| ![]() [
Index
] | ||||||
Ucapan di hadapan berpuluh-puluh ribu rakyat yang berkumpul di perhimpunan Gerak di Markas PAS. Setelah bekas Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim dihukum penjara enam tahun, berpuluh-puluh ribu rakyat berhimpun di Ibu Pejabat PAS. Sebagai ahli Gerak, DAP diwakili di perhimpunan itu.   | |||||||
| Ucapan Dr Tan Seng Giaw, Naib Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong semasa menghadiri Perhimpunan Gerak di Markas Pas, Taman Melewar, Gombak, Selangor, pada 14 April 1999. Pengerusi Ferak ialah Y.B. Ustaz Fadzil Nor. Rakyat Malaysia mestilah memilih ukuran, standard dan kriteria yang sesuai dalam semua aspek keadilan termasuk kehakiman. Saudara-saudari yang budiman dan beriman, Saya berasa gembira dapat menyertai perhimpunan yang bersejarah ini. Perhimpunan (raksasa) ini menunjukkan reaksi rakyat setelah Dato' Seri Dr Anwar Ibrahim dihukum penjara enam tahun. Di dalam penjara beliau mungkin akan menjadi seorang doktor (falsafah). Di masyarakat majmuk ini, kita memperjuangkan untuk dasar-dasar yang adil bagi semua kaum, semua etnik, semua agama dan semua kebudayaan serta dalam segala aspek kehidupan. Ketidakadilan telah berlaku di beberapa bdang termasuk kehakiman. Misalnya Sdr Lim Guan Eng telah dijatuhkan |
hukuman penjara tahun lepas. Hari ini, Dato' Seri Anwar tertimpa nasib yang serupa. Adakah tuan-tuan dan puan-puan setuju dengan ukuran-ukuran, standard-standard dan kriteria-kriteria yang digunakan untuk kehakiman dan lain-lain bidang? Adakah saudara-saudari berasa senang dengan ketidaksempurnaan sistem-sistem sekarang. Kita bukan insan yang kamil. Kita berikhtiar, berikhtiar untuk menjadikan sistem-sistem ini lebih sempurna. Di pilihanraya umum akan datang, tuan-tuan dan puan-puan akan mendapat peluang untuk menyempurnakan sistem-sistem ini. DAP akan bekerjasama dengan parti-parti politik dan pertubuhan-pertubuhan lain ke atas perkara-perkara dan isu-isu yang mempunyai nilai-nilai sejagat seperti pembasmian kemiskinan, penghapusan rasuah, keadilan, demikrasi dan pentadbiran yang baik. Marilah kita bersama-sama untuk mewujudkan keadilan. Marilah kita bersama-sama untuk menjadikan sistem-sistem lebih sempurna.
Dr Tan Seng Giaw | ||||||
![]() |     | |||||||
| [ Home | Political | Medical | Personal ] | Article #61 | |||||||
| [ Recent | Archives | Forum | Feedback ] | [
Index
]
|   |   |   |   |  
| | ||