Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

 

















[ Index ]
 

 
Serangan Amerika dan Britain terhadap Iraq
Kenyataan Dr Tan Seng Giaw, Naib Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong mengenai serangan Amerika Syarikat dan Britain terhadap Iraq.

 
Semalam, Amerika Syarikat dan Britain mengebom Baghdad dengan beratus-ratus peluru berpandu. Mereka hendak menghancurkan senjata-senjata kimia, biologi dan nuklear Iraq sebelum bulan Ramadan. Apa yang dinamakan Operation Dessert Fox (Operasi Musang Padang Pasir) telah digelarkan oleh Iraq sebagai Operation villains in the Arabian Dessert (Operasi Para Penjahat di Padang Pasir Arab).

Pihak Amerika dan Britain menuduh Iraq mungkir janji untuk pemeriksaan senjatan-senjata kimia, biologi dan nuklear. Sebaliknya Iraq membidas

Amerika dan Britain membohong.

Pada tahun 1991, Iraq telah mengalami serangan Amerika dan Britain setelah Sadam Hussein menakluki Kuwait. Rakyat Iraq terus menderita kerana sekatan ekonomi. Sekarang, mereka ditimpa hujan peluru berpandu lagi.

Semua masalah di antara pasukan pemeriksaan senjata kimia, biologi dan nuklear dengan Kerajaan Iraq haruslah diselesaikan secara aman. Hentikan serangan ke atas Iraq dan cari cara-cara yang sesuai untuk menarik balik sekatan ekonomi terhadapnya dengan secepat mungkin.

Dr Tan Seng Giaw

 

 
[ Home | Political | Medical | Personal ] Article #40
[ Recent | Archives | Forum | Feedback ] [ Index ]