Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!


Asalamualailkum dan Salam Sejahtera
Secara lazimnya di Malaysia tercinta ini terdapat beberapa Internet Service Provider (ISP) dan diantaranya ialah Jairing, Tm.Net, Maxis Net, Celcom Net, Time Net, Putra Net, Nasionet dan munkin ada lagi yang bidan tak tahu. Rata-rata ISP-ISP ini kebanyakkannya menggunakan pop users kecuali jaring yang menggunakan Relay. Memandangkan Bidan selalu tertinggal untuk membuat "email setting" pada komputer pelanggan-pelanggan maka saya dengan rela hatimenyediakan link ini bagi memudahkan pelanggan saya membuat Email Setting setelah saya terlupa. Kepada para pelanggan yang saya hormati. Saya mohon jutaan kemaafan diatas kesilapan saya untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada kalian semua.


Kebiasaan kalau komputer anda menggunakan OS Windows 95C, 98, 98SE, ME, icon ini akan terdapat di destop anda.Anda kena klik pada Microsoft Outlook Express.Dan Klik butang Yes. Sila masukkan Nama Anda Disini anda boleh meletakkan apa sahaja nama yang dirasakan. Contohnya BidaN BiN Mudim
Lebih kureng macam nie.... Labu bin Kundur (Bebas) Disini pastikan anda meletakkan user id dan diikuti dengan isp masing-masing. Contohnya Jaring... labu@pd.jaring.my (jaring isp) atau labu@tm.net.my (tm.net) pastikan ianya betul.
Disini anda letakkanlah email pop ataupun relay anda. kalau Internet Service Provider (ISP) jaring lebih kureng macam nie... mbox.jaring.my (letakkan didua-dua ruangan dengan text yang sama.Jika TM.Net ruangan POP letakkan pop.tm.net.my dan ruangan SMTP letakan smtp.tm.net.my. Jika ragu-ragu sila cari balik borang pendaftaran anda dahulu.Bagi memastikannya ianya tepat sila lawat laman ISP anda. Jaring - http://www.online.jaring.my atau TMNet - http://www.tm.net.my Sekiranya anda ingin mengekalkan pasword anda sila lah taip password anda di ruangan yang kosong dibawah user id sekiranya anda memilih kekal klik pada kotak row ke tiga.

Maka setakat ini sahajalah yang dapat saya paparkan.Semoga ianya dapat membantu tuan/puan, adik/abang, makcik/pokcik, cikgu/cikgi dan Datok/Datin dan lain-lain lagi. Saya sudahi dengan ucapan jutaan terima kasih kerana sudi memberi peluang perniagaan kepada saya walaupun secara kecil-kecilan. Sebenarnya link ini saya adakan kerana pelangan lama saya iaitu kak Karliza dari Selayang telah keciciran bagi saya membuat "email setting". Pada kakak ni saya susun 10 jari mohon jutaan kemaafan kerana kesalahan saya ini.Hasil dari kesilapan ini lah minda ini berusaha menyediakan link ini. Semoga link ini dapat dijadikan panduan pada pelanggan saya dimasa-masa hadapan.Yang baik semuanya dari Allahsubahanawataala dan yang tidak baik semuanya dari diri saya sendiri. Terima Kasih.



[Home]