Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
KONTRAK

Kontrak Harga Tetap

Berasaskan lukisan/penentuan kerja, senarai kadar harga, senarai kuantiti, senarai kuantiti anggaran.
Kaedah mudah dan tradisional.
3 kaedah - tanpa kuantiti, dengan kuantiticontoh BATC, dengan kuantiti dianggar contoh Balai Pengawal
Kebaikan:
Dengan adanya Senarai kuantiti risiko anggaran harga adalah rendah bagi kontraktor.
Memberikan asas persaingan tender yang adil dan saksama bagi semua kontraktor.
Kuantiti boleh memudahkan pengawasan dan pengawalan kos serta performance kerja.

Cost Reimbursement Contract (Cost Plus)

Berasaskan kepada persetujuan cara-cara pembayaran kontrak. Boleh dilakukan dalam dua bentuk:
a) Kos Prima + peratus keuntungan dan pengurusan.
b) Kos Prima + upah yang telah ditetapkan (fixed fee).
( Kaedah ini tidak berinsentif kerana pihak kontraktor telah terjamin keuntungan dan "overheads" yang dikira berasingan samada secara peratusan dari harga kerja sebenar ataupun dengan kadar jumlah yang telah ditetapkan. contoh: UTM Sekudai

Target Cost Control

Kaedah ini adalah susulan dan dibentuk berasaskan "cost reimbursement contracts" dengan memasukkan aspek insentif. Kos sasaran yang ditetapkan adalah satu anggaran yang perlu tepat. Perbezaan di antara kos sasaran dan kos sebenar (actual cost), sekiranya terlebih (cost overun) adalah tanggungan kontraktor. Manakala sekiranya kos sebenar tersebut lebih rendah dari kos sasaran, perbezaan tersebut akan dikongsi oleh kedua-dua pihak.

Design and Built

Satu sistem di mana kontraktor menawarkan untuk merekabentuk dan membina sesuatu projek dengan harga kontrak yang meliputi kedua-dua tugas tersebut. Kaedah ini boleh dilakukan di dalam bentuk hargatetap (fixed price) atau "cost reimbursement" dan boleh secara rundingan contoh asrama kg relawan atau persaingan. Di dalam keadaan tertentu ada juga kontraktor sanggup menawarkan pembiayaan projek yang mana di dalam bentuk ini biasanya dipanggil "turnkey".
Kebaikan:
Harga kontrak boleh diketahui dan ditetapkan di peringkat awal.
Semua risiko ditanggung oleh kontraktor.
Tempoh masa penyiapan projek boleh dipendekkan dengan keupayaan kontraktor menindihkan perlaksanaan rekabentuk dan pembinaan. Ini adalah disebabkan semua pihak terhimpun di ddalam satu pasukan kerja kontraktor.

Kontrak Bersambung

Kontrak ini boleh dilakukan di dalam bentuk:
a) Kontrak bersiri
b) Kontrak sambungan
c) Kontrak berkala

Kontrak ini adalah satu alternatif kepada projek-projek yang mempunyai ciri-ciri "continuity" seperti pembinaan sekolah-sekolah dan kerja-kerja penyelenggaraan. Contoh: Kontrak-kontrak Berkala UTMKL
Kontrak ini boleh menjimatkan masa untuk menender dan sumber-sumber (yang sedia ada) oleh pihak kontraktor. Pengalaman dan pengetahuan ke atas kerja-kerja yang serupa membolehkan kontraktor menjadi lebih mahir dan cekap. Ini akan memastikan klien mendapat kualiti kerja dan kos yang baik secara konsisten.

Go Trough:

Pentadbiran Kontrak

Jenis Perolehan Tempatan

home