haji
Cara Mengerjakan Haji
Rukun-Rukun
Wukuf
Tawaf
Saie
Rukun Umrah
Dam
Berihram di Miqat
Miqat Makani
Larangan Semasa Ihram
Bermalam Di Muzdalifah
Melontar Jamratul Aqabah
Bermalam Di Mina
Syarat Melontar
Haram Ketika Ihram
Sunat Haji
Haji Wanita
Muhrim Bagi Wanita
Haji Wanita Adalah Jihad
Sunah Ihram
Rajah Mahram Bagi Wanita
Hikmah & Falsafah Haji