| ![]() [
Index
] | ||||||
No Islamic State in Multireligious Malaysia (Tiada Negara Islam Di Malaysia Yang Berbilang Agama) Part of the speech in Malaysian Parliament by Dr Tan Seng Giaw (sebahagian ucapan Dr Tan Seng Giaw in Dewan Rakyat)   | |||||||
| ORANG-ORANG MALAYSIA TIDAK PERLU NEGARA YANG BETERASKAN KEPADA SESUATU AGAMA SAHAJA DI DALAM MASYARAKAT BERBILANG AGAMA. MALAYSIANS DO NOT NEED A STATE THAT IS BASED ONLY ON A PARTICULAR RELIGION IN OUR MULTIRELIGIOUS SOCIETY. Sebahagian ucapan Dr Tan Seng Giaw, Naib Pengerusi Kebangsaan dan Ahli Parlimen Kepong ketika mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan 2002) pada 23.10.2001. Part of the speech by Dr Tan Seng Giaw, DAP National Vice-Chairman and MP for Kepong during the debate in Parliament on the 2002 Supply Bill (Budget) on 23.10.2001. Walaupun terdapat langkah-langkah ke arah yang betul seumpama peruntukan pendidikan RM20.78 bilion, Y.A.B. telah melepaskan peluang untuk memastikan sistem pentadbiran negara tidak berteraskan kepada sesuatu agama sahaja di dalam negara yang berbilang agama. Setiap agama mempunyai nilai-nilai bersejagat, universal values. Tidak ada agama yang membolot, memonopolikan, kebenaran. Cadangan sebuah negara yang berdasarkan kepada sesuatu agama sahaja, sama ada dari Kerajaan ataupun dari bukan kerajaan mempunyai kesan atau impak kepada para penganut agama lain. Tidak kiralah apa yang dijelaskan oleh para pencadang ini, para penganut agama lain akan berasa takut termasuk takut yang tidak diketahui, yang tidak kelihatan dan yang tidak biasa. Di kawasan yang mempunyai hanya 5% bukan Islam, mereka tidak menonjolkan perasaannya dan ini boleh dianggap oleh sesetengah orang sebagai penerimaan konsep negara yang berteraskan kepada hanya sesuatu agama. Tetapi, di kawasan yang terdiri daripada 40 atau 50% bukan Islam sebagai penduduk, mereka berasa kesan atau impaknya dan mereka menentang konsep itu. Although there are steps in the right direction such as the allocation of RM20.78 billion for educaton, the Prime Minister Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad has missed his chance (during the budget presentation) to reaffirm that the state is not based only on a particular religion. In a multi-religious country, there is no need to have a state that is based on a particular religion. Every religion has universal values.There is no monopoly of the truth by any religion. Any state based on a particular religion has impact on people who belong to other religions. No matter what the proponents of a state based on a particular religion say, there will always be fear, including fear of the unseen, fear of the unknown and fear of the unfamiliar. In a region where non-Muslims only constitute 5% of the population, they have no choice but to keep their feeling to themselves (and this can be construed by some people as acceptance of a state based only on a particular religion). But, in a region where non-Muslims form 40 or 50% of the population, they feel the impact and they oppose the concept of such a state. Di sini, saya tidak mahu membincangkan pertalian negara dengan sesuatu agama. Saya hanya membangkitkan ketakutan atau kebimbangan terhadap negara yang berteraskan kepada sesuatu agama sahaja di dalam masyarakat majmuk. Here, I do not want to discuss the separation or non-separation of the state and religion. I am only dealing with the fear of non-Muslims towards a state that is based only on a particular religion. Perkara-perkara 3 dan 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan isu agama dengan terus terang. Semangat ini mestilah dipelihara: negara ini bukan berteraskan kepada sesuatu agama sahaja. Sebarang usaha untuk melencongkan daripada semangat ini mendatangkan ketakgembiraan di kalangan rakyat. Articles 3 and 11 of the Federal Constitution state clearly the issue of religion for Malaysia. We should uphold this spirit: the |
state is not based on a particular religion only. Any attempt to deviate from this spirit causes unhappiness among the people. Perlembagaan Persekutuan haruslah diajarkan di semua sekolah agar segala pelajar dan warganegara memahami kandungannya termasuk peruntukan-peruntukan mengenai agama. Mereka akan menghayati semangat dan intipatinya. The Federal constitution must be taught in all schools so that all students and all citizens understand the content including the provisions on religion. They will experience and remember its spirit and quintessence. MALAYSIAN MALAYSIA atau BANGSA MALAYSIA Kita selalu mempertahankan keperluan untuk Malaysian Malaysia yakni ideal untuk sebuah demokrasi sosial yang bebas, berteraskan kepada prinsip-prinsip persamaan kaum, keadilan sosial dan ekonomi, dan berdasarkan kepada institusi-institusi demokrasi berparlimen. We have always maintained the ideal of a free social democracy based on the principles of racial equality, social and economic justice, and founded on the institutions of parliamentary democracy. Y.A.B. pernah mempopularkan bangsa Malaysia dengan prinsip-prinsip yang hampir sama dengan Malaysian Malaysia--satu olahan semula Malaysian Malaysia. Saya mempunyai harapan yang besar bahawa Y.A.B. hendak mewujudkan bangsa Malaysia. Tetapi, selepas pilhanraya umum 1999, Y.A.B. tidak sebutkan bangsa Malaysia dengan kerapkali. Sebaliknya, Y.A.B. sedang mencari bukti kelayakan UMNO mengenai agama, religious credentials, kerana tekanan PAS sehingga mengumumkan Malaysia sudahpun menjadi Islamic State. MCA bersetuju dengan apa yang dikatakan sebagai Secular Islamic State. The Prime Minister used to popularize bangsa Malaysia, the Malaysian Race, with principles nearly the same as Malaysian Malaysia--a rehash of Malaysian Malaysia. I have high hope that he will create a Malaysian race. However, after the 1999 general elections, he has not mentioned bangsa Malaysia often. On the other hand, he is searching for a religious credentials for UMNO because of pressure from PAS so much so that he announces that Malaysia is an Islamic State. MCA agrees with what it describes as a Secular Islamic State. Jika kita mendalami kitab-kitab suci, kita tidak dapat mencari istilah Secular Islamic State. Ia mengelirukan. If we pore over holy books, we cannot find the term Secular Islamic State. It confuses. Pada 20 Oktober, 2001, Presiden MCA Y.B. Labis mengatakan bahawa pengisytiharan Malaysia sebagai negara Islam oleh Y.A.B. pada 28 September, 2001 tidak akan menjejaskan hak dan kebebasan beragama yang dinikmati oleh golongan bukan Islam di negara ini. On 20 October, 2001, MCA President Dato' Seri Dr Ling Leong Sik said that the announcement by the Prime Minister on 28 September, 2001, that Malaysia was an Islamic State would not destroy the religious rights and freedom enjoyed by non-Muslims in the country. Sebagai negara yang berbilang agama, Malaysia tidak boleh menjadi sebuah negara yang berteraskan kepada sesuatu agama sahaja. Kekeliruan istilah akan menambahkan kebimbangan rakyat. As a multireligious country, Malaysia cannot be a state based only on a particular religion. The confusing terms such as Secular Islamic State aggravate the fear of the people. Y.A.B. patutlah menimbang semula cara-cara untuk menghilangkan kekeliruan dan kebimbangan rakyat. Hanya menumpukan perhatian kepada bukti kelayakan agama parti UMNO tidak akan menyelesaikan kekeliruan dan kebimbangan ini. The Prime Minister must reconsider the ways to dispel the confusion and fear of the people. Only concentrating on religious credentials for UMNO will not solve them. Dr Tan Seng Giaw | ||||||
![]() |     | |||||||
| [ Home | Political | Medical | Personal ] | Article #368 | |||||||
| [ Recent | Archives | Forum | Feedback ] | [
Index
]
|   |   |   |   |  
| | ||