Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

 

















[ Index ]
 


 

Kita mendesak supaya Kerajaan menunjukkan bukti mengenai Golongan Militan Malaysia yang berkaitan dengan Afghanistan sehingga 10 orang telah ditahan di bawah ISA
Ucapan Dr Tan Seng Giaw, Naib Pengerusi Kebangsaan dan Ahli Parlimen Kepong ketika mengambil bahagian di dalam perbahasan usul di bawah Peraturan 18 di Dewan Rakyat pada 8 Ogos, 2001.

Pada tempoh hari, Kerajaan Malaysia menahan 10 orang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negara, ISA, kerana disyakit bersabit dengan golongan militan antarabangsa. Nik Adli , anak kepada Menteri Besar Kelantan Y.A.B. Datuk Nik Aziz telah dikatakan mengetuai Golongan Mujahiddin Malaysia ini.

Pertama, Kita menentang dengan sekeras-kerasnya sebarang kegiatan kekerasan dan keterlaluan atau melampau tanpa mengira agama, ras dan kawasan.

Kedua, kita mempercayai bahawa negara ini mempunyai undang-undang bukan ISA yang boleh digunakan untuk mencari bukti dan menghadapkan orang-orang yang disyaki ke mahkamah. Selagi Kerajaan mempunyai ISA, ia enggan memakai undang-undang yang lain untuk manahan orang-orang yang disyaki itu.

Ketiga, sejak bulan Mei tatkala berlakunya rompakan Bank Southern, polis telah menerangkan ia ada pertalian dengan golongan militan yang bersifat antarabangsa. Dalam tempoh yang lebih dari tiga bulan, polis mempunyai masa untuk mendapat bukti yang boleh digunakan di mahkamah. Adalah menjadi tanggungjawab atau kewajipan Kerajaan untuk memberi bukti terhadap golongan tersebut.

Keempat, adalah tidak wajar bagi Kerajaan untuk menggunakan kesempatan bagi mengekangkan Pembangkang dengan ISA dan helah yang lain. Setelah Kerajaan membolot atau memonopolikan media massa dan menggunakan ISA, perjuangan Pembangkang bagai menentang matahari.

Kelima, kita tidak setuju dengan sebarang golongan militan. Sebaliknya, kita tidak mahu Kerajaan mengerjakan isu ini dengan niat hanya untuk menakut-nakutkan rakyat sahaja. Jangan ditentang matahari condong takut terturut jalan tak berintis. Mudah-mudahan, Kerajaan dapat mengumumkan bilangan orang yang terlibat dengan golongan militan antarabangsa ini dan menghadapkan mereka ke mahkamah.

Dr Tan Seng Giaw

 

 
[ Home | Political | Medical | Personal ] Article #337
[ Recent | Archives | Forum | Feedback ] [ Index ]