Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

 

















[ Index ]
 


 

Saya menyeru supaya Kerajaan Malaysia menghadkan perbelanjaan setiap calon di dalam pilihanraya sepertimana yang termaktub di dalam undang-undang.

Ringkasan ucapan Dr Tan Seng Giaw, Naib Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong ketika mengambil bahagian di dalam perbahasan rang undang-undang perbekalan tambahan di Parliman pada 1 April, 2002.
 
Tuan Yang di-Pertua,

Setelah mengadakan ISO 9002 di Parlimen Malaysia baru-baru ini, saya berharap beberapa aspek dapat diperbaiki lagi. Sekarang, ada yang telah dipertingkatkan seperti bilik pemberita dan jam di pintu masuk ke pekarangan Parliman. (Mudah-mudahan masa yang ditunjukkan oleh jam itu adalah sentiasa tepat.) Tetapi, kemudahan-kemudahan rekreasi semacam gelanggang tennis yang uzur perlu dipertingkatkan.

ICT seumpama laman web Parlimen mestilah disempurnakan. Ini berkehendakkan pakar di dalam bidang ini. Para pakar ini mungkin tidak berminat bekerja di ICT Parlimen. Saya mencadangkan supaya jawatan atau establishment diadakan untuk ICT terutamanya laman web agar ia dapat memuatkan berita-berita yang terkini.

Peluang kenaikan pangkat dan elaun patutlah dikaji semula untuk para kakitangan Parlimen, sama ada perundangan, pemberita, pusat sumber (perpustakaan), percetakan atau jabatan-jabatan yang lain. Saya telah bersama dengan mereka selama dua dekad. Saya hendaklah melilaht layanan ke atasnya dapat dipertingkatkan.

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG

Pada 31 Mac, 2002, Barisan Nasional (Gerakan) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Ketari, Bentong, dengan majoriti 2,204 undi. Kita terima keputusan para pengundi Ketari.

Seperti biasa, kita membangkitkan kelemahan-kelemahan yang wujud di dalam pilihanraya terutamanya pilihanraya kecil. BN menggunakan media, jentera kerajaan dan wang dengan sewenang-wenangnya.

Y.B. Sri Gading membidas saya terhadap komennya. Baginya, BN adalah bersih.

Saya menjawab:

Sekenyang-kenyang Sang Banting,

Rumput tua, dimamah juga;

Setinggi-tinggi melenting,

Jatuhnya ke tanah jua.

Di dalam demokrasi berparlimen, kita memerlukan media yang tidak memihakkan sesiapanya. Tetapi, di Malaysia media yang terkekang menyusahakan kita.

Jentera kerajaan adalah disalahgunakan termasuk TV, radio dan kenderaan Jabatan Penerangan. Kalau disoalkan, Kerajaan memberi alasan yang pincang semacam kenderaan, TV dan radio hanya menjalankan tugas sahaja.

Politik wang adalah sangat ketara. Saya telah diberitahu bahawa untuk mendapat wang bagi pihihanraya kecil Ketari, setiap 300 ekar hutan di Pahang adalah diberi kepada kroninya untuk RM1 juta, walhal harga pasarannya adalah beberapa kali ganda.

Kalau kita tengok sepanduk, papan iklan, kain rentang dan sebagainya di Ketari, lautan warna biru menenggelami kawasan itu. Di jalan masuk ke tempat mengundi Benus sahaja, terdapat ratusan papan iklan dacing dan sepanduknya. Jika satu papan berharga RM200, maka 200 keping papan ialah RM40,000. Akta Pilihanraya mengizinkan setiap calon membelanjakan RM30,000.

Ini bermakna, di dalam pilihanraya kecil seperti Ketari, BN mungkin membelanja berpuluh juta ringgit. Oleh itu, saya mengesyorkan supaya Badan Pencegah Rasuah dan Surhanjaya Pilihanraya menyiasat penyelewengan tersebut.

Walaupun BN memberi 1001 dalihan mengenai perkara ini, kita terpaksa membanteraskannya. Mudah-mudahan generasi akan dating akan menikmati demokrasi berparlimen dalam ertikata yang sebenarnya.

Jika kita menganggarkan calon Barisan Nasional membelanjakan RM20 juta di Ketari, dari manakah datangnya wang ini? Wang tidak tumbuh di atas pokok-pokok. Sekiranya wang ini didapati dari tauke-tauke, BN akan membalas budinya.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan haruslah menyiasat kegiatan politik wang yang berkaitan dengan penaungan atau patronage. Saya telah diberitahu bahawa seseorang jaguh BN muncul dan memegang jawatan penting. Beliau membahagikan projek-projek kepada para pengikut atau pendermanya. Sesetengah pengikut atau penderma mungkin tidak berminat dengan perniagaan, cuma menjadi broker atau orang tengah atau tekong (bukan usahawan) untuk mendapat komisyen 5%, 10% atau lebih.

Gejala rasuah ini semakin hari semakin sofistikated, canggih. Saya telah diberitahu bahawa kadangkala dengan sebuah projek yang diluluskan di institusi kerajaan berharga misalnya RM1 bilion, orang atasan yang menjadi dalang atu tekong boleh mendapat RM200 juta atau lebih terserah kepada keadaan. (Mereka berkongkalikong) dan mendapat pisang terbuka. Saya juga diberitahu bahawa para tekong ini tidak ada kontrak di antaranya, hanya perjanjian lisan sahaja dan transaksi boleh diadakan di luar negara melalui bermacam-macam saluran. Bagaimana hendak kita mendapat bukti dan saksi. Adakah bank-bank di luar persisir, (Switzerland), Caymen Island, Jersey, Labuan (saya berharap tidak terlibat) dan sebagainya akan bekerjasama di dalam penyiasatan?

BALAI POLIS

(Kita mahu polis menjalankan tugas dengan baik). Gaji, elaun dan perumahan polis mestilah dikaji semula (cocok dengan zaman kini). Elaun yang diberi tidak cukup untuk menyewa rumah di bandaraya. Walaupun terdapat perumahan polis, ini tidak mencukupi. Balai-balai polis yang uzur mestilah diganti dengan yang baru.

Tiga atau empat tahun yang lepas, saya telah mengulang di Dewan ini mengenai balai-balai seperti Jinjang dan Jalan Bandar (Tun H S Lee; Dang Wangi) yang patut dibina semula. Saya telah diberi jaminan oleh Timbalan Menteri (Kementerian Dalam Negara) ketika itu bahawa balai-balai baru akan dibina dan saya tidak perlu bangkitkan lagi. Kini, mungkin kerana penglihatan saya kurang, saya tidak nampak balai-balai yang baru. Saya mengemukakan hal ini sekali lagi.

Kita tetap menjaga gaji, elaun dan kebajikan polis. Kita mahu mereka memberi perkhidmatan yang baik. Kita hendak mereka menjaga imej negara.

Misalnya, pada tempoh hari saya telah melawat Kem Tahanan Pendatang Tanpa Izin di Semenyih kali yang kedua (kali ini dengan ahli-ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara) untuk melihat keadaan para pendatang yang telah ditahan. Biarpun ada sesetengah orang mengatakan kem-kem kita adalah lebih baik daripada kem-kem di negara lain, saya berpendapat ini Malaysia. Malaysia boleh. Malaysia berperikemanusiaan. Kita tidak mahu bandingkan dengan negara-negara yang kurang berperikemanusiaan. Kita tidak boleh mencontohi Australia yang melayankan pendatang dengan kurang manis.

Media di luar negara terutamanya Indonesia memaparkan kekejaman dan rasuah polis Malaysia terhadap para pendatang. Jika ada, Kementerian Dalam Negara wajib mengambil tindakan.

(Masalah negara-negara lain yang menyebabkan pendatang. Negara kitalah yang menanggung.)

Oleh itu, saya menyarankan supaya peruntukan ditambahkan untuk kem-kem tahanan dan pentadbiran dikemaskinikan seumpama penyelarasan dengan pihak penjara.

KAJI PENJARA

Keadaan kem-kem tahanan pendatang wajarlah diperelokkkan. Polis haruslah menjaga imej kita. Kerjasama dengan penjara boleh diadakan. Sementara itu, kita terpaksa mengkaji sistem penjaranya. (Penjara-penjara baru dibina). Sistem ini boleh diperbaiki.

Contohnya, bekalan makanan dan layanan ke atas banduan. Kita percaya pegawai dan warder penjara berdidikasi. Tetapi ada kambing hitam seperti di bidang-bidang yang lain termasuk polis. Ada aduan mengenai penyelewengan bekalan makanan dan kantin. Harga makanan berapa kali ganda berbanding dengan harga di luar. Para petualang luar bersubahat dengan segelintir orang di penjara untuk meraup keuntungan. Warder melayan banduan mengikuti kadar bayaran. (Dadah dan lain-lain boleh didapati).

Saya mengusulkan supaya Kerajaan mengkaji semula sistem penjara di negara ini untuk membentuk system yang lebih sempurna.


 

 

 
[ Home | Political | Medical | Personal ] Article #406
[ Recent | Archives | Forum | Feedback ] [ Index ]