Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

The Real Melano's

 

ORANG KITA KURANG GEMAR MEMBACA

(Need A Good Interpretive Tools)

 


Dulu masa di Lincoln, saya pernah buat satu 'dissertation' tentang interpretasi.  Iaitu satu kajian ringkas tentang pentingnya penggunaan poster sebagai bahan interpretasi untuk memberitahu orangramai tentang sesuatu yang ada di sekeliling mereka. Yang mungkin biasa mereka lihat atau dengar mengenainya. Matlamat saya menjalankan kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana keberkesanan bahan-bahan interpretatif  seperti poster boleh menarik perhatian orang ramai terutama pengunjung taman negara untuk mengetahui seterusnya mempelajari apa yang terdapat di dalam alam semulajadi. Dalam masa yang sama saya juga cuba untuk mengenalpasti bagaimana reaksi atau sikap amnya orang tempatan terhadap kepentingan membaca.


Lantas saya membuat beberapa keping poster tentang tumbuh-tumbuhan dan juga haiwan, lengkap dengan deskripsinya sekali. Saya letak di tepi jalan denai yang biasa dilalui oleh para pengunjung di Taman Negara Bukit Lambir, Miri. Saya biarkan poster tersebut berada di sana lebih kurang dalam masa 2 bulan. Secara rambang, setiap 2 minggu sekali saya akan melawat poster tersebut sambil menemuramah beberapa orang pengunjung yang datang ke taman negara itu. Dalam masa 2 bulan saya telah berjaya menemuramah seramai 200 orang responden, iaitu mungkin dalam 22% dari jumlah pengunjung dalam tempoh tersebut. Yang mana terdiri dari orang tempatan sahaja, yang masih bersekolah, remaja dan orang dewasa. 


Setelah siap membuat 'perbandingan' peratusan, sebagaimana yang kehendaki dalam helaian soal-selidik yang saya catatkan semasa menemuramah mereka, akhirnya saya mendapat  'penemuan' . Lebih kurang  beberapa peratus sahaja yang dapat mengingat, Pertama. Deskripsi tentang gambar dalam poster itu, Kedua. Gambar yang terdapat dalam poster , Ketiga. Di mana mereka pernah melihat benda yang terdapat dalam poster, dan soalan lain seterusnya. 


Sebaik sahaja selesai meneliti semua data yang saya perolehi, maka akhirnya saya mendapat 'konklusi'. Hasil dari data-data yang saya kumpul saya mendapat kesimpulan bahawa 'kebanyakkan orang tempatan kita' memang kurang gemar membaca. Jika membaca sekalipun, mereka kurang mengambil berat fakta-fakta penting yang telah mereka baca, ringkasnya malas untuk mengingati apa yang telah mereka baca. Apatah lagi untuk mencatatnya.


Menurut kajian, terdapat 3 jenis pengunjung atau pelawat yang datang ke sesuatu pameran. Yang Pertama dipanggil 'Scroller'. Yang kedua dipanggil 'Scanner', dan yang Ketiga pula dipanggil 'Studier'. Dikalangan orang tempatan kita kebanyakkannya adalah dari jenis 'Scroller'  dan 'Scanner' sahaja, dan sedikit sahaja yang jenis 'Studier'.


Untuk pengetahuan anda, 'Scroller' adalah mereka-mereka yang hanya suka melihat itu dan ini tanpa mengamati dan tanpa membaca sedikit pun keterangan-keterangan atau deskripsi yang tertulis  pada bahan tersebut. Sementara 'Scanner' pula adalah jenis mereka-mereka yang hanya melihat atau membaca 'tahuk-tajul besar' sahaja berhubung perkara tersebut tanpa meneliti secara deatai kandungan atau fakta yang tertera. Manakala 'Studier' adalah jenis mereka-mereka yang membaca secara detail kesemuanya sambil mencatat fakta-fakta atau keterangan yang tertera. 


Maka secara umumnya, saya mencadangkan mana-mana pihak samada guru,  pentadbir, penjual barangan dan sebagainya,  yang menginginkan informasi mereka mudah untuk di ambil perhatian, diketahui orangramai amnya orang tempatan kita, maka sebaiknya fikirkanlah 'cara atau sistem' yang paling baik bagaimana untuk menarik perhatian supaya mereka tahu apa yang kita cuba untuk beritahu kepa