Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
 
ASAS HTML
Pelajaran 1

Langkah permulaan, buka Notepad dan mulakan satu fail baru dengan menulis ini:-

 <HTML>
</HTML>

 Setiap sesuatu pernyataan di atas dinamakan "tag". Yang pertama dinamakan tag pembuka < > dan yang kedua sebagai tag penutup </ >. Yang berbeza ialah tag penutup mempunyai tanda  / . Kebanyakan tag pembuka, tetapi tidak semua,  mempunyai tag penutup.

 Tag-tag ini memberi arahan kepada browser. Seperti contoh tadi, anda memberitahu kepada browser bahawa `di sini mulanya dokumen HTML' (<HTML>) dan 'di sini berakhirnya dokumen HTML ' (</HTML>). Sekarang segala bahan yang lain ditulis di antara kedua-dua tag pembuka dan tag penutup tersebut.


Setiap dokumen HTML pasangan tag kepala iaitu HEAD.

 <HTML>
<HEAD>
</HEAD>
</HTML>


Perkara yang perlu kita ingat di kepalanya pula ialah wujudnya tag tajuk iaitu TITLE.

 <HTML>
<HEAD>
<TITLE></TITLE>
</HEAD>
</HTML>


Dan isi kandungan laman web tersebut akan duduk di dalam tag BODY.

 <HTML>
<HEAD>
<TITLE></TITLE>
</HEAD>
<BODY>
</BODY>
</HTML>


Kita mulakan dengan memberikan dokumen tadi dengan satu tajuk.

<HTML>
<HEAD>
<TITLE>Laman Pertama Saya!</TITLE>
</HEAD>
<BODY>
</BODY>
</HTML>

Sekarang, simpanlah ia, tetapi bukan sebagai dokumen teks, sebaliknya sebagai sebuah dokumen html. Simpan ia sebagai ms1.html di dalam sebuah folder baru. Jika anda kurang faham bagaimana hendak melakukannya, cuba ikut langkah-langkah ini (Win95/Win98)...

Di dalam tetingkap Notepad anda, klik File, kemudian diikuti dengan  Save as.
Anda akan ternampak sebuah kotak dialog. Buat satu folder baru dengan mengklik ->
Namakannya dengan apa-apa nama. Kemudian dwi-klik di atas folder itu untuk membukanya. Apabila ia bertanyakan File name: taipkan ms1.html Dan apabila ia bertanya Save as type: pastikan anda memilih All Files(*.*) dan bukannya txt file.
Tekan enter dan siap satu fail!

 Tahniah! Anda telah berjaya membuat satu fail laman web! Seandainya anda menentukan Netscape sebagai browser asasi, fail anda akan kelihatan seperti ini...

Anda boleh mendwi-kliknya, untuk melihat  hasil tugasan anda.

Malangnya, seperti yang anda lihat, laman itu kosong (namun jangan bimbang, ia tetap sebuah dokumen HTML yang sah!). Selepas ini, tugas kita bertambah besar iaitu memasukkan beberapa bahan lain ke dalam laman  tersebut.

Sebelum saya teruskan saya ingin mengingatkan dua perkara. SATU, apa yang anda lakukan tadi ialah rangka sebuah dokumen HTML. Ia ialah keperluan minima untuk sebuah dokumen web dan kesemua dokumen web yang lain mesti mengandungi perkara-perkara asas ini. Dan KEDUA, tajuk dokumen ialah apa yang akan tertera di atas sekali di sebelah kiri tetingkap  browser .


LATIHAN ULANGKAJI

1.     Lancarkan Notepad dan bina sebuah fail HTML berikut .

<HTML>
<HEAD>
<TITLE>
Ulangkaji pelajaran 1
</TITLE>
</HEAD>
<BODY>
</BODY>
</HTML>

 

2.     Simpan di dalam sebuah fail yang dinamakan fail1.html dan kemudian lancarkan di browser anda.


 


 

Pel 1 Pel 2 Pel 3 Pel 4 Pel 5 Pel 6 Indeks
TUTORIAL ASAS HTML

[Tutorial Jadual] [Tutorial Borang] [Tutorial Bingkai] [Tutorial Pemetaan Imej]
[Java & Javaskrip] [Muzik Latarbelakang] [Sumber Lain]

ZULKIPLY HARUN'S ONLINE PORTFOLIO

1