| Komuniti Maya Yang Dibina oleh Anda untuk Anda |
|
Sejarah Beaufort Daerah Beaufort pada awalnya telah diterokai pada tahun 1898. Daerah ini pada masa itu tertakluk di bawah pentadbiran Kerajaan British North Borneo (Syarikat Borneo Utara). Panggilan nama kepada daerah ini adalah mengambil sempena nama seorang Pegawai tertinggi British North Borneo yang menjadi salah seorang Gabenor dalam jajahan dan takluk Borneo Utara pada masa itu yang bernama L.P. Beaufort. Sebelum itu daerah ini hanya dikenali sebagai Padas sahaja.- Dipetik dari:Buku Cenderamata Beaufort 100 Tahun dan Tamu Besar 21-23 November, 1998 - Pencetak Kerajaan. 1998 ms19
Kemudahan Perhubungan dan komunikasi Pada masa yang lalu penduduk di Daerah Beaufort menggunakan sungai sebagai kemudahan perhubungan, satu-satunya sungai yang terpenting pada waktu itu ialah Sungai Padas dan Sungai Klias. Segala hasil dan pengeluaran penduduk diangkut menggunakan perahu untuk dibawa ke pekan. Keistimewaan yang terdapat pada sungai-sungai tersebut ialah boleh menghubungi beberapa buah Daerah. Sungai Padas boleh menghubungi Daerah Tenom, Sipitang, Weston, Menumbok dan Labuan sementara Sungai Klias boleh menghubungi Daerah Kuala Penyu, Menumbok dan juga Labuan. Ini memudahkan penduduk pada masa itu membawa hasil dan pengeluaran barangan ke Daerah-Daerah tersebut.
Sejarah Tokoh-Tokoh Diantara Tokoh-tokoh bersejarah di Beaufort, disini terkandung maklumat tentang Pak Musa dan Pangeran Syahbanbar Hassan: Pak Musa
Pangeran Syahbandar Hassan Di Beaufort sendiri Pangeran Syahbandar adalah nama orang dan pemimpin yang menguasai Padas Damit yang menentang Kompeni Inggeris dalam peperangan yang dikenali sebagai perang Padas Damit (masih dalam pembinaan).
|
|
Homepej
direkabentuk oleh Perpustakaan
Negeri Sabah |
