| ![]() [
Index
] | ||||||
  | |||||||
Kurangkan mentaliti feudalis Kita terus bimbang dengan globalisasi, K-ekonomi dan e-commerce. Seperti benda-benda yang lain, ada baik dan buruknya dalam globalisasi. Dengan peluang perdagangan yang lebih banyak dan pelaburan asing yang bertambah, ekonomi negara boleh tumbuh dengan pesat semacam tahun-tahun lapan puluhan dan sembilan puluhan. Tetapi, keburukan menimpa negara seumpama krisis ekonomi Julai 1997. Kerana arkitektur kewangan antarabangsa kurang sempurna dan kelemahan-kelemahan dalaman, para spekulator matawang merosakkan ekonomi kita. Sekarang, arkitektur kewangan antarabangsa tidak berubah. Dolar Australia sedang menghadapi kesusahan; ia diserang oleh para spekulator. Mereka berutung dengan banyak. Walaupun kita telah mengadakan kawalan modal, kenaikan dolar Amerika masih menjejaskan matawang ringgit. Apakah strategi untuk menangani kawalan ini sedangkan arktitektur kewangan antarabagsa belum berubah? YAB Perdana Menteri membidas Organisasi Perdagangan dunia, WTO, Tabung Matawang Antarabangsa dan negara-negara maju disebabkan mereka menggunakan peluang-peluang globalisasi untuk mengksploitasikan negara-negara dunia ketiga. Pada 26 September 2000, Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri mengemukakan enam cadangan di Tokyo bagi menangani isu globalisasi dengan menjadikan soal kemanusiaan dan hak sama rata sebagai landasan utama ke arah kesejahteraan dunia dan bukan soal keuntungan sebelah pihak semata-mata; wujudkan peraturan yang lebih baik terhadap pasaran kewangan; melihat liberalisasi secara lebih sensitif; iktiraf secara bermakna penyertaan dan peranan negara-negara membangun; pinda sistem pengurusan dalam negara dan antarabangsa dan jangan mengikat diri kepada pasaran bebas. Walaupun kita hendaklah sentiasa berjaga-jaga supaya tidak diperlakukan sewenang-wenangnya dan cadangan-cadangan tersebut adalah tidak salah, tetapi Y.A.B. tidak menyebutkan langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan-kelemahan dalaman seperti nepotisme, rasuah, pembaziran, sikap mediocrity (tidak beberapa baik kebolehannya), mentaliti feudalis dan boody-mindedness (degil dan enggan bekerjasama). Malahan, Y.A.B. tidak menjelaskan keadaan kemanusiaan dan hak sama rata di Malaysia. Bagaimanakah soal kemanusiaan dan hak sama rata boleh dipertingkatkan di negara ini? Pada April 2001, Dasar Pembangunan Wawasan akan dilancarkan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang maju. Kita mestilah menghapuskan kelemahan-kelemahan tersebut. Kita perlukan banyak penyelidikan dan pembangunan teknologi maklumat, IT. Kita hendaklah mengeluarkan IT sekurang-kurangnya 15% daripada Pengeluaran Dalam Negara Kasar, GDP. Kini, pengeluaran ini mungkin tidak sampai 1%. Dengan mediocrity, feudal mentality dan bloody-mindedness, pengeluaran IT sekurang-kurangnya 15% ekonomi Malaysia tidak akan tercapai. Tanpa pengeluaran IT, matlamat Dasar Pembangunan Wawasan susah hendak dicapai. Tubuhkan Pusat Kawalan Penyakit, CDC, Malaysia sendiri Malaysia sering dilanda wabak. Misalnya, pada 1997, 31 kanak-kanak mati kerana Enterovirus 71 (Y.B. Menteri Kesihatan pegang kepada Coxsackie untuk selama-lamanya). Pada 1999, 105 orang maut disebabkan Virus Enkephalitis yang digelarkan sebagai Nipah (tetapi, Y.B. Menteri Kesihatan berkeras mengatakan ianya Japanese Encephalitis). Masa ini, wabak penyakit tangan, kaki dan mulut, hand, foot and mouth, HFM, menular dari Singapura ke Malaysia, khasnya Johor. Empat kanak-kanak mati di Singapura dan Malaysia masing-masing. Apakah virusnya? Saya sedar bahawa wabak tidak mengenalkan sempadan negara. Dengan komunikasi yang berkembang dengan pesat di dunia, penyakit berjangkit dapat menular dengan cepat. Oleh itu, penyelarasan dan kerjasama di antara negara adalah sangat penting. Sebenarnya, Malaysia mempunyai pakar-pakar yang mampu mengenalpastikan kuman-kuman. Di wabak 1997, para pakar Malaysia telah mengesyaki wabak di Sarawak bukan Coxsackie, tetapi disebabkan faktor-faktor yang tertentu, kita pergi ke Centre of Disease Control, CDC, di Atlanta, Amerika Syarikat dan Australia. Begitu juga dengan Virus Nipah yang ditemui di Universiti Malaya oleh Professor Dr Chua Kaw Bing. Ketika ini, pakar-pakar di Malaysia sedang menyelidik virus HFM. Dr Chua berada di Australia. Saya berpendapat bahawa adalah sampai masanya Malaysia menubuhkan CDC sendiri dengan menggembeling tenaga dari Institut Penyelididkan Perubatan dan semua universiti terutamanya universiti-universiti yang mempunyai sekolah perubatan dan makmal mikrobiologi. Di bidang ini, Malaysia boleh. Kita mestilah berikhtiar dengan seboleh-bolehnya. Janganlah kita mencontohi bidang badminton. Adalah benar Malaysia mempunyai tradisi dan potensi untuk mencapai tahap dunia. Kita boleh menang Piala Thomas dan pingat-pingat di Olimpik. Tetapi, sistem badminton di negara ini sedang menghadapi kelemahan-kelemahan. Kita gagal. Di Sukan Olimpik baru-baru ini, pemain-pemain kita telah berusaha, tetapi pihak lawan adalah lebih hebat. Walaupun penykong-penyokong Malaysia melaung-laungkan Malaysia boleh, tetapi kita tidak berjaya. Jika kita membasmikan semua kelemahan-kelemahan dalam sistem badmintonnya, kita akan berjaya pada tahun 2004 di Athens, Greece. Saya balik kepada CDC Malaysia. Asalkan kita dapat menghapuskan mediocrity, feudal mentality dan bloody-mindedness, kita akan berjaya. Penyelarasan dan kerjasama di antara Malaysia dengan CDC dunia akan dipertingkatkan. Sambil menerima pertolongan dari negara-negara lain, kita pun boleh menolong negara-negara lain. Wabak HFM 2000 Dengan pengalaman beberapa tahun ini, kita seharusnya menangani wabak HFM dari Singapura dengan lebih baik. Saya bersetuju, wabak HFM ini bukan virus Ebola yang setakat ini telahpun membunuh seramai 47 orang di Utara Uganda, Afrika. Di Uganda 50% pesakit Ebola mati. Beberapa tahun dahulu, 70 hinga 90% pesakiat Ebola maut di Zaire, Afrika. Sebaliknya, wabak HFM adalah bahaya untuk segelintir kanak-kanak bawah umur 4 tahun sahaja. Oleh itu, langkah-langkah pencegahan adalah berbeza daripada langkah-langkah untuk wabak Ebola. Bulan September 2000, HFM mula menyerang Singapura, mengakibatkan empat kanak-kanak mati. Tadika-tadika dan taska-taska di Singapura telah ditutup buat sementara. Wabak ini telah dikawal di Republik itu. Sementara itu, beribu-ribu rakyat Malaysia dan Rakyat Singapura saling mengunjungi melalui darat, udara dan laut. Nescaya, virus HFM merebak ke Johor, Melaka dan lain-lain negeri. Pada 19 Oktober 2000. Empat kanak-kanak telah mati. 582 kanak-kanak di Johor telah mengidap penyakit HFM. Ada kes-kes di negeri-negeri lain. Di dalam wabak, prinsipnya kita mengasingkan pesakit-pesakit dan orang-orang yang berdekatannya, mengenalpasti kumanya, mecari antiserum, ubat yang berkesan dan vaksin. Setakat manakah kita boleh melaksanakan prinsip tersebut dengan wabak HFM ini? Biasanya, kita merawat pesakit-pesakit HFM yang sembuh dalam tempoh 7 hingga 10 hari. Tetpi, virus mudah tukar sendiri, mutat. Jika EV71 menyebabkan wabak di Sarawak 1997, apakah virus sekarang? Para pakar mestilah mencari virus ini. Langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan adalah tidak begitu teratur. Misalnya, penyelarasan di antara Kerajaan Negeri, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perpaduan Negara dan Kemajuan Masyarakat adalah tidak memuaskan. Misalnya, pada 14 Oktober 2000, Kementerian Perpaduan Negara dan Kemajuan Masyarakat mengumumkan penutupan 3,000 tadikanya di seluruh negara. Keesokan hari, Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri telah menarik balik perintah tersebut. Ini bermakna hanya tadika-tadika di Johor ditutup. Tangan kanan Kerajaan tidak tahu apa yang telah dibuat oleh tangan kiri. Teritip di tepi kota, Saya mencadangkan supaya penyelarasan di antara kementerian dan jabatan diperbaiki dan virus yang menyebabkan wabak ini dikenalpastikan. Seterusnya, laporan yang lengkap bagi wabak ini diumumkan dengan secepat mungkin. Janganlah mengulangi apa yang dilakukan ketika wabak Sarawak 1997 dan wabak enkephalitis 1999. Laporan-laporan yang lengkap terhadap wabak-wabak 1997 dan 1999 belum diumumkan. Kementerian Kesihatan Lebih Menyayang Banyak negara mengalami kekurangan doktor, jururawat dan kakitangan yang lain. Negara-negara yang kian maju, kekurangan ini kian mendesak. Sesungguhnya, kesihatan adalah tidak ada batasnya (a bottomless pit). Saya telah membangkitkan hal-hal kesihatan di Parlimen ini untuk bertahun-tahun. Apabila perkhidmatan kesihatan menghadapi lebih banyak masalah, saya mengesyorkan agar satu suruhanjaya penyiasatan diadakan. Tetapi, Kementerian Kesihatan enggan berbuat demikian. Bagi kementerian ini, hal-hal boleh didiamkan begitu saja. Pada Mei 2000, Y.B. Menteri Kesihatan mengatakan terdapat kekurangan 700 doktor, khasnya di luar bandar. Kemudian, Ketua Pengarah Tan Sri Abu Bakar Suleiman menyatakan adanya 200 hingga 300 doktor asing, kebanyakannya dari India dan Pakistan yang berkhidmat di Malaysia. Kononnya, rombongan telah mengunjungi negara-negara seperti Indonesia untuk mencari doktor. Di sepanjang sejarah manusia, terdapat penghijrahan doktor dari senegara ke senegara dan dari sektor awam ke sektor swasta. Adalah sukar bagi sektor awam membayar gaji yang lebih lumayan daripada sektor swasta. Bagaimanapun, selalu adanya doktor-doktor yang berkhidmat di sektor awam untuk tujuan yang lain daripada insentif kewangan. Mereka mencari kepuasan daripada benda-benda bukan material. Ini tidak bermakna mereka tidak dibayar dengan munasabah. Pada 18 Oktober 2000, Y.B. Timbalan Menteri Kesihatan menyenaraikan 14 insentif dan 15 kemudahan untuk doktor-doktor awam. Contoh insentif-insentifnya ialah elaun pakar - antara RM 1,200 - RM2,400 bergantung kepada gred jawatan, elaun insentif perkhidmatan kritikal - 5% gaji pokok. Kemudahan-kemudahannya adalah seperti pinjaman-pinjaman perumahan dan kereta pada kadar 4% faedah. Saya berharap Kementerian akan memastikan segala insentif dan kemudahan adalah diberi dengan seadil-adilnya. Ia sepatutnya mengelakkan sebarang bentuk prasangka atau diskriminasi. Adalah difahamkan Kementerian menghadapi banyak masalah semacam penempatan doktor-doktor. Kita bersimpati. Sesetengah doktor melalui saluran dan helah untuk mendapat tempat yang dikehendaki. Walau bagaimanapun, terdapat kes-kes ketidakadilan di dalam penempatan, kenaikan pangkat dan pemberian insentif. Kementerian kesihatan mestilah menyayang dan beradab - Kementerian Penyayang - memberi penjagaan kepada rakyat, doktor-doktor, jururawat-jururawat dan kakitangan-kakitangan yang lain. Ia mestilah memperbaiki imej dan amalan-amalannya. Jika Ia mengikut kriteria dengan seadil yang boleh, doktor-doktor terpaksa menerimanya. Sebenarnya, tidak wujudnya begitu banyak keadaan peringan atau luar biasa, untuk melanggarkan peraturan. Terdapat jurang di antara doktor-doktor yang memperolehi kepakaran kesihatan awam, public health, dan doktor-doktor pakar yang lain. Segolongannya menjadi para pentadbir dan segolongan yang lain mengamal perubatan di wad-wad dan klinik-klinik. Adakah usaha kementerian untuk mengurangkan jurang ini? Saya percaya di sesetengah aspek, Kementerian Kesihatan menunjukkan tanda-tanda mediocrity, feudal mentality dan bloody-mindedness. Ada pegawai-pegawai yang berkaliber, tetapi bila menghadapi tanda-tanda ini, kebolehan mereka terjejas. Saya berharap Kementerian ini dapat menyiasat segala kelemahan untuk diperbetulkan supaya sektor kesihatan boleh memainkan peranan yang bererti selepas Dasar Pembangunan Wawasan dibentangkan di Dewan ini pada April 2001. Daripada belanjawan kira-kira RM78 bilion, Kementerian Kesihatan mendapat hampir RM 5 bilion. Kita mestilah menggunakan peruntukan ini dengan berkesan. Dr Tan Seng Giaw | |||||||
![]() |     | |||||||
| [ Home | Political | Medical | Personal ] | Article #248 | |||||||
| [ Recent | Archives | Forum | Feedback ] | [
Index
]
|   |   |   |   |  
| | ||