Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

 

















[ Index ]
 


 

Tarik Balik Sekatan Ekonomi Terhadap Iraq

 
Hari ini, Amerika dan Britain mengumumkan berhentinya serangan terhadap Iraq. Ini adalah berita yang boleh dianggap baik juga. Pengorbanan nyawa dan harta rakyat Iraq boleh dielakkan.

Sejak Perang Teluk tahun 1991 dan sekatan ekonomi, orang-orang Iraq telah mengalami kesusahan. Kanak-kanak mati kerana kekurangan ubat.

Salah satu akibat peperangan tersebut ialah penubuhan Pasukan Pemeriksaan Senjata untuk mengesan dan menghapuskan senjata-senjata biologi, kimia dan nuklear Iraq.

Kita tidak setuju dengan Iraq mempunyai dan menggunakan senjata-senjata tersebut. Kita
percaya bahawa pertikaian berulang-ulang di antara pasukan tersebut dengan Kerajaan Iraq hendaklah dibereskan secara aman.

Setelah Amerika dan Britain tidak lagi menyerang Iraq, PBB seharusnya menggubalkan strategi untuk menyelesaikan kerja Pasukan Pemeriksaan Senjata, menarik balik sekatan ekonomi dan memberi pelbagai bantuan kepada rakyat Iraq.

Amerika dan Britain sentiasa menekankan hak-hak asasi manusia dan kemanusiaan. Mudah-mudahan mereka dapat menunjukkan tindakan mereka termasuk memberi sumbangan kepada rakyat Iraq untuk memulihkan masyarakatnya.



Dr Tan Seng Giaw

20 Disember 1998: Amerika dan Britain mengatakan bahawa pengeboman terhadap Iraq telah diberhentikan.
 

 
[ Home | Political | Medical | Personal ] Article #41
[ Recent | Archives | Forum | Feedback ] [ Index ]