Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Poligami: Dimana Isteriku?

Harian Metro | Berita Harian | Utusan Malaysia
subglobal1 link | subglobal1 link | subglobal1 link | subglobal1 link | subglobal1 link | subglobal1 link | subglobal1 link
subglobal2 link | subglobal2 link | subglobal2 link | subglobal2 link | subglobal2 link | subglobal2 link | subglobal2 link
subglobal3 link | subglobal3 link | subglobal3 link | subglobal3 link | subglobal3 link | subglobal3 link | subglobal3 link
subglobal4 link | subglobal4 link | subglobal4 link | subglobal4 link | subglobal4 link | subglobal4 link | subglobal4 link
subglobal5 link | subglobal5 link | subglobal5 link | subglobal5 link | subglobal5 link | subglobal5 link | subglobal5 link
subglobal6 link | subglobal6 link | subglobal6 link | subglobal6 link | subglobal6 link | subglobal6 link | subglobal6 link
subglobal7 link | subglobal7 link | subglobal7 link | subglobal7 link | subglobal7 link | subglobal7 link | subglobal7 link
subglobal8 link | subglobal8 link | subglobal8 link | subglobal8 link | subglobal8 link | subglobal8 link | subglobal8 link

Poligami: Dimana Isteriku?

Suatu masa, tanpa diduga suami Anda menyatakan bahawa dia akan menikahi perempuan lain. Atau juga suami Anda telah menikah secara diam-diam dengan perempuan lain. Maksudnya, ada isteri lain selain Anda dalam kehidupan suami Anda. Ramai perempuan tidak bersedia menghadapi hal ini. "Siapa yang mahu dimadu seh?", demikian ungkapan yang seringkali terdengar bila berhadapan poligami ini. Beberapa isteri memang kemudian lebih memilih bercerai daripada hidup dimadu. Tetapi bagaimana dengan isteri yang ‘tidak mampu’ bercerai (misalnya kerana bergantung ekonomi pada suaminya). Bagaimana cara yang paling tepat bila Anda mengalami situasi seperti itu?

Walaupun poligami harus hukumnya tetapi kalau ditinjau pendapat dan pandangan semua pihak tentulah ada yg menyokong dan menentang. Yg menyokong ada alasan-alasannya dan begitu juga yg menentang. Kadang-kadang alasan-alasan yg diberikan sama ada yg menyokong atau yg menentang boleh diterima dan munasabah. Kadang-kadang alasan-alasan tersebut boleh ditolak kerana tidak munasabah.

Reaksi Isteri

Ada isteri yg apabila suaminya menyatakan hasrat ingin berkahwin seorang lagi, ia terus saja memberikan persetujuannya. Bahkan ia bersedia pula menolong suaminya mencari calon isteri yg sesuai utk suaminya. Tetapi isteri yg berpendirian seperti ini amat jarang dijumpai.

Ada juga isteri yg keberatan membenarkan suaminya berpoligami. Tetapi akhirnya bersetuju juga setelah dipujuk dan dirayu oleh suaminya.

Ada juga isteri apabila suaminya menyatakan hajat utk berpligami terus sahaja melenting dan menyinga. Ia bertindak seperti orang gila yg hilang akal. Tanpa usul periksa dan tanpa bertanya sebab dan alasan kenapa suaminya ingin berkahwin lagi, ia terus mengamuk dan memuntahkan kata-kata kesat dan kasar terhadap suaminya. Isteri seperti ini adalah isteri yg derhaka. Ia tidak menghormati suaminya sebagai ketua keluarga. | Atas |

Pandangan Wanita

Wanita yg dimaksudkan ialah wanita yg suaminya tidak mengamalkan poligami atau belum berpoligami dan juga wanita yg belum bersuami atau kematian suami atau janda yg diceraikan suaminya.

Wanita solehah serta beriman dengan iman yg hakiki pastinya akan bersetuju walaupun persetujuannya dgn syarat lelaki yg ingin berpoligami hendaklah memenuhi kehendak dan tuntutan berpoligami seperti yg dituntut oleh hukum syarak.

Tetapi persoalannya berapa ramai wanita yg seperti ini. Semua ini bergantung kepada tahap iman di dalam diri seseorang wanita.

Wanita yg bersuami dari kalangan kedua pula secara terang-terang menentang poligami. Mereka akan memberikan berbagai alasan dan sebab di sebalik penentangan tersebut. Ada kumpulan wanita yg menentang secara mutlak tanpa hujah dan alasan. Kita bimbang penentangan seperti ini boleh menyebabkan rosaknya akidah dan terkeluar dari Islam kerana menentang ketetapan Allah. Diantara alasan yg diberikan oleh mereka:

  • Lelaki kuat nafsu. Perkahwinan mereka lebih didorong oleh nafsu dan bukannya utk keadilan.
  • Lelaki yg berpoligami akan menzalimi isteri tua kerana asyik dgn isteri muda.
  • Anak-anak daripada isteri tua akan terabai.
  • Pendapatan suami tidak mampu menyara lebih drpd seorang isteri.
  • Lelaki bermata keranjang. Pantang tengok anak dara cantik atau pantang lihat janda lawa. | Atas |

Pandangan Lelaki

Bagi lelaki yg bersetuju dgn poligami ini dibahagikan kpd dua kumpulan:

  1. Yakin bahawa disebalik Allah mensyariatkan poligami terdapat hikmah yg tertentu seperti membela kaum wanita yg kurang bernasib baik, mengelak diri darpd melakukan maksiat dan meramaikan umat Nabi Muhammad.
  2. Lelaki bebas berpoligami kerana itu adalah haknya yg diberikan oleh Allah. Orang perempuan tidak ada hak utk menyekat dan menghalangnya dan keizinan drpd isteri pertama tidak perlu diperolehi.

Manakala golongan lelaki yg tidak bersetuju dgn poligami ini sedikit sahaja. Lelaki seperti ini mungkin DAYUS dan takutkan isteri. Mungkin juga ia pernah melihat kehidupan orang lain berpoligami yg tidak bahagia dan harmoni lalu ia membuat keputusan membenci poligami.

| Atas |

Pandangan Masyarakat

Sesetengah ahli masyarakat ada yg memandang serong terhadap lelaki yg berpoligami. Si fulan lebih berat sebelah terhadap isteri muda. Isteri dibiarkan hidup melarat. Isteri muda "Queen Control." Isteri tua terbiar menderita. Si fulan tidak adil. Si fulan lebih kerap berada di rumah isteri muda. Si fulan lupa daratan. Itulah sebahagian drpd agenda menarik yg sering mereka bincangkan setiap kali ada kesempatan berbuat demikian.

Kadang-kadang apa yg mereka cakapkan mengenai lelaki yg berpoligami ternyata menyimpang jauh dari kebenaran dgn menokok tambah apa yg sebenarnya tidak berlaku terhadap pasangan yg berpoligami itu. Yg sejengkal dipanjangkan menjadi sedepa. Yang ringan diberatkan. Yg remeh diperbesarkan dan yg tiada diada-adakan.

| Atas |

Antara Sebab Berkahwin Di Siam

Menurut Pendaftar Nikah Luar Negara Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat, Thailand, Ishak Mohd, banyak sebab mengapa ramai pasangan Malaysia bernikah di Narathiwat. Antaranya:

  1. Ingin berpoligami. Tidak dinafikan, ramai lelaki yg ingin berpoligami memilih bernikah di Narathiwat kerana mereka tidak perlu menyertakan keizinan drpd isteri pertama.
  2. Tentangan keluarga. Ramai juga drpd kalangan pasangan yg bernikah di Narathiwat kerana mendapat halangan drpd keluarga masing-masing. Ada disebabkan kedudukan, fahaman politik kedua-dua keluarga ataupun kerana perbezaan umur.
  3. Kelulusan lambat dan kos guaman tinggi. Jika pasangan ingin berkahwin di Malaysia (terutama yg ingin berpoligami), mereka terpaksa menunggu agak lama sehingga kelulusan diberikan pejabat agama. Antara kelulusan yg diperlukan supaya pernikahan dapat disegerakan termasuklah keizinan drpd isteri tua. Pasangan terpaksa melalui proses perbicaraan guaman yg remeh dan kos guaman yg tinggi. Rata-rata ada antara pasangan yg terpaksa menunggu lebih setahun utk mendapatkan kelulusan Mahkamah Rendah Syariah. Sekiranya isteri tua membuat rayuan, kes tersebut akan dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah yg mungkin mengambil masa lebih 2 tahun! Mereka juga terpaksa membelanjakan kos guaman yg tinggi, sekurang-kurangnya RM5500 sehingga RM10,000 utk setiap kes. (Rujukan: Noorafizah Abdul Aziz & Associates, Tel: 03-4251 0711)
  4. Berkahwin dgn wanita tempatan. Ramai juga lelaki Malaysia berkahwin dgn wanita tempatan (warga Thailand).
  5. Terlanjur dan hamil. Bagi mengelakkan keluarga mendapat tahu si wanita sudah hamil disebabkan terlanjur dgn teman lelaki, mereka mengambil keputusan berkahwin di Narathiwat. Jika si wanita bersalin dlm tempoh 4 bulan usia pernikahan, barulah anak itu dianggap anak luar nikah.
  6. Belanja kahwin mahal. Tidak dinafikan, belanja perkahwinan yg semakin meningkat menyebabkan pasangan memilih utk bernikah di sempadan. Kata Ishak, mereka tidak menetapkan kadar bayaran mas kahwin, terpulang kepada kemampuan si lelaki. Yg wajib hanya RM300 sebagai yuran proses pernikahan.
  7. Sembunyi demi kerjaya. Dikhabarkan juga, ada berkahwin di Narathiwat kerana si lelaki anggota polis atau tentera. Mengikut peraturan, anggota polis atau tentera, tidak dibenarkan berpoligami.

"Tanggungjawab kami menikahkan mereka agar penzinaan mereka tidak berterusan, juga utk melindungi hak bayi yg dikandung." Ishak menjelaskan, sekiranya wanita itu bersalin selepas enam bulan dari tarikh pernikahannya, maka bayi itu bukan dianggap anak luar nikah dan berhak menerima haknya (wasiat dan dibin atau dibintikan kpd bayi itu).

| Atas |

Huraian Sayidina Ali

Diriwayatkan bahawa pd suatu masa sekumpulan wanita muslimat datang menemui Khalifah Ali bin Abi Talib (yg terkenal bijaksana) utk mengemukakan pertanyaan: Mengapa Islam membenarkan lelaki mempunyai lebih drpd seorang isteri, tetapi tidak mengizinkan wanita mempunyai lebih drpd seorang suami? Bukankah ini suatu diskriminasi atau perlakuan tidak adil terhadap wanita?

Mulanya Khalifah Ali tercengang juga mendengar cabaran para wanita muslimat itu. Tetapi kemudian beliau meminta para wanita itu mengambil mangkuk-mangkuk kecil berisi air. Setiap air itu hendaklah berlainan bau dan warnanya. Beliau meminta wanita-wanita itu memasukkan air yg ada di dalam mangkuk-mangkuk kecil itu ke dalam bejana besar.

Sesudah permintaannya dilakukan, beliau meminta pula mereka menuangkan semula air di dalam bejana besar itu ke dalam mangkuk kecil masing-masing, dgn syarat air yg dituang nanti sama warna dan baunya seperti yg asal di dalam mangkuk kecil masing-masing.

Tetapi para wanita itu tidak dapat melakukannya, kerana air masing-masing telah bercampur di dalam bejana besar itu dan tidak dapat dipisahkan lagi warna atau bau asalnya.

Khalifah Ali pun berkata: Apakah seorang wanita mempunyai beberapa orang suami, ia akan mengadakan hubungan seks dgn setiap orang suaminya itu, dan ia akan hamil. Bagaimana nanti wanita itu dapat menentukan anak pada suami manakah yg dikandungnya itu?

| Atas |

Pendapat Muhammad Abduh Muhammad Abduh, diantara ulama Islam yg sangat banyak terlibat dlm polemik mengenai poligami hingga ia menarik perhatian seluruh dunia Islam pd masanya. "Sesiapa yg memerhatikan ayat-ayat itu, akan tahulah bahawa poligami dibolehkan dlm Islam dlm bidang yg amat sempit. Syarat yg dikaitkan dgn pengharusannya juga berat, iaitu keadilan dan keamanan keluarga."

Isteri-isteri Rasulullah Kebanyakan kritik dan tuduhan yg dilemparkan oleh musuh Islam terhadap Nabi ialah tentang isterinya yg ramai. Rasulullah mempunyai 11 isteri, 2 telah wafat dan 9 masih kekal bersama baginda: Khadijah Khuwailid, Saudah Zam'ah, Aisyah Aba Bakar, Hafsah Umur Al-Khattab, Zainab Khuzaimah, Ummu Salamah, Zainab Jahasy, Juwairiyah Harith, Ummu Habibah, Safiah Huyai, dan Maimunah Haris.

Perlis Permudahkan Poligami Perlis benar poligami tanpa izin isteri pertama (Berita Harian, January 01, 2003). The Menteri Besar said that they will look into the financial position of the husband before he takes on his second and presumably third and fourth wife. Will they also have a test to check the husband's capacity to love and nurture all of his children? The latter may be intangibles but critical preconditions to build and maintain a happy family. Permohonan 'gerenti' diluluskan dalamasa 3 hari waktu bekerja. Kos perbicaraan hanya RM500. More ...

Jabatan Agama Johor dan Selangor yg Primitif "Tiada seseorang lelaki boleh berkahwin dengan seorang lain dalam masa ia masih beristerikan isterinya yang sedia ada kecuali dengan terlebih dahulu mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada Hakim Syariah, akan tetapi dan tertakluk kepada Seksyen 123, jika ia berkahwin sedemikian tanpa kebenaran tersebut maka perkahwinan itu boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini dengan perintah Mahkamah." Tempoh permohonan diluluskan atau tidak diluluskan sekurang-kurangnya setahun dari tarikh permohonan. Jika ada rayuan, mungkin mencecah 3 tahun! Kos perbicaraan guaman boleh mencapai sehingga RM10,000. More...

Nikah di Siam Mengikut Seksyen 123 dan 133 Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 Wilayah Persekutuan, pasangan yg bernikah di Thailand tanpa kebenaran boleh didenda RM1000 saja atau tiga bulan penjara jika gagal menjelaskan denda.. Akad nikah di Narathiwat boleh diuruskan dalamasa satu hari sahaja. Kos urusan cuma RM300. More ...

Siapa Sharizat Keputusan kerajaan Perlis melonggarkan syarat berpoligami dinegeri itu telah mendapat berbagai reaksi. Menteri Pembangunan Wanita dan keluarga Datu Seri Shahrizat berpendapat "langkah Perlis itu hina wanita". Dan Mufti diseluruh negara berpendapat Datu Seri Sharizat "menghina hukum Allah". More ...

About Us | Atas | Privacy Policy | Contact Us | ©2004 ygkeliru@yahoo.com