| ![]() [
Index
] | ||||||
Minta Parliament Menangguhkan Mesyuarat Untuk Merundingkan Peristiwa Rompakan Senjata Di Gerik, Perak, Malaysia. Usul untuk menangguhkan mesyuarat Parliament bagi membincangkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendak disegerakan pada 10 Julai 2000   | |||||||
| Usul di bawah Peraturan 18(10)&(2) adalah berbunyi seperi berikut: Bahawasanya saya Dr Tan Seng Giaw meminta izin supaya ditangguhkan Majlis Mesyuarat dengan tujuan hendak merundingkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendak disegerakan. Pada 2.15 pagi 2 Julai 2000, segolongan lelaki berpakaian celoreng tentera lengkap dengan pangkat dan beret merampas 14 pucuk M16 dan peralatan komunikasi di pos tentera nombor dua Askar Wataniah di Sungai Rui, Gerik. Pada 4.15 pagi, 15 lelaki berpakaian dan bersenjata yang serupa mencuri 105 senjata automatik, lebih 5,000 peluru dan alat lain-lain dari Kem 304 di Gerik, Perak, dalam masa kira-kira 15 minit. Mereka melarikan diri dengan tiga buah Pajero hijau berplat tentera. Pada 4.00 petang, 3 Julai 2000, tiga Pajero tersebut dijumpai di sebuah dusun durian berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Jenalek dekat Sauk. Lebih 2,000 anggota tentera dan beberapa orang polis telah dikerah untuk memburu perompak tersebut. Pada 7.45 pagi, 4 Julai 2000, dua anggota tentera cedera dan dua anggota polis ditawan di Bukit Jenalek. pada |
6.30 pagi, 5 Julai 2000, seorang perompak cedera dalam satu pertempuran dengan tentera. Di antara 2.05 pagi hingga 5.15 pagi, 6 Julai 2000, pelbagai usaha telah digunakan untuk memberkaskan semua perompak. Akhirnya, kesemua 27 perompak menyerahkan diri dan tiga nyawa terkorban. Syabas kepada semua pengusaha. Peristiwa ini adalah dilakukan oleh segolongan silat Al-Ma'unah. Pemimpin utamanya Mohd Amin Mohd Razali telah mengetuai rompakan tersebut. Berbagai-bagai soalan timbul daripada peristiwa tersebut. Kenyataan-kenyataan daripada Menteri Pertahanan Dato' Seri Najib dan Ketua Polis Negara Tan Sri Norain Mai mengenainya sering mengelirukan. Keselamatan kem tentera, disiplin, prosedur, penyimpanan senjata, rantaian pemerintahan tentera, peranan polis serta bermacam-macam aspek kewujudan golongan seumpama ini memerlukan siasatan dengan sepenuhnya dan laporan hendaklah dibentangkan sebagai kertas putih di Dewan ini. Implikasi dan konsekwensi peristiwa ini terhadap negara ini adalah sangat besar. Ia adalah perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendak disegerakan.
Dr Tan Seng Giaw, Naib Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong | ||||||
![]() |     | |||||||
| [ Home | Political | Medical | Personal ] | Article #209 | |||||||
| [ Recent | Archives | Forum | Feedback ] | [
Index
]
|   |   |   |   |  
| | ||