| ![]() [
Index
] | ||||||
Do something about the problems in Kuala Lumpur such as flash floods. When the Deputy Prime Minister visits Jinjang North, Kuala Lumpur, we write him a second open letter listing various woes faced by the city folks. We hope he will try his best to solve them.   | |||||||
| The Second Open Letter to the Deputy Prime Minister Dr Tan Seng Giaw 31 march 1999 Y.A.B. Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi Y.A.B. Attendance at the dinner in Jinjang North on 1 April 1999 The people welcome you to the Jinjang North playing field. If you attend the dinner, you will see that the grass field has become a premix field. Since you were a Deputy Minister looking after the Federal Territory, you understand the problems of the city folks. Here, we would like to put forward some suggestions on which you can take action. First, the project with the allocation of RM400,000 to improve the Jinjang North playing field should be implemented immediately after your visit. Two other projects in the surrounding areas including the flash flood areas should be completed. All land titles in KL including Jinjang should be resolved. Jinjang North should have road sign. Secondly, the flash floods in various areas in Kuala Lumpur are serious. This year the allocation for drainage and rivers is over RM47 million including RM2 million for Keroh River, Kepong. This should be used fully. Further, The upstream of rivers meandering through Kuala Lumpur such as Klang River and Batu River is in Selangor. Development in the upstream and the inefficient flood mitigation also result in flash floods in KL. Thus, we hope that you would discuss with the Selangor State Government on the ways to overcome these flash floods. Thirdly, cleanliness and health have to be improved. Although this year the allocation for cleanliness, maintenance of dumpsites and so forth is RM141.98 million, problems such as dengue, narcotics, illegal slaughter houses and the lack of modern incinerators are still worrying. Why will the dumpsite at Beringin Garden in Jinjang North be closed forever? As the Chairman for the Cabinet Committee on Viral Encephalitis, you naturally wish to see all areas including KL are able to face the viral epidemic effectively. In my memorandum to the Prime Minister on 14 march 1999, I had mentioned various matters including traffic, public housing, public amenities, recreational parks, public parks, business complexes, markets, hawkers' centres and the training of 12,000 staff members of the City Hall. This year, the City Hall has estimated the sum of RM41 million for building of projects in stages such as Kepong Metropolitan Park, Batu Metropolitan Park, Pudu Ulu Public Park and Kiara Valley Park. Let us hope that you would make sure that all projects costing the total of RM534.4 million will be successfully completed. Yours truly
Dr Tan Seng Giaw 31 mac 1999 Y.A.B. Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi |
Y.A.B. Kehadiran di majlis jamuan makan malam di Jinjang Utara Dengan hormatnya para penduduk mengalu-alukan ketibaan Y.A.B. di padang besar, Jinjang Utara. Jika Y.A.B. dapat menghadiri majlis tersebut, Y.A.B. boleh menyaksikan dengan sendiri, padang rumput itu sudah menjadi padang tar. Memandangkan Y.A.B. pernah menjadi seorang Timbalan Menteri yang menjaga hal ehwal Wilayah Persekutuan, Y.A.B. memahami apakah permasalahan wargakota. Di sini, kita hendaklah membuat beberapa cadangan supaya Y.A.B. dapat mengambil tindakan. Pertama, projek memperelokkan padang besar Jinjang Utara yang diperuntukkan RM400,000 mestilah dilaksanakan sejurus selepas lawatan Y.A.B. Dua lagi projek di sekitarnya haruslah diselesaikan termasuk kawasan banjir kilat. Geran tanah di beberapa kawasan di KL termasuk Jinjang hendaklah dibereskan. Papantanda jalan haruslah diadakan di seluruh Jinjang utara. Kedua, banjir kilat adalah serius di beberapa kawasan di KL. Tahun ini lebih RM47 juta telah diperuntukkan untuk saliran dan sungai termasuk RM2 juta bagi Sungai Keroh di Kepong. Peruntukan ini mestilah digunakan dengan baik. Sementara itu, sungai-sungai di KL berpunca dari Selangor seperti Sungai Klang dan Sungai Batu. Pembangunan di hilir sungai ini dan langkah tebatan banjir kurang berkesan juga mengakibatkan banjir kilat di KL. Oleh itu, kita berharap Y.A.B. boleh membincangkan dengan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah banjir kilat. Ketiga, pembersihan dan kesihatan patutlah dipertingkatkan. Walaupun tahun ini RM141.98 juta telah diuntukkan bagi kerja-kerja pembersihan, penyelenggaraan tapak pelupusan dan sebagainya, keadaan penyakit denggi, dadah, rumah sembelih haram dan ketiadaan pembakar sampah moden masih membimbangkan. Bilakah tapak pelupusan sampah di Taman Beringin, Jinjang Utara, dapat ditutup untuk selama-lamanya? Selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet untuk Enkephalitis Virus, Y.A.B. memang berhasrat untuk melihat semua wilayah termasuk KL dapat menghadapi wabak virus dengan efektif. Di dalam sebuah memorandum kepada Y.A.B. Perdana Menteri pada 14 Mac 1999, saya pernah membangkitkan pelbagai perkara termasuk lalulintas, perumahan awam, kemudahan awam, taman rekreasi, taman awam, kompleks perniagaan, pasar dan pusat penjaja serta latihan 12,000 kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Tahun ini, DBKL telah menganggarkan sebanyak RM41 juta untuk projek-projek pembinaan berperingkat-peringkat Taman Metropolitan Kepong, Taman Metropolitan Batu, Taman Awam Pudu Ulu dan Taman Lembah Kiara. Mudah-mudahan Y.A.B. dapat menentukan semua projek yang akan menelan belanja RM534.4 juta di Wilayah Persekutuan dapat dijayakan. Sekian, terima kasih. Yang ikhlas
Dr Tan Seng Giaw | ||||||
![]() |     | |||||||
| [ Home | Political | Medical | Personal ] | Article #56 | |||||||
| [ Recent | Archives | Forum | Feedback ] | [
Index
]
|   |   |   |   |  
| | ||